Nak dijadikan cerita, aku
tengah berkepit dengan doktor bedah di dalam bilik doktor, menanti pesakit
datang. Selepas beberapa ketika, datang seorang perempuan kurus lingkungan umur
30’an dengan seorang lelaki, suami dia, masuk ke bilik.
Temah (nama samaran), datang ke hospital sebab asyik sesak nafas
dan batuk tak berhenti-henti. Lambat juga dia datang ke hospital. Katanya
sebelum ini dia hanya mengambil ubat batuk yang dibeli dari farmasi sahaja. Dia
juga telah pergi ke bahagian general medicine, tetapi tiada perubahan. Oleh
itu, dia dirujuk ke bahagian Surgery.
Doktor periksa akak ini, ambil sample sana sini dan
suruh pergi ambil x-ray. Aku perhatikan kakak ini, seriously sangat kurus.
Sambil menunggu keputusan laporan dari lab pesume, Temah
berceritalah tentang cuti sekolah nanti, inshaAllah mereka sekeluarga nak
bercuti. Dia cerita tentang anak-anak dia. Suami dia yang nampak kebosanan,
tiba-tiba keluarkan rokok dari poket dan meminta izin untuk keluar sekejap.
Sampai saja laporan lengkap dari semua jabatan, aku tengok fail pesakit itu. Tertulis, Small Lung Cell Cancer Stage IIIB.
Sampai saja laporan lengkap dari semua jabatan, aku tengok fail pesakit itu. Tertulis, Small Lung Cell Cancer Stage IIIB.
“Ya Allah! Kanser dia dah advanced!”
Doktor cuba sampaikan berita yang dia menghidap kanser tersebut. Kakak itu terdiam seketika dan kemudian terus menangis di depan kami. Aku terkedu pada masa itu, tak tahu nak buat apa. Doktor cuba tenangkan dia tetapi dia tidak berhenti menangis.
Doktor cuba sampaikan berita yang dia menghidap kanser tersebut. Kakak itu terdiam seketika dan kemudian terus menangis di depan kami. Aku terkedu pada masa itu, tak tahu nak buat apa. Doktor cuba tenangkan dia tetapi dia tidak berhenti menangis.
“Apa salah saya sampai kena macam ni?”
Sebak hati ini melihat dia menangis. Ikutkan hati, aku pun mahu
menangis sama.
“Saya solat 5 waktu seperti muslim yang lain, tak pernah lawan cakap mak ayah dan suami. Kenapa saya yang kena? Anak-anak saya nanti macam mana?”
“Saya solat 5 waktu seperti muslim yang lain, tak pernah lawan cakap mak ayah dan suami. Kenapa saya yang kena? Anak-anak saya nanti macam mana?”
Bunyi dia macam terus hilang harapan walaupun belum mula
treatment lagi. Doktor hanya mendengar saja luahan hati dia sampailah dia habis
meraung dalam bilik itu. Suami dia? Masih merokok di parking lot hospital
gamaknya.
Bila dia dah balik dengan mata bengkak, doktor terus pusing pada
aku dan kata, dia kasihan dengan orang baik seperti itu.
“Dia tak buat salah tetapi dia terkena tempias penyakit atas
perbuatan orang lain. Memang makin berat ujian kita sebenarnya, Allah semakin
sayang pada kita. Tetapi tak semua orang perasan perkara itu. Ada orang bila
dapat tahu berita buruk, memang tak boleh fikir positif dan waras pada masa
itu. Biasalah manusia,” katanya.
“Suami dia smoker. Kalau dia duduk rumah terperap tak terdedah
dengan udara luar yang tercemar, macam mana pun, suami dia masih dedahkan dia
dengan asap rokok dalam rumah,” sambung doktor sementara menunggu pesakit yagn
seterusnya.
Aku terdiam.
Aku terdiam.
“Suami dia light smoker. Merokok untuk mengisi masa lapang
sahaja. Itu yang buat saya rasa bertambah kasihan dengan akak tadi.
“Sebab light smoker ini bukan ketagih dengan rokok pun. Mereka
cuma nyalakan puntung rokok itu sebagai habit. Habit sebenarnya senang nak
dibuang. Disebabkan dia tak buang habit itu, dia tingkatkan risiko dan
isterinya terkena kanser,” jelas doktor.
Seriously!?
“Yes, habit. Habit menyalakan puntung rokok. Bila tengah stress,
nyalakan rokok. Bila tengah tunggu bas, nyalakan rokok. Bila tengah tunggu
lunch, nyalakan rokok. It’s a habit. Habit that might kill someone,” katanya.
Aku menjadi marah bila dengar tentang facts habit ini. Kalau
addicted aku boleh tolerate lagi sebab aku tahu memang susah nak berhenti dari
ambil nikotin. Tetapi habit, habit kills people that you love.
Guys, aku dulu pun smoking. Heavy smoker pula tu. Tetapi aku
sudah berhenti. Kalau heavy smoker boleh berhenti, why not you guys? Ah, kau
nak cakap nanti bila tak merokok, kawan-kawan ejek sebab tak nampak cool? Weh,
seriously lembiklah kalau kau rasa inferior kawan-kawan ejek. Lantaklah kawan
nak ejek ke apa.
Nak kata sebab susah nak stop? Ingat sikit, aku heavy smoker pun
survive stop merokok okay. Heavy smoker lagilah siap ada withdrawal syndrome
bagai. Seksa! Tetapi aku survive.
Dalam Al Quran pun dah kata, jangan memudaratkan diri.
Dalam Al Quran pun dah kata, jangan memudaratkan diri.
“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (dan membunuh
orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu” – Surah An-Nisaa,
ayat 29.
Sila rajinkanlah buka Al Quran dan baca surah Al-Baqarah ayat
195 pun menerangkan tentang jangan membinasakan diri. Aku bukanlah ahli ulama
nak mengharamkan rokok, tetapi aku pesan dari segi agama janganlah kau nak
memudaratkan diri. Mungkin kau tak kena, tetapi orang lain boleh kena.
Kepada Kak Temah, please be
strong. Dear smoker on habit, please stop smoking and chew a gum instead. –
Said the Surgeon incharge.
Jangan ada yang komen kata sakit, penyakit, ajal maut itu semua
takdir Allah. Mahu ada yang kena terajang dengan aku. – Student Nerd
0 comments:
Post a Comment