With the most patient man
ever…
Dulu sebelum kami berkahwin, ramai yang bertanya kenapa nak
kahwin awal? Tak reti habis belajar ke? Gatal sangat ke? Tambahan, dia tidak
mempunyai apa-apa pada waktu itu. Tiada kereta, motosikal pun tak ada semasa
kami berkahwin.
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Jawapannya sebab saya sudah jumpa seorang lelaki yang sangat
penyabar melayan karenah saya. Jadi, tak bolehlah lepaskan dia kan? Kah! Kah!
Kah!
ENGGAN BEBANKAN IBU BAPA
Bayangkan penyabar dia itu, bagi nafkah tetapi dia pun tak makan
tengah hari sewaktu mula-mula berkahwin. Dulu selepas berkahwin, kitorang tidur
di atas selimut sahaja. Tak ada pun bising-bising sedangkan dia pun sakit.
Dalam beberapa bulan juga begitu sebab masa itu malu nak minta tolong mak ayah.
PELIK RUMAH SEWA MURAH SANGAT
Paling tak boleh blah dan moment yang paling saya ingat sangat
bila kami berpindah ke sebuah rumah ini. Kami berpindah dari rumah lama sebab
sewanya mahal dan yang baru ini amat murah. Bayangkan RM350 di Kuala Lumpur.
Tetapi rumah itu hanya ada satu bilik sahaja. Kami pun pelik juga kenapa orang
tak pernah tinggal lama di rumah itu. Yela, murah kot?
Rupa-rupanya rumah kami itu adalah bekas rumah bomoh. Jadi faham-faham
sajalah, haha! Kemudian jiran sendiri yang mengaku rumah itu ada dihuni oleh
‘sesuatu’. Pernah ada kejadian berlaku ketika saya sedang mengaji, songkok
Syammil tiba-tiba terjatuh. Tak tahulah sama ada disebabkan oleh angin atau
apa.
Menurut jiran, ada hantu perempuan selalu menangis di depan
rumah saya. Penghuni yang sebelum ini pun pernah juga terjumpa tetapi kami tak
pernah pula terjumpa apa-apa.
Sewaktu belajar dulu, saya
tinggal di Shah Alam. Syammil duduk seorang diri. Kitorang husband and wife
weekend gitu. Dia sampai nampak pocong masa duduk seorang-seorang tengah malam.
Depan rumah lagi. Esoknya terus demam. Kasihan Syammil. Yang penting nak dekat
dua tahun juga kitorang tinggal di rumah itu dan jiran pun kata kamilah yang
paling lama menyewa. Hahaha!
Alhamdulillah sekarang saya dah bekerja dan kami juga sudah
berpindah ke rumah lain. Semoga abang terus sabar melayan karenah saya yang
gila-gila ini ye. Okay, penat puji. 23 haribulan, harijadi. Nak hadiah… hahaha!
–
0 comments:
Post a Comment