KUALA LUMPUR - Susulan perniagaan terjejas ekoran
video viral pasangan suami isteri yang mendakwa dianiaya dan ditipu Imadi Pet
Global Sdn Bhd, pengasasnya, Ismail Mohd Ali, akan memfailkan saman terhadap
pasangan berkenaan sebanyak RM2.5 juta, lapor Harian Metro.
Ismail berkata, tindakan pasangan berkenaan
menularkan klip video mereka menimbulkan kekecohan di premisnya dan mengheret
perkara itu ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) pada awal Ogos lalu,
telah menyebabkan kesulitan, kerugian dan menjejaskan perniagaan mereka.
Difahamkan, Ismail akan memfailkan saman RM2.5 juta
itu di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam, Selangor
"Bagaimanapun,
pada 19 September lalu, TTPM memutuskan tuntutan pasangan berkenaan berjumlah
RM20,000 ditolak. Keputusan TTPM membuktikan tuntutan pasangan itu terhadap
kematian kucing yang dibeli daripada kami, tidak berasas.
"Ia sedikit
sebanyak dapat membaiki imej Imadi yang tercalar kerana sesetengah pengguna
laman sosial sebelum ini mudah percaya dengan dakwaan pembeli itu selain
berkongsi bahan berkenaan.
"Berikutan
itu, kami mengambil keputusan untuk memfailkan saman RM2.5 juta di Mahkamah
Sivil Shah Alam." katanya.
Jelas Ismail,
sebagai pembiak dan penjual kucing, Imadi telus dengan syarat dan peraturan
setiap urusan jual belinya. Mengikut syarat International Breeders, apabila
kucing dibeli pelanggan, pihaknya hanya akan bertanggungjawab dalam tempoh 72
jam sahaja.
Pada Ogos lalu,
pemilik kucing baka British Short Hair, Lily, yang dibeli oleh pasangan
berkenaan dari Imadi Pet Shop dengan harga RM10,000 mati. Mereka mendakwa, Lily
mati kerana pihak Imadi tidak memberi rawatan mengikut prosedur yang
sepatutnya.
Semakan di Facebook
mendapati, pemilik kucing tersebut ada memuat naik status berkenaan kes yang
sama pada 12 September lalu yang mempertikaikan keaslian sijil TICA yang
diperolehinya. Malah mendakwa dia terpaksa membayar RM3,000 hingga RM4,000
untuk proses pertukaran nama hak milik kucingnya itu.
Dalam status itu
juga, beliau berkata:
"Saman saya?
Saya buat fitnah? Buktikan. Sebab saya sedang buka mata anda semua tentang apa
yang sedang berlaku sekarnag ini. Kalau saya bodoh, biarlah saya sahaja yang
tanggung. Jangan anda pula jadi bodoh terkena seperti saya,"
tulisnya.
"Tanggungjawab
saya untuk buka mata masyarakat sekeliling tentang penganiayaan kucing dan
manusia. Yup, saya juga teraniaya," tambahnya lagi.
0 comments:
Post a Comment