Thursday, August 31, 2017

SIFAT TERPUJI JPAM selamatkan anak kucing jatuh lubang



SHAH ALAM – Seekor anak kucing yang terjatuh dan terperangkap dalam lubang diselamatkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (JPAM) di Jalan Plumbum, Seksyen 7, di sini hari ini.

Anggota JPAM, Norfarah Adila Assary berkata, JPAM Klang menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira jam 12.40 tengah hari mengenai kejadian tersebut.
“Empat anggota bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira setengah jam kemudian. Kami mendapati anak kucing tersebut terperangkap di dalam lubang sedalam dua meter,” katanya kepada Sinar Harian Online.




KISAH SEDIH SEPASANG SUAMI ISTERI ~ Ayam, kucing jadi peneman raya


BATU PAHAT - Kehadiran Aidilfitri seakan tiada makna bagi pasangan suami isteri, Maliki Mahmod, 52, dan Marlia Saeman, 62, kerana keadaan mereka yang tidak mengizinkan.
Menurut Marlia, hanya haiwan peliharaannya, kucing dan ayam menjadi peneman mereka berdua pada Syawal kali ini memandangkan mereka tidak mempunyai anak serta saudara mara terdekat.
“Bagi saya dan suami, Aidilfitri sama sahaja seperti hari biasa lain. Tak ada persiapan yang dibuat,” katanya ditemui di rumahnya di Parit Raja Darat.
Marlia berkata, dia hanya mengharapkan hasil jualan pucuk paku untuk menampung perbelanjaan harian mereka berdua.
Katanya, pucuk paku itu diperoleh dari hutan berhampiran yang akan dijual di sekitar pekan dengan pendapatan kurang daripada RM20 sehari.

“Nak harapkan anak, kami tiada. Terpaksalah kami cari hasil hutan untuk tambah duit belanja.

“Kami ada dapat RM300 tiap bulan daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) tapi kami guna duit tu untuk bayar sewa,” katanya.


Rumah yang dihuni pasangan itu hanya menanti masa menyembah bumi kerana selain lantainya beralaskan tanah, dinding kayu sudah mereput manakala atap zink bocor sana sini.

Marlia berkata, dia bukan tidak mahu tinggal di rumah yang lebih baik, namun dia tidak mampu untuk membayar sewa tinggi.

“Sebab itulah saya tinggal di sini walaupun ada yang suruh saya pindah,” katanya.
Marlia yang menghidap beberapa penyakit seperti kencing manis, jantung, semput dan angin pasang di perut, bakal menjalani pembedahan membuang tiroid di leher pada 6 Julai ini di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.



Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) Ropie Subari berkata, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menitahkan supaya Marlia dan suaminya diberi bantuan segera.

Menurutnya, susulan itu,  JKM memberi bantuan sebanyak RM300 setiap seorang, manakala Baitulmal Majlis Agama Islam Johor (Maij) akan menanggung sewa rumah termasuk bil utiliti sebanyak RM300 sebulan.

“Pasangan ini akan dipindahkan hari ini (semalam) dan rumah mereka itu akan dirobohkan.
“Bantuan segera ini menunjukkan tanda kasih dan prihatin Tuanku Permaisuri terhadap rakyatnya,” katanya.

Terdahulu kisah pasangan berkenaan yang hidup daif sejak enam tahun lalu mendapat simpati masyarakat selepas tular di media sosial.



CINTA TIADA BATASAN ~ Korban kerjaya demi isteri




PENDANG - Seorang suami terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan untuk menjaga isterinya yang menghidap kencing manis.

Che Jamaludin Salleh, 56, berkata, isterinya Roshidah Din, 52, mula menghidap  penyakit itu ketika berusia 30 tahun.

Bagaimanapun katanya, keadaan isterinya semakin teruk pada Julai 2015 setelah terpijak duri.

“Isteri saya dah lama kena kencing manis, tapi tak teruk. Keadaannya makin teruk sejak kaki kirinya terpijak duri. 

"Lukanya makin merebak dan jadi kehitaman sehinggalah doktor buat keputusan untuk potong kaki kirinya pada Disember tahun sama. Sejak itu saya terpaksa berhenti kerja untuk jaga isteri sebab dia tak boleh bergerak tanpa bantuan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bahagia, semalam.

Menurut bapa kepada tiga anak itu, dua anaknya menetap di ibu kota, sementara seorang lagi berusia 19 tahun masih belajar.

Katanya, walaupun anak-anak tidak dapat membantu kerana mempunyai komitmen masing-masing, namun mereka bernasib baik kerana mendapat pelbagai bantuan.
“Kami dapat bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) RM200 sebulan dan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) RM507 sebulan.

“Mujur dia pernah bekerja sebagai tukang cuci, jadi bolehlah dia dapat bantuan bulanan Perkeso,” katanya.

Che Jamaludin berkata, keseluruhan bantuan berjumlah RM707 sebulan itu digunakan untuk keperluan isterinya seperti ubat dan kos ulang-alik ke hospital.
“Wang simpanan dah habis digunakan untuk beli kaki palsunya. 

"Tapi saya ada la buat bendang sikit, cuma hasil tak banyak mana,” katanya.




Wednesday, August 30, 2017

AKIBAT KEDAIFAN ~ Buntu fikir masa depan keluarga


SUNGAI PETANI - Sepasang suami isteri buntu memikirkan masa depan keluarganya apabila mereka tidak lagi mampu melakukan sebarang pekerjaan, sejak tahun lalu akibat mengalami masalah kesihatan.
Roslan Ibrahim, 47, dan isterinya, Siti Noor Liana Mohd Rasmi, 36, kini hanya bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 dan sumbangan barangan keperluan dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bernilai RM200.
Siti Noor Liana berkata, sebelum dia disahkan menghidap ketumbuhan otak, dia bekerja sebagai pembantu kedai makan berdekatan rumahnya dua tahun lalu.
“Walaupun pendapatan saya tidak tetap sebab ikut gaji harian, sekurang-kurangnya wang itu dapat digunakan untuk uruskan keluarga. Begitu juga suami saya, sebelum ini, dia kerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan kasar dalam RM1,000, sebulan.  
“Sejak tahun lalu, dia pula tak mampu bekerja selepas lumpuh (tulang kaki kanan reput) akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Siam, dekat Bedong.
Katanya, sebelum menyewa di Kampung Siam, mereka sekeluarga menumpang di rumah arwah bapanya dekat Jeniang, Gurun dan kemudian berpindah ke sini, sejak awal 2015.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, disebabkan keadaan dirinya dan ditambah kesihatan suami yang tidak mengizinkan mencari rezeki, keluarga mereka kini berdepan kesempitan kewangan.
“Dulu saya ada juga kerja sikit-sikit, dapatlah nak tolong keluarga. Tapi sekarang, bila saya sakit, suami dah sakit dan tak boleh nak kerja, terasa benar susahnya,” katanya.
Menurutnya, pada 25 Julai lalu, dia baru sahaja menjalani pembedahan di kepala bagi membuang ketumbuhan di otak di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
"Pada 14 September ini pula saya akan menjalani pembedahan buat kali kedua di HSB," katanya.
Siti Noor Liana berkata, hampir setiap hari anak-anaknya hanya dapat makan nasi berlauk telur dengan kicap. 
“Ada kalanya, belas ihsan jiran yang prihatin hantar lauk ke rumah kami. Melihat kesusahan hidup anak-anak kami, tahun ini, saya terpaksa hantar anak lelaki sulung ke rumah anak yatim Kg Che Bema dekat Sungai Layar.
“Dua adik perempuannya iaitu seorang murid darjah enam dan seorang lagi masih tadika lagi, kini bersama kami,” katanya sebak.
Menurutnya, dia dan suami memohon jasa baik kerajaan negeri mempertimbangkan sebuah kediaman sendiri menerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda).




MAKIN MENJADI JADI !!! Tak malu 'dating' di kawasan awam



YAN - Kewujudan Pantai Murni Waterfront yang menjadi daya tarikan di daerah ini dicemari dengan kehadiran pasangan kekasih yang tanpa segan silu duduk berdua-duaan di kawasan peranginan itu.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Man berkata, dia sering melihat pasangan kekasih melepak di atas tembok pantai berkenaan.

“Kadang kita jadi malu sebab depa duduk berduaan, dah la duduk dekat-dekat, nak kata dah menikah muka macam budak sekolah lagi,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, Jabatan Agama Islam seharusnya memantau kegiatan sebegini supaya ia tidak berlarutan dan menjadi perkara biasa bagi masyarakat kita.

“Ramai yang tengok depa golongan muda ni duk berdating tapi nak kata apa, nak tegur memang tak makan ditegur dah.

“Saya tak faham, mana hilang sifat malu depa bila orang pandang. Kalau kita, orang tengok kita buat benda tak elok mesti cepat-cepat nak lari, tapi depa ni macam biasa saja,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin berkata, pihak pejabat agama daerah Yan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dari semasa ke semasa di kawasan tersebut secara berkala bagi membanteras masalah seperti ini.




KEDAIFAN MEMBUATKAN MEREKA TERPAKSA TINGGAL DI BUKIT



JITRA - Seorang penoreh getah dari Wang Tepus, di sini terpaksa membina rumah menggunakan kayu hutan di atas tanah rizab atas bukit untuk isteri dan anaknya berteduh.

Abdul Halim Saad, 29, bersama isterinya, Salbiah Ali, 31, dan anak mereka, Muhammad Al Azhar, setahun enam bulan menetap di rumah serba kekurangan di atas bukit tersebut sejak dua bulan lalu.

"Rumah ini pun buat atas usaha gotong-royong orang kampung guna kayu hutan yang ada dan bumbung pula guna kain kanvas.

"Keluarga saya ada tolong buat rumah. Itu saja mereka boleh tolong sebab masing-masing bukan orang senang," katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga juga hanya bergantung kepada air telaga sedalam dua meter yang dikoreknya sendiri.

“Air paip memang tak ada, jadi saya korek sendiri telaga mujur ada air, bolehlah buat minum dan mandi.

“Sama juga dengan elektrik, saya dengan isteri pasang lilin saja malam-malam,” katanya yang tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini selain Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).


Abdul Halim berkata, isterinya tidak bekerja kerana menjaga anak mereka dan dia mengambil upah menoreh getah sejak dua tahun lalu dengan pendapatan kira-kira RM400 hingga RM600 sebulan.

“Tapi pendapatan pun tak menentu, tambah sekarang musim hujan, pernah ada hari yang tak dapat duit langsung.

“Lagipun saya motong kebun orang, hasil jualan getah tu kena bahagi dua dengan tuan kebun,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Amanah Kedah, Dr Salmee Said bersama beberapa ahli Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Kubang Pasu turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Abdul Hamid dan isteri.

Dr Salmee berkata, wang berkenaan adalah hasil sumbangan orang ramai untuk membantu Abdul Hamid membina rumah yang lebih selesa buat keluarganya.
Kepada mana-mana pihak yang prihatin dan ingin membantu Abdul Hamid 

sekeluarga mendapat tempat teduh yang sempurna, mereka boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB bank 0744 000000 5526 atas nama Abdul Halim Saad atau menghubunginya di talian 013 5293200.



APA YANG TAK KENA ?? WANITA INI MERAUNG AKIBAT PERBUATAN SUAMI !!! “AKU SOLAT 5 WAKTU TAK LAWAN MAK AYAH, KENAPA AKU YANG KENA??”


Nak dijadikan cerita, aku tengah berkepit dengan doktor bedah di dalam bilik doktor, menanti pesakit datang. Selepas beberapa ketika, datang seorang perempuan kurus lingkungan umur 30’an dengan seorang lelaki, suami dia, masuk ke bilik.
Temah (nama samaran), datang ke hospital sebab asyik sesak nafas dan batuk tak berhenti-henti. Lambat juga dia datang ke hospital. Katanya sebelum ini dia hanya mengambil ubat batuk yang dibeli dari farmasi sahaja. Dia juga telah pergi ke bahagian general medicine, tetapi tiada perubahan. Oleh itu, dia dirujuk ke bahagian Surgery.
Doktor periksa akak ini, ambil sample sana sini dan suruh pergi ambil x-ray. Aku perhatikan kakak ini, seriously sangat kurus.
Sambil menunggu keputusan laporan dari lab pesume, Temah berceritalah tentang cuti sekolah nanti, inshaAllah mereka sekeluarga nak bercuti. Dia cerita tentang anak-anak dia. Suami dia yang nampak kebosanan, tiba-tiba keluarkan rokok dari poket dan meminta izin untuk keluar sekejap.
Sampai saja laporan lengkap dari semua jabatan, aku tengok fail pesakit itu. Tertulis, Small Lung Cell Cancer Stage IIIB.
“Ya Allah! Kanser dia dah advanced!”
Doktor cuba sampaikan berita yang dia menghidap kanser tersebut. Kakak itu terdiam seketika dan kemudian terus menangis di depan kami. Aku terkedu pada masa itu, tak tahu nak buat apa. Doktor cuba tenangkan dia tetapi dia tidak berhenti menangis.
“Apa salah saya sampai kena macam ni?”
Sebak hati ini melihat dia menangis. Ikutkan hati, aku pun mahu menangis sama.
“Saya solat 5 waktu seperti muslim yang lain, tak pernah lawan cakap mak ayah dan suami. Kenapa saya yang kena? Anak-anak saya nanti macam mana?”
Bunyi dia macam terus hilang harapan walaupun belum mula treatment lagi. Doktor hanya mendengar saja luahan hati dia sampailah dia habis meraung dalam bilik itu. Suami dia? Masih merokok di parking lot hospital gamaknya.
Bila dia dah balik dengan mata bengkak, doktor terus pusing pada aku dan kata, dia kasihan dengan orang baik seperti itu.
“Dia tak buat salah tetapi dia terkena tempias penyakit atas perbuatan orang lain. Memang makin berat ujian kita sebenarnya, Allah semakin sayang pada kita. Tetapi tak semua orang perasan perkara itu. Ada orang bila dapat tahu berita buruk, memang tak boleh fikir positif dan waras pada masa itu. Biasalah manusia,” katanya.
“Suami dia smoker. Kalau dia duduk rumah terperap tak terdedah dengan udara luar yang tercemar, macam mana pun, suami dia masih dedahkan dia dengan asap rokok dalam rumah,” sambung doktor sementara menunggu pesakit yagn seterusnya.
Aku terdiam.
“Suami dia light smoker. Merokok untuk mengisi masa lapang sahaja. Itu yang buat saya rasa bertambah kasihan dengan akak tadi.
“Sebab light smoker ini bukan ketagih dengan rokok pun. Mereka cuma nyalakan puntung rokok itu sebagai habit. Habit sebenarnya senang nak dibuang. Disebabkan dia tak buang habit itu, dia tingkatkan risiko dan isterinya terkena kanser,” jelas doktor.
Seriously!?
“Yes, habit. Habit menyalakan puntung rokok. Bila tengah stress, nyalakan rokok. Bila tengah tunggu bas, nyalakan rokok. Bila tengah tunggu lunch, nyalakan rokok. It’s a habit. Habit that might kill someone,” katanya.
Aku menjadi marah bila dengar tentang facts habit ini. Kalau addicted aku boleh tolerate lagi sebab aku tahu memang susah nak berhenti dari ambil nikotin. Tetapi habit, habit kills people that you love.
Guys, aku dulu pun smoking. Heavy smoker pula tu. Tetapi aku sudah berhenti. Kalau heavy smoker boleh berhenti, why not you guys? Ah, kau nak cakap nanti bila tak merokok, kawan-kawan ejek sebab tak nampak cool? Weh, seriously lembiklah kalau kau rasa inferior kawan-kawan ejek. Lantaklah kawan nak ejek ke apa.
Nak kata sebab susah nak stop? Ingat sikit, aku heavy smoker pun survive stop merokok okay. Heavy smoker lagilah siap ada withdrawal syndrome bagai. Seksa! Tetapi aku survive.
Dalam Al Quran pun dah kata, jangan memudaratkan diri.
“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (dan membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu” – Surah An-Nisaa, ayat 29.
Sila rajinkanlah buka Al Quran dan baca surah Al-Baqarah ayat 195 pun menerangkan tentang jangan membinasakan diri. Aku bukanlah ahli ulama nak mengharamkan rokok, tetapi aku pesan dari segi agama janganlah kau nak memudaratkan diri. Mungkin kau tak kena, tetapi orang lain boleh kena.
Kepada Kak Temah, please be strong. Dear smoker on habit, please stop smoking and chew a gum instead. – Said the Surgeon incharge.
Jangan ada yang komen kata sakit, penyakit, ajal maut itu semua takdir Allah. Mahu ada yang kena terajang dengan aku. – Student Nerd




SERAM !!!!PASANGAN BARU KAHWIN INI CERITAKAN KISAHNYA APABILA SECARA TIDAK SENGAJA TERSEWA RUMAH BERHANTU…


With the most patient man ever…
Dulu sebelum kami berkahwin, ramai yang bertanya kenapa nak kahwin awal? Tak reti habis belajar ke? Gatal sangat ke? Tambahan, dia tidak mempunyai apa-apa pada waktu itu. Tiada kereta, motosikal pun tak ada semasa kami berkahwin.
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Jawapannya sebab saya sudah jumpa seorang lelaki yang sangat penyabar melayan karenah saya. Jadi, tak bolehlah lepaskan dia kan? Kah! Kah! Kah!
ENGGAN BEBANKAN IBU BAPA
Bayangkan penyabar dia itu, bagi nafkah tetapi dia pun tak makan tengah hari sewaktu mula-mula berkahwin. Dulu selepas berkahwin, kitorang tidur di atas selimut sahaja. Tak ada pun bising-bising sedangkan dia pun sakit. Dalam beberapa bulan juga begitu sebab masa itu malu nak minta tolong mak ayah.
PELIK RUMAH SEWA MURAH SANGAT
Paling tak boleh blah dan moment yang paling saya ingat sangat bila kami berpindah ke sebuah rumah ini. Kami berpindah dari rumah lama sebab sewanya mahal dan yang baru ini amat murah. Bayangkan RM350 di Kuala Lumpur. Tetapi rumah itu hanya ada satu bilik sahaja. Kami pun pelik juga kenapa orang tak pernah tinggal lama di rumah itu. Yela, murah kot?
Rupa-rupanya rumah kami itu adalah bekas rumah bomoh. Jadi faham-faham sajalah, haha! Kemudian jiran sendiri yang mengaku rumah itu ada dihuni oleh ‘sesuatu’. Pernah ada kejadian berlaku ketika saya sedang mengaji, songkok Syammil tiba-tiba terjatuh. Tak tahulah sama ada disebabkan oleh angin atau apa.
Menurut jiran, ada hantu perempuan selalu menangis di depan rumah saya. Penghuni yang sebelum ini pun pernah juga terjumpa tetapi kami tak pernah pula terjumpa apa-apa.
Sewaktu belajar dulu, saya tinggal di Shah Alam. Syammil duduk seorang diri. Kitorang husband and wife weekend gitu. Dia sampai nampak pocong masa duduk seorang-seorang tengah malam. Depan rumah lagi. Esoknya terus demam. Kasihan Syammil. Yang penting nak dekat dua tahun juga kitorang tinggal di rumah itu dan jiran pun kata kamilah yang paling lama menyewa. Hahaha!
Alhamdulillah sekarang saya dah bekerja dan kami juga sudah berpindah ke rumah lain. Semoga abang terus sabar melayan karenah saya yang gila-gila ini ye. Okay, penat puji. 23 haribulan, harijadi. Nak hadiah… hahaha! –




AZAB YANG BAKAL DIHADAPI WANITA MUSLIM YANG TIDAK BERHIJAB & MENUTUP AURAT



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An Nur Ayat 31)
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:
Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”
(Riwayat Muslim)
Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:
Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang..pedihnya tidak terkira.
Wanita di luar rumah di tuntut supaya memakai pakaian seperti pakaian dalam sembahyang. bezanya, mungkin pendek sedikit bagi tujuan memudahkan pergerakkan. Tidak boleh terlalu ketat, sehingga menampakkan gerak punggung. sekalipun tebal seperti seluar jeans, tidak nipis atau jarang sehingga memperlihatkan apa yang di dalam. berseluar panjang boleh tetapi hendaklah dilabuhkan pakaian luarnya.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Samurah bin Jundub : “Pada suatu hari Rasulullah SAW sesudah solat mengadapkan muka beliau kepada kami dan berkata : “Siapa di antara kamu yang bermimpi malam tadi ?” Orang yang bermimpi menerangkan mimpinya. Mendengar itu, Rasulullah SAW bersabda :”Masha Allah !” Di hari yang lain, tiada siapapun yang bermimpi. Rasulullah SAW berkata kepada kami, kebetulan saya bermimpi malam tadi. “Saya melihat dua orang lelaki datang kepadaku, kedua orang itu memegang kedua tanganku, membawa aku keluar ke bumi suci. Tiba-tiba saya melihat seorang lelaki duduk sementara seorang lagi berdiri. Dia memegang alat yang dibuat dari besi dan mecocokkanya ke mulut hingga ke kerongkong kemudian dicabut kembali dan diulangi semula. Begitulah yang dikerjakan oleh keduanya silih berganti”. Lalu aku bertanya : “Siapakah mereka ini”. Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan. “Sambil berjalan, tiba-tiba saya melihat seorang lelaki sedang berbaring terlentang dan seorang lagi lelaki berdiri di sampingnya memegang batu sebesar penumbuk. Lalu dihempapkannya batu itu ke kepala pemuda berbaring tadi sehingga berkecai kepalanya. Setelah itu digulingkannya batu itu lalu diambil oleh pemuda yang dihempap batu tadi dan kepalanya normal semula. Kemudian diserahkan kebali batu itu kepada lelaki tadi dan dia menghempap semula kepala lelaki terlantang tadi dengan tidak berhenti-henti”. Lalu aku bertanya : “Siapakah mereka ini”. Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan. “Tiba-tiba kami sampai ke sebuah jurang seperti tungku yang sempit di bahagian atasnya, tengahnya luas dengan nyalaan api dengan 2 orang yang telanjang dibakar api, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya hampir tercampak keluar akibat dari gelojakan api tersebut, tiba-tiba api terpadam dan kedua-dua terjatuh ke dasar jurang tersebut. Kemudian api dinyalakan semula dan hal ini terus berlaku berulang-ulangkali.” Lalu aku bertanya : “Siapakah mereka ini”. Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan. “Kemudian kami sampai ke sebuah sungai darah. Terdapat 2 lelaki di dalam sungai tersebut di mana lelaki yang pertama memegang seketul batu berada di tengah-tengah sungai. Sementara lelaki yang kedua mengadap lelaki yang pertama, dia mahu keluar dari sungai itu. Namun setiap kali dia cuba keluar dia dilempar dengan batu oleh lelaki yang pertama tadi dan terjatuh semula ke dalam sungai. Keadaan ini terjadi berulang-ulang kali.” Lalu aku bertanya : “Siapakah mereka ini”. Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan. “Tiba-tiba saya sampai di taman yang hijau dan terdapat sebatang pohon yang besar. Di bawah pohon itu terdapat seorang lelaki tua yang sedang menyalakan api bersama-sama dengan beberapa orang anak. Kedua-dua malaikat yang membawaku, lalu membawaku naik ke atas pohon itu. Kemudian keduanya membawaku memasuki gedung yang amat indah yang belum pernah aku lihat. Di dalamnya ada golongan tua dan ada yang masih muda.” Aku dibawa naik lagi. Tiba-tiba aku memasuki gedung yang lebih indah lagi. Ketika itu aku bertanya kepada kedua lelaki yang membawa aku: “Kamu telah membawa aku jauh mengembara pada malam ini, terangkan kepadaku apa yang telah aku lihat” Keduanya menjawab : “Orang yang engkau lihat memasukkan alat besi sampai ke kerongkongnya adalah pembohong yang sedang berbohong. Ia disiksa begitu hingga hari qiamat.” “Orang yang dipecahkan kepalanya dengan batu adalah orang yang pandai membaca al-Quran, tetapi dia tidur dengan al-Quran di malam hari (tidak membacanya) dan tidak mengamalkannya di siang hari. Begitulah siksaannya hingga hari qiamat”. Orang yang engkau lihat di dalam jurang adalah penzina dan di dalam sungai adalah pemakan riba. Orang tua yang berada di bawah pohon adalah Nabi Ibrahim sedangkan anak-anak yang berada di sisinya adalah anak-anak manusia. Yang menyalakan api adalah Malik, penjaga Neraka. Gedung indah yang pertama ialah untuk semua orang-orang beriman sementara gedung yang lebih indah adalah untuk para syuhada’. Saya adalah Jibril dan ini Mikail.” Kemudian mereka menyuruh aku mengangkat kepala lalu aku melihat mahligai seperti awan tingginya. Kedua maliakat itu berkata : “Itulah tempat bagimu” Lalu aku berkata : “Biarkan aku memasukui mahligaiku” Jawab mereka : “Umurmu masih ada, sesudah engkau wafat, barulah engkau dibenarakan masuk” Berikut adalah gambaran siksaan dan pembalasan yang diperlihatkan kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra’ dan Mikraj.
Peristiwa Isra’
1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah
2. mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah
3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.
4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.
5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
6. Ssekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.
7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.
8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.
9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.
10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.
Peristiwa Mi’raj
1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.




Tuesday, August 29, 2017

TRAUMA WANITA... LUAHAN HATI SELEPAS 50 HARI NIKAH , KAMI BERCERAI.MERTUA BUAT SAYA MACAM PEMBANTU. SUAMI BUAT SAYA MACAM HAMBA


Kisah coretan dari saudari Lydia (nama samaran) yang mahu wanita diluar sana ambil pengajaran .
Buat gadis yang masih belum berkahwin juga beringat sebelum terkena . Mungkin cerita ini diulang siar namun admin rasa kewujudan masalah seperti ini masih ada dan tak mustahil lagi teruk .
Bismillahirrahmanirrahim. Since macam dah ‘penat’ nak copy and paste kisah berlakunya cerai yang tiba-tiba ini, saya rungkaikan sedikit sahaja sebagai pedoman dan panduan. Take it positively. Nak jaga aib orang seboleh yang mampu.
Saya dengan bekas suami bernikah atas pilihan bekas mertua saya. Kenal memang tak lama, atas dasar menjaga agama. Time ini respectlah kan, jaga hubungan sebelum nikah. Maka berlangsunglah majlis nikah, walimah, bertandang dalam masa 3 hari non stop.
Saya tinggal di rumah mertua (saya, bekas suami, mertua, adik beradik ipar). Bekas suami merupakan anak sulung dan taat pada segala apa suruhan dan perintah ibunya. Tetapi akhirnya memakan diri.
Minggu pertama perkahwinan kami okay. Bermula minggu yang kedua dan seterusnya dah jadi lain. Yang mana ibu mertua mula kawal semua urusan dalam rumah. Saya pada mulanya masih bersangka baik, tetapi bila dia mula mencampuri urusan rumah tangga kami, saya tak selesa.
Saya cuba berbincang dengan suami, saya tidak kisah ditegur tetapi bila semua perkara dikawal oleh ibu mertua termasuk pergaulan saya dengan suami sendiri, menyebabkan saya tidak selesa.
Nak berjalan berdua, salah, makan berdua salah. Kalau diikutkan, semua perkara yang saya buat salah.
“Mak awak tak boleh buat macam ini. Kita kan dah suami isteri,”kata saya pada suami.
“Kita kena taat pada mak,” balas suami ringkas dan beredar.
Sampailah saya dimasukkan ke wad sebab bleeding. Pagi sahur itu saya dah beritahu ibu mertua yang saya nak pergi klinik. Dia tak bagi dan tuduh saya manja lagi. Sampailah saya dah tak tahan, rasa nak pengsan, barulah suami bawa saya pergi ke klinik. Itu pun lama juga sebab nak dapatkan keizinan ibunya terlebih dahulu. Masa ini saya dah menangis. Dia sempat lagi nak call beritahu nak bawa saya ke klinik.
Sampai di klinik, saya terus dirujukkan ke hiospital sebab HB drop sampai 6. Bila dah warded, saya dan suami dah macam panas sebab doktor kata saya mengandung, mungkin anak kembar tetapi satu dah gugur (sekarang kedua-duanya dah tak ada dalam rahim).
Saya warded pun kena marah juga sebab saya dituduh ibu mertua menyusahkan anaknya nak bekerja. Saya cakap, cuti sajalah. Tetapi suami kata tak boleh sebab ibunya suruh bekerja, cari duit.
Ibu mertua tak nak cucu sebenarnya sebab bagi dia, ada cucu akan membebankan. Perlukan duit banyak (bila mentaliti hanya hidup untuk duit).
Saya dibenarkan keluar dari wad pada hari Jumaat. Suami hantar saya balik ke rumah ibu saya dan dia terus balik sebab ibu dia sudah pesan, selepas hantar saya terus pergi kerja. Itulah hari terakhir saya berjumpa dengan suami.
Malam itu, saya menghubungi dia. Dia kata dia tension dan stress sebab ibu dia marah bila saya balik ke rumah keluarga saya. Katanya, tiada sesiapa yang nak buat kerja rumah, iron baju-baju dia dan sebagainya.
Sehinggalah Ahad 19 Jun 2016, saya cuba call suami beratus kali, WhatsApp, mesej langsung tidak dijawab. Malah dia langsung tidak bertanya tentang perkhabaran saya. Sampai saya persoalkan juga tanggungjawab dia sebagai suami. Iyalah, saya dibawah tanggungjawab dia.
Akhirnya dia menghantar mesej menceraikan saya sebab katanya saya yang mendesak dia untuk menceraikan saya. Yang ini langsung tidak wujud.
Malam itu, saya pergi ke rumahnya untuk mengambil barang-barang saya. Maruah saya dipijak-pijak, saya dipersalahkan di atas semua perkara yang terjadi. Barang-barang saya dihumban ke dalam kotak. Saya angkut kesemua barang-barang saya.
suami? Suami langsung tidak mahu turun mempertahankan maruah saya sebagai isteri dia. Saya diperlakukan umpama kain buruk. Sebelum dia meminta saya menjadi isterinya, bukan main beradab dia mengambil saya dari ibu dan ayah. Tetapi bila sudah tidak diperlukan, saya dibuang begitu sahaja. Semuanya ditamatkan dengan sms, call. Cerai pun buat main-main.
Ustazah, ustazah ini ustazah tau. Sepatutnya menasihatkan anaknya jangan sampai bercerai. Tetapi ustazah ini beria menyuruh anaknya menceraikan saya sebab saya tidak mendengar katanya. Tiada sesiapa yang nak iron baju-baju dia dan dia sedar saya mengandung tetapi sengaja nak membunuh anak-anak saya. Betapa tegarnya hati dia.
Suami, tak salah mahu mempertahankan ibu sendiri tetapi awak ada tanggungjawab awak juga terhadap isteri. Ada perkara yang boleh dipatuh, ada yang boleh dibantah. Even saya mengandung pun awak tak ambil tahu. Cuma tahu mempersoalkan tanggungjawab saya terhadap awak. Jadi, mana tanggungjawab awak selama ini? Nafkah langsung tak bagi sebab ibunya tak izinkan dia beri pada saya. Bagus.
Sila buang gelaran ustaz, ustazah itu semua. Sangat tidak layak. Mertua buat menantu macam pembantu. Suami buat isteri macam hamba. Ya, dunia akhir zaman. Ini baru sedikit ceritanya. Kadang-kadang gelaran itu mengaburi mata kita sebenarnya. Ingat boleh tumpang sikit-sikit ilmu agama.
Semuanya telah selesai, selesai di dunia. Di akhirat, tanggunglah sendiri wahai bekas suami dan mertua. Anak-anak saya pun sudah selamat di syurga. Moga menjadi asbab untuk saya ke syurga. Semoga menjadi asbab untuk kalian kerana menzalimi saya sebagai isteri dan menantu.
Maka berakhirlah kisah saya yang mengharapkan bercinta selepas nikah ini. Tak sempat bercinta pun sebenarnya. Honeymoon pun beramai-ramai. Ingatkan till jannah tetapi till jahanam dibuatnya pada rumah tangga kami. Hati budi pun jauh sekali nak kenal.
Saya tak cakap bercinta selepas nikah ini tidak kekal lama tetapi bergantung pada pengemudi rumah tangga itu sendiri. That’s why nikah ini amanah yang berat, tanggungjawab pun dah tak sama. Nak happy forever kena lalui suka dan duka. – Lydia
Buat lelaki luar disana apabila anda bersedia untuk mendirikan rumahtangga , korang juga dah bersedia nak hadapi pelbagai bentuk masalah , yang anak mak ni mungkin perlu belajar mendahulukan dan menghormati . Tak salah nak jaga hati ibu , sememangnya ibu perlu diutamakan tapi sampai perasaan isteri terabai , itudah kira berdosa juga .

www.kakishare.my




MUNUM AIR GULA !!! EUWWWW MELOYAKAN !!! NAHHHHH PETUA INI SANGAT BERKESAN UNTUK ATASI IBU MENGANDUNG YANG RASA NAK MUNTAH APABILA MINUM AIR GULA..MARI AMALKAN



“Dalam banyak banyak benda, isteri saya boleh takut minum air gula. Siap menangis cakap takut. Bila tanya kenapa takut isteri cakap tak sedap… pekat & bila minum mesti rasa nak muntah….. Ada tak cara nak elakkan muntah ni?”
Ada some mommy yang minum air gula ni macam minum air masak ja. Sekali teguk. Ada mommy yang nampak gelas berisi air gula pun dah nangis teresak esak… huhu… comei.. =)
Mommy tak perlu bayangkan pun air gula ni akan melalui kerongkong mommy. Mommy hanya perlu bayangkan mak mak kita & semua wanita melalui procedure yang sama… so mommy perlu juga kuat… =)
AIr gula atau Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) dilakukan utk pastikan pregnant mommy tak mempunyai masalah kencing manis ketika hamil atau Gestational Diabetis Mellitus (GDM). go go mommy. Mommy kan ibu hebat =)
Ini adalah tips yang boleh membantu mommy menghadapi moment minum air gula. =)
1. Jaga makan
Sehari sebelum ke klinik.. make sure mommy set mind…. fikir yang baik2.. & lebihkan sayur berbanding makanan berat seperti nasi & mee.
2. Puasa
Bermula jam 10 malam sehari sebelum mommy buat ujian ini, mommy tak boleh makan sebarang makanan kecuali hanya minum air masak sahaja.
3. Sikit saja
Ala mommy 200ml air gula tu sikit saja.. mommy tutup hidung & minum terus… jangan minum sikit2 pulak kerana ia akan menambahkan lagi loya pada mommy & minumlah dalam keadaan air gula tu masih suam… … tak payah fikir apa… den cepat2 mommy pegi kumur mulut… done! =)
4. Rest
Katakanlah mommy betul2 rasa nak pitam… rasa loya.. make sure 2 jam sebelum ujian darah kedua tu mommy berehat di tempat yang lebih selesa… jauhkan diri dari bau2 yang tak best buat mommy so that tak termuntah tiba tiba.
5. Makan ringan
Selepas ujian kali kedua ni… mommy make sure jangan makan makanan berat. Minum air kosong dulu… den makan roti or biskut. Once mommy dah stabil… baru digalakkan makan makanan berat.
Have fun mommy…
Percayalah. Apa yang terjadi kepada mommy, baik atau buruk semua dikawal oleh apa yang mommy fikir.

Fikir yang baik2 … insyaALLAH semuanya baik2 saja =)


NGERI !!! (6 GAMBAR) MENAKUTKAN…BINTIK HITAM MUNCUL PADA TANGAN WANITA INI! SELEPAS DIPERIKSA DOKTOR PULA TERKEJUT! RUPA-RUPANYA..



Di laman media sosial, kita kerap menonton video-video orang yang mengalami penyakit yang aneh.

Buat beberapa ketika ini, menjadi tular kisah seorang netizen bernama Gullible Trout dan isterinya yang berkongsikan kisah penyakit aneh yang dialami oleh isterinya.

Diceritakan olehnya pada tahun 2010, tangan isterinya tiba-tiba muncul bintik hitam kecil.


Awalnya masih kecil, tetapi entah mengapa bintik-bintik tersebut membesar.


Pada mulanya hanya dua bintik, jadi dia menyangka hanya tumpukan darah yang membeku, tapi melarat hingga ke tapak tangan.


Kerana sudah membesar, mereka cuba menggunakan alkohol atau ubat alergi untuk mengubatinya, tetapi tidak berhasil. Akhirnya, mereka berubat ke doktor secepat mungkin.

Doktor berkata ini adalah nanah yang membusuk, dan harus segera dibuang. Jika tidak, akan membahayakan dirinya.

Usai operasi tersebut, tangannya dibungkus.

Tak lama selepas itu, tangannya sembuh dan tiada tanda-tanda akan muncul lagi.
Menurut diagnosis doktor, mungkin ini terjadi kerana alergi, luka, ataupun hormon yang tak terkawal. Setelah dianalisa, rupanya isterinya alah terhadap ubat anti hamil.

Walaupun isterinya sudah sembuh, tetapi mungkin perkara seperti ini boleh muncul kembali ataupun dialami oleh orang lain. Jadi mereka mengambil keputusan untuk menahan malu dan kongsikan pengalaman mereka di internet.
Buat rakan-rakan pembaca sekalian, jagalah kesihatan kita ya! Jika ada yang aneh berlaku, jangan dibiarkan terlalu lama dan berjumpalah doktor dengan kadar segera.
Sumber: healthlover.com



MARI KITA TANGKAP BUDAK NI !!!! CURIGA DENGAN PERANGAI PELIK KUCINGNYA,WANITA INI NEKAD PASANG CCTV DI RUMAH UNTUK AWASI KEGIATAN KUCINGNYA. APA YANG DIRAKAMKAN MENGEJUTKAN !!!


Pernah terfikir apa agaknya yang dilakukan kucing peliharaan anda di rumah apabila ditinggalkan sendirian?Adakah kucing peliharaan anda akan duduk di belebas tingkap memerhatikan burung-burung di luar terbang berkicauan?
Adakah kucing peliharaan anda hanya akan tidur di sofa sambil menunggu kepulangan anda?



Semua tanggapan ini mungkin tidak tepat. Mungkin kegiatan harian mereka tidak sebosan seperti yang kita fikirkan. Netizen yang memuat naikkan imej unik ini mula memasang kamera di rumahnya untuk melihat aktiviti seharian kucingnya di rumah. Tidak pernah dia jangkakan akan melihat bakat menari kucingnya yang terpendam selama ini.

Bersenam sebelum melakukan tarian.


Posisi tarian balet


Di bawah sinaran matahari, kucing ini kelihatan lebih comel.


Seperti Michael Jackson.



Penjaga kucing ini sangat gembira apabila dia melihat gelagat haiwan kesayangannya ini. Dia tidak pernah menyangka bahawa kucingnya tidak berasa bosan walaupun ditinggalkan sendirian di rumah. Malah, kehidupan sihat yang dijalani kucingnya adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kehidupannya sendiri.


Sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan sendiri dan ingin mengetahui kegiatan harian mereka, anda juga boleh memasang kamera di rumah anda. Siapa tahu apa yang bakal anda temui kelak mungkin sesuatu yang sangat berharga!