SUBANG JAYA,
SELANGOR - Rakaman video seorang wanita yang berang dan marah pada anggota
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil memegang alat pengunci stereng,
viral di media sosial.
Video yang dimuat
naik di sebuah group Facebook GTB28 itu menunjukkan, wanita berusia lingkungan
30-an itu tidak puas hati dengan tindakan anggota MPSJ yang telah mengunci
tayar keretanya yang diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Dalam video
berdurasi 1 minit 36 saat itu, wanita berkenaan berulang kali menyatakan bahawa
dia hanya meletakkan keretanya di depan kedai makan untuk seketika sahaja, bagi
membeli makanan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Bagaimanapun,
anggota MPSJ itu menjelaskan bukan menjadi satu kesalahan untuk wanita
berkenaan membantu membeli makanan untuk OKU. Namun tindakan meletakkan
keretanya di tempat yang tidak sepatutnya menjadi satu kesalahan yang perlu
dikenakan tindakan.
Enggan menerima penjelasan yang diberikan, wanita
itu mula meninggikan suara dan meminta anggota MPSJ memahami keadaannya.
Tambahan pula, kawasan parkir di sekitar juga telah penuh menyebabkan dia tiada
pilihan lain untuk parkir di situ.
"Ya, parking
sini sebab depan ini restoran dan tak ada tempat parking berhampiran. So saya
parking sini, cepat-cepat ambil produk, tolong OKU juga," jelasnya.
"Haa, you tahu
pun salah. You tahu pun salah parking," kata anggota MPSJ berkenaan.
"Bukan
salahnya, you mesti tahu OKU tak ada masa. Kita mesti faham, OKU memang tak ada
masa," katanya.
Belum sempat
menghabiskan penjelasan, anggota MPSJ itu kemudian bertanya, apakah wanita itu
berstatus OKU.
Soalan itu
membuatkan wanita berkenaan berang, menghentak kakinya dan sekali lagi
meninggikan suara kepada anggota berkenaan. Berulang kali wanita itu
menjelaskan dia dan suaminya membantu OKU dan meminta anggota terbabit faham
dengan keadaannya.
Perakam video itu
kemudian meminta wanita terbabit menunjukkan kad OKU. Anggota yang dimarahi
wanita itu pula berkata, "Kalau you betul-betul tolong OKU, kalau you OKU,
baik you parking kat tengah-tengah je."
Kata-kata anggota
itu membuatkan wanita berkenaan terdiam seketika dan berkata, "Adakah you
normal ke tak normal? Suruh saya parking di tengah jalan?".
0 comments:
Post a Comment