Tuesday, September 26, 2017

Filled Under:

Wanita Terjatuh Tingkat 5 HSB




ALOR SETAR: Seorang wanita patah tulang belakang apabila terjatuh dari tingkat lima Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini petang Selasa.
Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, siasatan awal mendapati wanita tempatan berusia 33 tahun itu berkunjung ke HSB bagi melawat seorang rakannya yang sedang dirawat.
"Wanita itu terjatuh dari tingkat lima dan terhempas di tingkat dua HSB...mangsa kini diberi rawatan kecemasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan berada dalam keadaan stabil dan sedar," katanya menerusi kenyataan malam Selasa.

Bagaimanapun mangsa yang sudah menjalani ujian X-Ray kini menunggu untuk ujian dan rawatan lanjut. - BERNAMA




0 comments:

Post a Comment