JITRA - Seorang penoreh getah dari Wang Tepus, di sini terpaksa
membina rumah menggunakan kayu hutan di atas tanah rizab atas bukit untuk
isteri dan anaknya berteduh.
Abdul
Halim Saad, 29, bersama isterinya, Salbiah Ali, 31, dan anak mereka, Muhammad
Al Azhar, setahun enam bulan menetap di rumah serba kekurangan di atas bukit
tersebut sejak dua bulan lalu.
"Rumah ini pun buat atas usaha gotong-royong orang kampung
guna kayu hutan yang ada dan bumbung pula guna kain kanvas.
"Keluarga
saya ada tolong buat rumah. Itu saja mereka boleh tolong sebab masing-masing
bukan orang senang," katanya.
Menurutnya,
mereka sekeluarga juga hanya bergantung kepada air telaga sedalam dua meter
yang dikoreknya sendiri.
“Air
paip memang tak ada, jadi saya korek sendiri telaga mujur ada air, bolehlah
buat minum dan mandi.
“Sama
juga dengan elektrik, saya dengan isteri pasang lilin saja malam-malam,”
katanya yang tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini selain
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Abdul Halim berkata, isterinya tidak bekerja kerana menjaga anak
mereka dan dia mengambil upah menoreh getah sejak dua tahun lalu dengan
pendapatan kira-kira RM400 hingga RM600 sebulan.
“Tapi
pendapatan pun tak menentu, tambah sekarang musim hujan, pernah ada hari yang
tak dapat duit langsung.
“Lagipun
saya motong kebun orang, hasil jualan getah tu kena bahagi dua dengan tuan
kebun,” katanya.
Sementara
itu, Naib Pengerusi Amanah Kedah, Dr Salmee Said bersama beberapa ahli Angkatan
Wanita Amanah Negara (AWAN) Kubang Pasu turut menyampaikan sumbangan wang tunai
kepada Abdul Hamid dan isteri.
Dr
Salmee berkata, wang berkenaan adalah hasil sumbangan orang ramai untuk
membantu Abdul Hamid membina rumah yang lebih selesa buat keluarganya.
Kepada
mana-mana pihak yang prihatin dan ingin membantu Abdul Hamid
sekeluarga
mendapat tempat teduh yang sempurna, mereka boleh menyalurkan sumbangan ke
akaun CIMB bank 0744 000000 5526 atas nama Abdul Halim Saad atau menghubunginya
di talian 013 5293200.
0 comments:
Post a Comment