Kebiasaannya, kaum lelaki mendominasi
perkhidmatan pengangkutan bas awam di Malaysia.
Hal ini demikian, memandu bas memerlukan ketahanan fizikal dan
mental malah memerlukan seseorang itu bekerja lebih masa.
Namun demikian, seorang ibu yang mempunyai dua anak dan masih
berusia 28 tahun, tidak menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk
berkhidmat sebagai pemandu bas untuk Prasarana Bhd.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana
Bhd, Azmi Abdul Aziz, wanita ini sanggup bekerja untuk syif pagi dan malam
malah sangat beruntung kerana suami dan anak-anaknya memberi sokongan yang
penuh.
Melalui catatan Facebook miliknya, Azmi berkata berterima kasih
kepada Puan Tuty di atas khidmat dan bakti yang dicurahkan.
Orang nombor satu
Prasarana ini juga mengatakan, Puan Tuty berjaya memecah dominasi golongan
lelaki dalam sektor pengangkutan awam serta merupakan contoh kepada golongan
wanita yang berminat menyertai sektor pengangkutan awam.
Bermula sebagai pemandu teksi, Puan Tuty
kini merupakan kebanggaan seluruh keluarganya sebagai Kapten Bas Elektrik di
laluan BRT Sunway.
Beliau pada awalnya gementar untuk melakukan pekerjaan ini
tetapi sangat beruntung kerana suami dan dua anaknya merupakan penyokong kuat
terhadap kerjaya ini.
Azmi Aziz turut menambah,”Kami ingin memecahkan stereotaip yang
didominasi lelaki dalam industri ini dengan mewujudkan persekitaran yang
inklusif di Prasarana di mana semua orang, tanpa mengira jantina mereka, akan
berkembang maju dan berjaya.”
0 comments:
Post a Comment