Melaka: “Boboi
paling manja dengan saya, siang tadi (kelmarin) dia duduk dan menjilat kaki
saya ketika saya solat Zuhur,” kata Abu Bakar Abdul Rahman, 58, dari Taman
Malim Jaya, Seksyen 1, di sini, selepas kucing kesayangannya mati dibelit ular
sawa.
Dalam kejadian 10
malam itu, Abu Bakar keluar dari rumah, mencari cincinnya dipercayai tercicir
di garaj selepas pulang dari berniaga di kedai runcit.
Menurutnya, ketika
mencari di garaj itu, dia ternampak ular sawa sebelum mengambil cangkul dan
mendapati reptilia itu membelit kucing kesayangannya sebelum mengetuk haiwan
itu dengan cangkul.
“Ular sepanjang
empat meter itu lari ke dalam longkang sebelum saya menghubungi Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.
Anak perempuan Abu
Bakar, Munirah Abu Bakar, 23, berkata, kucing baka Siam itu dibela sejak kecil.
0 comments:
Post a Comment