Kisah coretan dari saudari
Lydia (nama samaran) yang mahu wanita diluar sana ambil pengajaran .
Buat gadis yang masih belum berkahwin juga beringat sebelum terkena . Mungkin cerita ini diulang siar namun admin rasa kewujudan masalah seperti ini masih ada dan tak mustahil lagi teruk .
Bismillahirrahmanirrahim. Since macam dah ‘penat’ nak copy and paste kisah berlakunya cerai yang tiba-tiba ini, saya rungkaikan sedikit sahaja sebagai pedoman dan panduan. Take it positively. Nak jaga aib orang seboleh yang mampu.
Buat gadis yang masih belum berkahwin juga beringat sebelum terkena . Mungkin cerita ini diulang siar namun admin rasa kewujudan masalah seperti ini masih ada dan tak mustahil lagi teruk .
Bismillahirrahmanirrahim. Since macam dah ‘penat’ nak copy and paste kisah berlakunya cerai yang tiba-tiba ini, saya rungkaikan sedikit sahaja sebagai pedoman dan panduan. Take it positively. Nak jaga aib orang seboleh yang mampu.
Saya dengan bekas suami bernikah atas pilihan bekas mertua saya.
Kenal memang tak lama, atas dasar menjaga agama. Time ini respectlah kan, jaga
hubungan sebelum nikah. Maka berlangsunglah majlis nikah, walimah, bertandang
dalam masa 3 hari non stop.
Saya tinggal di rumah mertua
(saya, bekas suami, mertua, adik beradik ipar). Bekas suami merupakan anak
sulung dan taat pada segala apa suruhan dan perintah ibunya. Tetapi akhirnya
memakan diri.
Minggu pertama perkahwinan kami okay. Bermula minggu yang kedua
dan seterusnya dah jadi lain. Yang mana ibu mertua mula kawal semua urusan
dalam rumah. Saya pada mulanya masih bersangka baik, tetapi bila dia mula
mencampuri urusan rumah tangga kami, saya tak selesa.
Saya cuba berbincang dengan suami, saya tidak kisah ditegur
tetapi bila semua perkara dikawal oleh ibu mertua termasuk pergaulan saya
dengan suami sendiri, menyebabkan saya tidak selesa.
Nak berjalan berdua, salah, makan berdua salah. Kalau diikutkan,
semua perkara yang saya buat salah.
“Mak awak tak boleh buat macam ini. Kita kan dah suami
isteri,”kata saya pada suami.
“Kita kena taat pada mak,” balas suami ringkas dan beredar.
Sampailah saya dimasukkan ke wad sebab bleeding. Pagi sahur itu
saya dah beritahu ibu mertua yang saya nak pergi klinik. Dia tak bagi dan tuduh
saya manja lagi. Sampailah saya dah tak tahan, rasa nak pengsan, barulah suami
bawa saya pergi ke klinik. Itu pun lama juga sebab nak dapatkan keizinan ibunya
terlebih dahulu. Masa ini saya dah menangis. Dia sempat lagi nak call beritahu
nak bawa saya ke klinik.
Sampai di klinik, saya terus dirujukkan ke hiospital sebab HB
drop sampai 6. Bila dah warded, saya dan suami dah macam panas sebab doktor
kata saya mengandung, mungkin anak kembar tetapi satu dah gugur (sekarang
kedua-duanya dah tak ada dalam rahim).
Saya warded pun kena marah juga sebab saya dituduh ibu mertua
menyusahkan anaknya nak bekerja. Saya cakap, cuti sajalah. Tetapi suami kata
tak boleh sebab ibunya suruh bekerja, cari duit.
Ibu mertua tak nak cucu sebenarnya sebab bagi dia, ada cucu akan
membebankan. Perlukan duit banyak (bila mentaliti hanya hidup untuk duit).
Saya dibenarkan keluar dari wad pada hari Jumaat. Suami hantar
saya balik ke rumah ibu saya dan dia terus balik sebab ibu dia sudah pesan,
selepas hantar saya terus pergi kerja. Itulah hari terakhir saya berjumpa
dengan suami.
Malam itu, saya menghubungi dia. Dia kata dia tension dan stress
sebab ibu dia marah bila saya balik ke rumah keluarga saya. Katanya, tiada
sesiapa yang nak buat kerja rumah, iron baju-baju dia dan sebagainya.
Sehinggalah Ahad 19 Jun 2016, saya cuba call suami beratus kali,
WhatsApp, mesej langsung tidak dijawab. Malah dia langsung tidak bertanya
tentang perkhabaran saya. Sampai saya persoalkan juga tanggungjawab dia sebagai
suami. Iyalah, saya dibawah tanggungjawab dia.
Akhirnya dia menghantar mesej menceraikan saya sebab katanya
saya yang mendesak dia untuk menceraikan saya. Yang ini langsung tidak wujud.
Malam itu, saya pergi ke rumahnya untuk mengambil barang-barang
saya. Maruah saya dipijak-pijak, saya dipersalahkan di atas semua perkara yang
terjadi. Barang-barang saya dihumban ke dalam kotak. Saya angkut kesemua
barang-barang saya.
suami? Suami langsung tidak mahu turun mempertahankan maruah
saya sebagai isteri dia. Saya diperlakukan umpama kain buruk. Sebelum dia
meminta saya menjadi isterinya, bukan main beradab dia mengambil saya dari ibu
dan ayah. Tetapi bila sudah tidak diperlukan, saya dibuang begitu sahaja.
Semuanya ditamatkan dengan sms, call. Cerai pun buat main-main.
Ustazah, ustazah ini ustazah tau. Sepatutnya menasihatkan
anaknya jangan sampai bercerai. Tetapi ustazah ini beria menyuruh anaknya
menceraikan saya sebab saya tidak mendengar katanya. Tiada sesiapa yang nak
iron baju-baju dia dan dia sedar saya mengandung tetapi sengaja nak membunuh
anak-anak saya. Betapa tegarnya hati dia.
Suami, tak salah mahu mempertahankan ibu sendiri tetapi awak ada
tanggungjawab awak juga terhadap isteri. Ada perkara yang boleh dipatuh, ada
yang boleh dibantah. Even saya mengandung pun awak tak ambil tahu. Cuma tahu
mempersoalkan tanggungjawab saya terhadap awak. Jadi, mana tanggungjawab awak
selama ini? Nafkah langsung tak bagi sebab ibunya tak izinkan dia beri pada
saya. Bagus.
Sila buang gelaran ustaz, ustazah itu semua. Sangat tidak layak.
Mertua buat menantu macam pembantu. Suami buat isteri macam hamba. Ya, dunia
akhir zaman. Ini baru sedikit ceritanya. Kadang-kadang gelaran itu mengaburi
mata kita sebenarnya. Ingat boleh tumpang sikit-sikit ilmu agama.
Semuanya telah selesai, selesai di dunia. Di akhirat,
tanggunglah sendiri wahai bekas suami dan mertua. Anak-anak saya pun sudah
selamat di syurga. Moga menjadi asbab untuk saya ke syurga. Semoga menjadi
asbab untuk kalian kerana menzalimi saya sebagai isteri dan menantu.
Maka berakhirlah kisah saya yang mengharapkan bercinta selepas
nikah ini. Tak sempat bercinta pun sebenarnya. Honeymoon pun beramai-ramai.
Ingatkan till jannah tetapi till jahanam dibuatnya pada rumah tangga kami. Hati
budi pun jauh sekali nak kenal.
Saya tak cakap bercinta
selepas nikah ini tidak kekal lama tetapi bergantung pada pengemudi rumah
tangga itu sendiri. That’s why nikah ini amanah yang berat, tanggungjawab pun
dah tak sama. Nak happy forever kena lalui suka dan duka. – Lydia
Buat lelaki luar disana apabila anda bersedia untuk mendirikan
rumahtangga , korang juga dah bersedia nak hadapi pelbagai bentuk masalah ,
yang anak mak ni mungkin perlu belajar mendahulukan dan menghormati . Tak salah
nak jaga hati ibu , sememangnya ibu perlu diutamakan tapi sampai perasaan
isteri terabai , itudah kira berdosa juga .
www.kakishare.my
0 comments:
Post a Comment