YAN - Kewujudan Pantai Murni Waterfront yang menjadi daya tarikan
di daerah ini dicemari dengan kehadiran pasangan kekasih yang tanpa segan silu
duduk berdua-duaan di kawasan peranginan itu.
Seorang
penduduk yang mahu dikenali sebagai Man berkata, dia sering melihat pasangan
kekasih melepak di atas tembok pantai berkenaan.
“Kadang kita jadi malu sebab depa duduk berduaan, dah la duduk
dekat-dekat, nak kata dah menikah muka macam budak sekolah lagi,” katanya
ketika ditemui.
Menurutnya,
Jabatan Agama Islam seharusnya memantau kegiatan sebegini supaya ia tidak
berlarutan dan menjadi perkara biasa bagi masyarakat kita.
“Ramai
yang tengok depa golongan muda ni duk berdating tapi nak kata apa, nak tegur
memang tak makan ditegur dah.
“Saya
tak faham, mana hilang sifat malu depa bila orang pandang. Kalau kita, orang
tengok kita buat benda tak elok mesti cepat-cepat nak lari, tapi depa ni macam
biasa saja,” katanya.
Sementara
itu, Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin
berkata, pihak pejabat agama daerah Yan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan
dari semasa ke semasa di kawasan tersebut secara berkala bagi membanteras
masalah seperti ini.
0 comments:
Post a Comment