PENGACARA dan pelawak Nabil Ahmad kesal
dengan sikap segelintir artis Malaysia yang sukar memberi sokongan terhadap
rakan lain ketika hadir ke sebuah acara hiburan.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 33, berkata dia lebih
gemar mengendalikan acara atau majlis yang tidak ada melibatkan artis.
"Saya dah kendali banyak majlis tapi lebih suka mengacara di majlis
sekolah, universiti, kilang atau korporat berbanding sesuatu melibatkan artis.
"Sebabnya kebanyakkan artis cepat terasa. Ada segelintir yang ingat
mereka bagus bila duduk di bawah itu.
"Mereka tidak memberi sokongan penuh kepada rakan yang berada di
hadapan," kata Nabil kepada mStar Online.
Nabil ketika ditemui di majlis pelancaran program Ceria I-Star 2017 di Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara
pada Isnin.
Menurut pengacara program Meletop ini, artis Malaysia juga ada sifat malas memberi tepukan dan sorakan kepada rakan yang berada di pentas.
Disebabkan itu, Nabil tidak menganggap dirinya selebriti tetapi dia
bekerja hanya untuk industri seni.
"Takkan saya naik atas pentas dan minta orang tepuk. Awak kerja
macam saya, cuba naik atas pentas tapi tak ada orang tepuk apa yang awak
rasa.
"Artis-artis Malaysia ini malas nak tepuk tangan dan sorak pun tak
nak. Kenapa nak mengangkat diri lebih daripada orang lain.
"Sebab itulah saya tidak menganggap diri sebagai selebriti tetapi
bekerja untuk industri," ujarnya.
Dalam pada itu, Nabil tidak kisah jika kenyataannya ini akan mengundang
kecaman daripada netizen atau mana-mana pihak.
Apa yang dikatakan hanya pandangan peribadinya yang pernah melalui
pengalaman mengendali acara hiburan namun tidak mendapat sokongan rakan
selebriti yang lain.
"Saya dah biasa kena kecam. Saya tak ada masalah. Apa yang saya
cakap ini adalah benda yang betul.
"Sudah banyak kali jadi pengacara untuk majlis pelancaran, bila ada
artis lain tengoklah macam mana sikap mereka," katanya.
mstar online
0 comments:
Post a Comment