DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA
PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher
bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau
anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya
kamu berjaya.
(Surah An Nur Ayat 31)
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah, yang bermaksud:
Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat
keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai
buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan
mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk
unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium
bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan
demikian.”
(Riwayat Muslim)
Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab
yang amat pedih, antaranya:
Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya,
akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya,
berterusan selama ia tidak menutupnya.
Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan
seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat
dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk
dipanggang..pedihnya tidak terkira.
Wanita di luar rumah di tuntut supaya memakai pakaian seperti
pakaian dalam sembahyang. bezanya, mungkin pendek sedikit bagi tujuan
memudahkan pergerakkan. Tidak boleh terlalu ketat, sehingga menampakkan gerak
punggung. sekalipun tebal seperti seluar jeans, tidak nipis atau jarang
sehingga memperlihatkan apa yang di dalam. berseluar panjang boleh tetapi
hendaklah dilabuhkan pakaian luarnya.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Samurah bin Jundub : “Pada suatu
hari Rasulullah SAW sesudah solat mengadapkan muka beliau kepada kami dan
berkata : “Siapa di antara kamu yang bermimpi malam tadi ?” Orang yang bermimpi
menerangkan mimpinya. Mendengar itu, Rasulullah SAW bersabda :”Masha Allah !”
Di hari yang lain, tiada siapapun yang bermimpi. Rasulullah SAW berkata kepada
kami, kebetulan saya bermimpi malam tadi. “Saya melihat dua orang lelaki datang
kepadaku, kedua orang itu memegang kedua tanganku, membawa aku keluar ke bumi
suci. Tiba-tiba saya melihat seorang lelaki duduk sementara seorang lagi
berdiri. Dia memegang alat yang dibuat dari besi dan mecocokkanya ke mulut
hingga ke kerongkong kemudian dicabut kembali dan diulangi semula. Begitulah
yang dikerjakan oleh keduanya silih berganti”. Lalu aku bertanya : “Siapakah
mereka ini”. Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah
menyuruhku terus berjalan. “Sambil berjalan, tiba-tiba saya melihat seorang
lelaki sedang berbaring terlentang dan seorang lagi lelaki berdiri di
sampingnya memegang batu sebesar penumbuk. Lalu dihempapkannya batu itu ke
kepala pemuda berbaring tadi sehingga berkecai kepalanya. Setelah itu
digulingkannya batu itu lalu diambil oleh pemuda yang dihempap batu tadi dan
kepalanya normal semula. Kemudian diserahkan kebali batu itu kepada lelaki tadi
dan dia menghempap semula kepala lelaki terlantang tadi dengan tidak
berhenti-henti”. Lalu aku bertanya : “Siapakah mereka ini”. Kedua orang
(malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.
“Tiba-tiba kami sampai ke sebuah jurang seperti tungku yang sempit di bahagian
atasnya, tengahnya luas dengan nyalaan api dengan 2 orang yang telanjang
dibakar api, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya hampir
tercampak keluar akibat dari gelojakan api tersebut, tiba-tiba api terpadam dan
kedua-dua terjatuh ke dasar jurang tersebut. Kemudian api dinyalakan semula dan
hal ini terus berlaku berulang-ulangkali.” Lalu aku bertanya : “Siapakah mereka
ini”. Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku
terus berjalan. “Kemudian kami sampai ke sebuah sungai darah. Terdapat 2 lelaki
di dalam sungai tersebut di mana lelaki yang pertama memegang seketul batu
berada di tengah-tengah sungai. Sementara lelaki yang kedua mengadap lelaki
yang pertama, dia mahu keluar dari sungai itu. Namun setiap kali dia cuba
keluar dia dilempar dengan batu oleh lelaki yang pertama tadi dan terjatuh
semula ke dalam sungai. Keadaan ini terjadi berulang-ulang kali.” Lalu aku
bertanya : “Siapakah mereka ini”. Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak
menjawab, malah menyuruhku terus berjalan. “Tiba-tiba saya sampai di taman yang
hijau dan terdapat sebatang pohon yang besar. Di bawah pohon itu terdapat
seorang lelaki tua yang sedang menyalakan api bersama-sama dengan beberapa orang
anak. Kedua-dua malaikat yang membawaku, lalu membawaku naik ke atas pohon itu.
Kemudian keduanya membawaku memasuki gedung yang amat indah yang belum pernah
aku lihat. Di dalamnya ada golongan tua dan ada yang masih muda.” Aku dibawa
naik lagi. Tiba-tiba aku memasuki gedung yang lebih indah lagi. Ketika itu aku
bertanya kepada kedua lelaki yang membawa aku: “Kamu telah membawa aku jauh
mengembara pada malam ini, terangkan kepadaku apa yang telah aku lihat”
Keduanya menjawab : “Orang yang engkau lihat memasukkan alat besi sampai ke
kerongkongnya adalah pembohong yang sedang berbohong. Ia disiksa begitu hingga
hari qiamat.” “Orang yang dipecahkan kepalanya dengan batu adalah orang yang
pandai membaca al-Quran, tetapi dia tidur dengan al-Quran di malam hari (tidak
membacanya) dan tidak mengamalkannya di siang hari. Begitulah siksaannya hingga
hari qiamat”. Orang yang engkau lihat di dalam jurang adalah penzina dan di
dalam sungai adalah pemakan riba. Orang tua yang berada di bawah pohon adalah
Nabi Ibrahim sedangkan anak-anak yang berada di sisinya adalah anak-anak
manusia. Yang menyalakan api adalah Malik, penjaga Neraka. Gedung indah yang
pertama ialah untuk semua orang-orang beriman sementara gedung yang lebih indah
adalah untuk para syuhada’. Saya adalah Jibril dan ini Mikail.” Kemudian mereka
menyuruh aku mengangkat kepala lalu aku melihat mahligai seperti awan
tingginya. Kedua maliakat itu berkata : “Itulah tempat bagimu” Lalu aku berkata
: “Biarkan aku memasukui mahligaiku” Jawab mereka : “Umurmu masih ada, sesudah
engkau wafat, barulah engkau dibenarakan masuk” Berikut adalah gambaran siksaan
dan pembalasan yang diperlihatkan kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra’
dan Mikraj.
Peristiwa Isra’
1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah
2. mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah
3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.
4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.
5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
6. Ssekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.
7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.
8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.
9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.
10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.

Peristiwa Mi’raj
1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

0 comments:
Post a Comment