PENDANG - Seorang suami terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal
keselamatan untuk menjaga isterinya yang menghidap kencing manis.
Che
Jamaludin Salleh, 56, berkata, isterinya Roshidah Din, 52, mula menghidap
penyakit itu ketika berusia 30 tahun.
Bagaimanapun katanya, keadaan isterinya semakin teruk pada Julai
2015 setelah terpijak duri.
“Isteri
saya dah lama kena kencing manis, tapi tak teruk. Keadaannya makin teruk sejak
kaki kirinya terpijak duri.
"Lukanya
makin merebak dan jadi kehitaman sehinggalah doktor buat keputusan untuk potong
kaki kirinya pada Disember tahun sama. Sejak itu saya terpaksa berhenti kerja
untuk jaga isteri sebab dia tak boleh bergerak tanpa bantuan,” katanya ketika
ditemui di rumahnya di Kampung Bahagia, semalam.
Menurut
bapa kepada tiga anak itu, dua anaknya menetap di ibu kota, sementara seorang
lagi berusia 19 tahun masih belajar.
Katanya,
walaupun anak-anak tidak dapat membantu kerana mempunyai komitmen
masing-masing, namun mereka bernasib baik kerana mendapat pelbagai bantuan.
“Kami
dapat bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) RM200 sebulan dan Perkeso
(Pertubuhan Keselamatan Sosial) RM507 sebulan.
“Mujur
dia pernah bekerja sebagai tukang cuci, jadi bolehlah dia dapat bantuan bulanan
Perkeso,” katanya.
Che
Jamaludin berkata, keseluruhan bantuan berjumlah RM707 sebulan itu digunakan
untuk keperluan isterinya seperti ubat dan kos ulang-alik ke hospital.
“Wang
simpanan dah habis digunakan untuk beli kaki palsunya.
"Tapi
saya ada la buat bendang sikit, cuma hasil tak banyak mana,” katanya.
0 comments:
Post a Comment