KUALA LUMPUR: Seorang pemandu GrabCar ditahan
polis berhubung insiden perselisihan faham dengan pesalah trafik yang meletak
kereta di luar petak di Taman Segar, Cheras, di sini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin yang
mengesahkan penahanan itu berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Ibu
Pejabat Polis Daerah Cheras, pada pukul 6.30 petang, Selasa.
Menurutnya, ia susulan laporan yang dibuat seorang anggota penguatkuasa
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat laporan di Balai Polis Sentul,
Isnin.
“Dalam kejadian kira-kira jam12.46 tengah hari semalam, anggota terbabit
bersama rakan setugasnya menjalankan Operasi Kapit Tayar di kawasan Taman Segar
Cheras. Anggota terbabit telah mengapit tayar sebuah jenis Perodua Myvi
berwarna silver kerana melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di luar petak.
“Setelah terima arahan dari Call centre DBKL, anggota terbabit bersama
rakannya pergi ke lokasi untuk buka pengunci tayar kereta tersebut kerana
pemilik kenderaan tersebut hendak bayar denda.
“Tiba-tiba berlaku pertengkaran dan perselisihan faham antara mereka
selain tolak menolak,” katanya.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan pihaknya akan memanggil
anggota penguat kuasa terbabit untuk dirakam percakapan.
Katanya, pihaknya juga akan merakam percakapan saksi-saksi lain
bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun
Keseksaan,” katanya.
Terdahulu, tular sebuah video seorang lelaki bertindak mengeluarkan
kata-kata kesat dan memaki hamun pegawai penguat kuasa.Video yang tular pada
Selasa menunjukkan seorang lelaki tempatan berang apabila tayar keretanya
dikunci kerana disyaki disyaki meletakkan kenderaannya di tempat yang tidak
dibenarkan.
Dalam video berkenaan, lelaki terbabit cuba ditenangkan oleh seorang
wanita apabila tindakannya memarahi penguat kuasa.
Malah, lelaki terbabit juga dilihat mengeluarkan dipercayai sebatang
senduk kayu.
Difahamkan, lelaki terbabit mendakwa dia hanya meletakkan kenderaan
jenis Perodua Myvi yang dipandunya hanya lima minit.
Video berdurasi empat minit enam saat itu menerima pelbagai reaksi
daripada netizen.
Seorang pengguna Facebook dikenali Bro Remy berkata, berdasarkan kes
yang sebelum ini, pesalah akan kesal dengan perbuatan yang dilakukannya.
Turut memuat naik komen adalah Raizal Roslin yang berkata, akhirnya
nanti individu yang disabit salah akan membuat permohonan maaf.
Seorang lagi pengguna Facebook dikenali Tariq Ziyad berkata, tindakan
itu adalah satu yang tidak wajar dan semakin kurang ajar. - Sinar Online
0 comments:
Post a Comment