Wednesday, December 27, 2017

“Kau Kedekut Dengan Mak Ayah, Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Laki Bini Gaji Puluh Ribu..Ingat Pesan Aku,”




“Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita..Betapa CELAKAnya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya..”
Berapa ramai yang sediakan satu bahagian gaji untuk diberi kepada ibu bapa setiap bulan? Adakah kita kedekut kepada ibu bapa? Pernahkah kita berkira untuk membuat bakti kepada mereka? Persoalan di atas hanya diri sendiri yang boleh jawab.
Barangkali, inilah satu-satunya perkara yang menjadikan gaji kita tak berkat dan tidak pernah cukup. Perasan tak?
Seorang pengguna FB Zakuan Faiz telah menulis satu coretan mengenai perkara ini yang pasti mampu membuka mata kita semua. Baca coretannya di bawah:
SYURGA PALSU UNTUK ORANG BODOH
Aku tidak dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu.
Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus.
Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga.
Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya.
Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga.
Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah.
Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti “Rijal” pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana’ah dan Allah limpahkan barakah.
Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita.
Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan.
Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman.
Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan.
Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup.
Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar “dengan orang lain” juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya.
Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama.
Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata.
Semuanya dah terlambat.
Sejak awal lagi kau salah kira.
Sejak awal lagi kau terlibat riba.
Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia.
Sejak awal lagi kau makan semua benda.
Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.
Kepada yang masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah kejar dunia yang tak berkesudahan…. Tak kan kau nak biar mak bapak kau mati membawa hati yang kecewa…
Sekurang-kurangnya balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan, bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu.
Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya.
Ramai orang kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa. Bawak ibubapa, dia kata bazir.
Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah gawat.
Tapi tak… Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan.
Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa?
Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan?
Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa!
Ok, kita turun sikit….
Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid?
Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…
RM1 je….
Tengok tu… Kedekut kan?
Lepas tu mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua mesti salah Najib!
Orang yang berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat, gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT.
Gembirakanlah ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik.
Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka.
Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program realiti.
Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak.
Di luar sana, memang ramai orang “kaya”. Tapi majoritinya kaya palsu.
Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset.
Dan kehidupan itulah yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba.
Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak.
Kehidupan itu yang kau carik?
Hingga tanggungjawab kau abai?
Mak bapak kau hambakan?
Anak-anak tidak diberi agama?
Allahu…
“Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka.”
Nota: Tulisan ini adalah kata hatiku untuk diriku sendiri. Aku mencela diriku siang dan malam agar aku tidak leka dengan angan-angan dunia yang penuh tipu daya dan menjaga ibubapak ku dengan baik. Merekalah syurgaku. Dan aku rasakan ia mungkin bermanfaat bagi sesetengah orang yang berakal, jadi aku decide untuk share disini. Moga ada manfaatnya.
Kredit: Sehinggit
Link: http://sehinggit.blogspot.my/2017/05/kau-kedekut-dengan-mak-ayah-hidup-kau.html?m=1




WANITA PENCINTA KUCING PILIHAN WAJIB DIJADIKAN PASANGAN HIDUP



Lelaki sudah pasti mahu pasangan yang terbaik dalam hidupnya, walaupun terpaksa menunggu lama untuk jodoh kunjung tiba, pastilah itu pilihan paling terbaik disebabkan ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh didekati dan malah tidak sesuai untuk dijadikan isteri.
Sebenarnya, ada banyak kriteria-kriteria wanita yang sesuai dijadikan isteri ini. Contohnya, wanita pecinta kucing. Pencinta haiwan sekaligus menunjukan karakter diri yang penyayang, penyabar, pandai, mudah diajak berkomunikasi, suka menolong, suka berkorban dan bakal menjadi seorang ibu yang terbaik.
Berikut alasan dan sebab wanita pencinta kucing wajib dijadikan pasangan hidup anda.
Penyayang
Kucing adalah haiwan yang sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih dari pemiliknya. Tidak cukup memberikan makan dan menguruskan kebersihannya sahaja. Perlu dijaga dengan perhatian yang khusus dan selalu diajak bermain. Jika tidak berbuat demikian mungkin kucing anda bakal stres, yang boleh menjejaskan kesihatannya.
Wanita pecinta kucing sudah pasti ada sifat penyanyang yang terlatih sewaktu membela kucing. Jika sesuatu berlaku pada kucing pasti dia akan rasa sedih, malah sanggup berbuat apa sahaja asalkan kucingnya sihat kembali. Haa, kucing saja dah sayang apatah lagi diri kekasihnya.
Seorang yang penyabar
Kucing bukanlah pandai mengemas rumah kecuali mencuci bulunya sahaja. Walaupun rumah bersepah kerana angkara si kucing ini, wanita pencinta kucing pasti akan banyak bersabar. Sifat-sifat sabar ini terlahir dalam diri sebab rutin harian yang sememangnya sentiasa bersabar dengan karenah kucingnya. Ini bermakna apa yang terjadi dengan cintanya. Dia pasti seorang yang sabar.
Agama
Kucing merupakan salah satu haiwan yang sangat disayangi oleh Nabi Muhammad SAW. Suatu ketika kucing Rasulullah yang bernama Mueza sedang tertidur di atas jubah yang mahu dikenakan. Namun, Rasulullah tidak ingin mengganggu kucingnya, Rasulullah memotong bahagian jubah yang tidak menjadi alas tidur Mueza. Inilah bukti kecintaan Nabi Muhammad SAW kepada haiwan.
Mudah diajak berkomunikasi
Salah satu punca hancurnya sebuah perhubungan adalah kurang berkomunikasi. Setuju? Wanita pencinta kucing selalunya banyak bercakap sebagai contoh kalau kita lihat mereka selalu akan berborak dengan kucing, meluahkan perasaan pada kucing kesayangannya.
Kerana selalu berkomunikasi dengan kucing dia tahu jika dia tidak selalu berkomunikasi dengan pasangannya pasti akan terjadi masalah dalam hubungan. Jangan terkejut wanita pencinta kucing selalunya manjakan pasangannya sama seperti kucing.
Suka menolong
Mereka yang suka menolong, jika dilihat ada sahaja kucing di kedai makan yang meminta makanan. Tanpa segan silu dia cepat-cepat memberikan makanan. Ada kucing sakit pasti dia akan hulurkan pertolongan.
Sanggup berkorban
Sepenat mana sekalipun dia bekerja pasti akan meluangkan masa bersama dengan kucingnya. Memberi makan dan minum, menyiapkan tempat buang air, dan sebagainya pada si comel walaupun dalam kesibukan dia tetap ada masa untuk buat semua itu. Sifat yang sentiasa berkorban pada kucing inilah yang dijadikan ukur baik tidak seseorang wanita dijadikan pasangan.
Calon ibu yang baik
Ibarat bayi, kucing memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih dari pemiliknya. Makan dan minuman, pemeriksaan gigi, kulit, telinga, mata, kuku, harus selalu setiap hari walaupun penat sekalipun. Wanita pencinta kucing tidak hirau sepenat apa dia bekerja seharian. Janji kucing dapat bermain dan sihat itu sudah memadai.
Wanita dan kucing
Sifat sebegini sangat diperlukan seorang calon ibu. Semua hal yang dilakukan terhadap kucing pastu membuat sifat keibuannya terlatih menjadikan latihan menguruskan anak suatu hari nanti. Wanita pecinta kucing tak sesuai dijadikan kekasih tapi sangat sesuai dipilih menjadi calon seorang isteri. Setuju tak?





Tuesday, December 26, 2017

PENCINTA HAIWAN INI PURA-PURA BELA KUCING JALANAN TETAPI SEBENARNYA…




Lelaki yang bernama Huang Pingfu itu, baru-baru ini telah ditangkap kerana kesalahan mendera haiwan. Huang yang dikenali dengan nama samaran ‘pencinta kucing’ itu sebenarnya menyembelih dan membunuh kucing-kucing jalanan yang dikutip sebelum dijual sebagai ‘daging arnab’.
Penduduk setempat yang tidak tahu tentang kejahatan di sebalik kebaikan dilakukan Huang menggelar lelaki ini sebagai ‘sahabat kucing’.
Beliau turut mengiklankan dirinya di aplikasi WeChat sebagai seorang yang membuat kebajikan secara aktif dengan mengutip serta menjaga kucing-kucing.


Menurut anggaran, sebanyak 100 ekor kucing telah dibunuh setiap hari untuk diproses sebagai ‘daging arnab’ dan memperoleh hasil jualan sebanyak 3,000 Yuan (RM1,944) semalaman.


Monday, December 25, 2017

Rebusan 7 Helai Daun Sirih Mujarab Rawat Keputihan Jangan Cuma Obses Nak Putih Saja




Anak remaja sekarang malah yang dah jadi mak-mak pun ada yang obses dan putih. Sampai tak sedar, pemakanan yang diambil membahayakan diri. Walhal ada lagi masalah lain yang ramai alami tapi malu nak cerita.
Ini perkongsian daripada Pengasas jamu Suzy Honey Herbs, Suzima Hazish apabila dirinya ditanyakan oleh seorang remaja belasan tahun yang masih bersekolah.
“Macam mana nak putih ya?” Haa.. ni akak nak berleter sikit. Semua orang obses nak putih! Kenapa ya? Kerana trend dunia moden hari ni. Sehingga sanggup membahayakan diri.”
Tak tahu apa kandungan atau kemudaratan yang bakal terjadi.
“Bukan berfikiran negatif, tapi perlu diambil kira kerana kita tak tahu kesan dan akibat bakal tread. Ianya melibatkan sel dalaman badan.

Yang Penting Sihat, Cergas Dengan Selamat

Sebenarnya perkara yang perlu di titik beratkan ialah bagaimana mahu sihat, cergas dengan selamat. Ilmu ini penting untuk di sebarkan. Bila sihat barulah cantik itu datang sendiri. Pakej yang baguskan!
“Saya yakin ramai tahu khasiat amalan bersireh ini. Apapun sekali lagi saya suka ingatkan para wanita yang mungkin sibuk dengan tugasan harian akan kebaikan bersireh ini.”
“Saya syorkan kita sebagai ibu ajarkan pada anak-anak agar lebih menggunakan bahan-bahan semulajadi/pokok herba yang makin dilupakan. Tidak salah jika kita kekalkan tradisi amalan nenek moyang yang terbukti memberi manfaat.”

Resepi Rebusan Air Sirih

5 atau 7 helai daun sirih
Di rebus dengan 1 liter
§  Boleh di minum oleh anak remaja seminggu 2 atau 3 kali dan ajarkan menggunakan rebusan ini sebagai pencuci miss V secara semulajadi bagi mengelakkan dan juga merawat keputihan.
Wanita yang dalam pantang lepas bersalin sesuai guna bersama tambahkan manjakani. Untuk memulihkan dalaman.
Antara amalan yang simple dan mudah.

Kebaikan Air Rebusan Daun Sirih, Boleh Dicampur Manjakani

1.Melancarkan perjalanan darah
2. Memecahkan lemak
3. Mengubati penyakit asma dan batuk
4. Melancarkan haid
5. Mengatasi masalah keputihan * digunakan dengan minum dan membasuh miss V
6. Mujarab menghilangkan bau badan / bau mulut
* Tiada lagi ketiak berbau..sila cuba ya !
Perlu diingatkan para wanita..semua boleh amalkan ini. Rajin2kan diri lah.
Apa salahnya kalau rebus ini dan bawa ke ofis juga boleh kongsi dengan geng-geng satu pejabat. Selain duk bawa makanan-makanan manis selalu sangat!
Kita mengubah kita memupuk budaya sihat dengan semulajadi.

Sumber/Foto : Suzy Honey




IBUNYA TAK PERNAH SANGKA DIRINYA HAMIL, BILA ADA PENDARAHAN KE HOSPITAL PERIKSA URIN, LEPAS 10 MINIT BAYI INI DILAHIRKAN BUAT SUAMINYA TERPINGA-PINGA DAPAT BABY TIBA-TIBA!!




Subhanallah.. apabila Allah mahu memberikan rezeki pada hambanya yang hak, maka rezeki itu tidak akan tertahan-tahan. Ini cerita sebuah keajaiban tuhan yang disampaikan Dressar Azrie. Kisah pesakitnya, seorang wanita yang tak pernah tahu dirinya mengandung. Sudahlah lima tahun lamanya dia dan suami menanti kehadiran cahaya mata, Sampaikan mereka sudah berputus asa.
Apabila wanita itu alami pendarahan membuatkan dia perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Dan akhirnya, ini anugerah tuhan untuknya, kelahiran seorang bayi perempuan yang tidak pernah disangka-sangka.
Perkongsian daripada Muhammad Azrie Bin Amirudin (Dressar Azrie), petugas dressar di Unit Kecemasan Hospital Pekan Pahang ini mengungkap betapa besar kekuasaanNya. Apabila Ia mengkehendaki sesuatu itu terjadi, maka terjadilah. Kun Fa Ya Kun.
Keajaiban.. Rezeki Allah Tak Pernah Salah Alamat
Kata dressar Azrie dalam instagramnya, semasa dia bekerja di unit kecemasan Pekan pada 19 Disember 2017, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang bayi perempuan yang tak pernah dijangka kehadirannya oleh kedua ibu bapa mereka.
Meh nak kongsi cerita kerja hari ini. Masuk kerja syif pagi. Dapat seorang pesakit female/38y/m. Datang dengan sakit PV Bleeding (Pendarahan Vagina). Dah 5 tahun nikah tapi tak ada rezeki untuk dapat baby.
Bila tanya last haid, dia tak pasti sebab haid selalu tak menentu dari remaja lagi.
Perut wanita itu membesar sedikit tapi tidak berapa nampak macam mengandung. Mungkin disebabkan badannya yang sedikit besar.
Pergi berurut orang kampung cakap angin saja. Pesakit pun biarkan je. Pagi ini ada pendarahan sebab itu dia datang ke hospital.
Bila check urin, urin positif tanda hamil ( Ibu tak ada tunjuk rasa sakit langsung. pastu tak pernah rasa kehamilan). Kes ini dari kecemasan kemudian dirujuk ke unit PaC gynae.
Lepas 10 minit tahu-tahu dah bersalin baby girl. Mudah sungguh. Tak ada rasa sakit langsung. Bersalin pun secara normal. Tak pernah juga dapatkan rawatan ibu mengandung selama 9 bulan di mana-mana klinik, macam ibu-ibu pergnant yang lain.

Ayah Terpinga-pinga, Bila Balik Dapat Baby
Dengan umur yang boleh dikategorikan sebagai high risk untuk pregnant. Last-last pagi ini dapat baby yang comel, cukup sifat, sihat semua. Syukur kedua-duanya selamat.
Si ayah terpinga-pinga terkejut sebab tak sangka langsung selama ini ada baby dalam perut. Selama 5 tahun menunggu baby sampai rasa give up tapi dapat rezeki pagi ini.
Barang-barang baby pun tak prepare. Ayah baby siap cakap datang sakit pendarahan balik dapat baby. Happy sangat-sangat dia. Ibu dan anak sekarang berada dalam wad untuk pemantauan dan semua selamat.
Bukan selalu cerita panjang-panjang macam ini sebab selama bekerja tak pernah dapat kes unik macam ini. Biasa dapat kes unmarried je macam ini. Rezeki Allah Allah tak pernah salah alamat.”
Ketika dihubungi MW, dressar Azrie memaklumkan yang pagi ini ibu bayi ini masih ditahan di wad kerana darah tinggi, tetapi kesihatannya kembali pulih dan baby dan ibu sudahpun dibenarkan pulang pada petangnya.
Sumber/Foto : Instagram azrie_mek90
Sumber artikel : mingguanwanita.my
Kredit: mediamassa




Sunday, December 24, 2017

OHHHH BARU TAHU KENAPA KUCING MENJADI GALAK / AGRESIF !!! Ketahui dan Cara Menanganinya




Sangat menyenangkan jika Kucing Peliharaan kita sangat penurut, sehingga keluaraga dirumah bisa mengajak bermain bersama tanpa ada rasa was-was terkena cakaran kuku-kukunya yang tajam. Namun bagaimana jika suatu saat kucing itu tiba-tiba berubah menjadi sangat agresif, nakal, dan galak.
Ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan kucing galak atau kucing nakal, diantaranya adalah karena turunan dari indukan yang juga galak dan juga mengasuhnya sejak kecil. Akibat indukannya temperamental maka akan menular pada anak yang diasuhnya. Untuk itu jika anda ingin mengadopsi kucing khususnya dari induk yang temperamental lebih baik saat masih bayi, agar sifat galak bisa diminimalisir.

Selain sifat turunan, galaknya kucing juga bisa disebabkan karena ada sesuatu yang dirasakan tidak enak oleh kucing tersebut. Tidak nyamannya kondisi tubuh maupun mental dapat membuat kucing menjadi sangat agresif dan tentunya juga bisa membahayakan kita jika.
Kucing yang agresif dapat melukai kita dengan cakaran maupun gigitannya, penting untuk diketahui bahwa “Mulut kucing penuh dengan kuman Bartonella hensalae”. Maka jika anda terkena gigitan kucing, segera cuci bekas gigitan atau bersihkan dengan cairan antiseptic guna mencegah terjadinya infeksi.

Mengatasinya Kucing Agresif

Bagaimana cara mengangani kucing yang berperilaku agresif atau nakal? Berikut ada beberapa cara yang bisa anda lakukan:

#1. Periksa kondisi kucing

Kita harus memastikan terlebih dahulu apakah kucing dalam kondisi sehat atau cidera. Ketenangan kucing bisa berubah menjadi agresif jika sedang mengalami sakit.
Jika sedang dalam kondisi cidera, bantu kucing secara perlahan-lahan. Kemudian, biarkan tenang terlebih dahulu. Jangan lakukan aktifitas yang membuat kucing terganggu dan sebaiknya anda melihat sambil duduk. Bila kucing sudah menaruh kepercayaan pada anda, anda jangan mengangkat tangan melebihi atas kepalanya. Lakukan pengusapan pada leher serta bagian belakang telinga, namun bila kondisi memungkinkan anda bisa mengusap pada bagian atas hidung diantara kedua matanya.

#2. Kucing merasa ketakutan

Karena adanya rasa ketakutan yang luar biasa, kucing juga dapat berubah menjadi galak dengan tiba-tiba. Solusi mengatasinya, untuk sementara jangan dekatkan dengan para penghuni rumah dan pendatang yang baru dirumah pada kucing. Anda bisa mengenalkan pada kucing secara perlahan agar merasa tenang akibat sedang mengalami kesakitan ataupun merasa tidak nyaman.

#3. Bermain yang berujung perkelahian

Keagresifan yang disebabkan karena permaianan memang seringkali terjadi, baik bermain dengan pemilikinya maupun dengan sesame kucing. Jika hal ini terjadi, maka sebaiknya anda menghindar terlebih dahulu agar tidak terkena cakaran atau gigitan kucing yang berbahaya seperti yang sudah disebutkan diatas.

#4. Melihat hewan kecil

Sifat dasar kucing yang sebagai pemangsa (pemakan daging atau karnivora), maka jika melihat hewan lain seperti burung, cicak, tikus atau bahkan melihat kucing yang baru lahir, bisa membuat dirinya menjadi sangat agresif.
Tips! Jika dirumah terdapat anak kucing yang baru lahir, kucing jantan jangan diperbolehkan untuk melihat hingga anak tersebut berumur lebih dari satu bulan. Jika anda ingin mengenalkan anak-anak kucing, harus bersama induknya dan berada didalam kandang, sementara biarkan yang jantan berada diluar kandang. Namun jika kucing betina sudah tidak menyukai akan kehadiran pejantan, anda pisahkan terlebih dahulu dan bisa dilakukan pertemuan dengan cara tersebut pada hari berikutnya. Cara ini juga berlaku pada kucing jantan lain yang bukan induknya untuk tahap pengenalan. Selain itu, anda juga dapat memandikan anak kucing dengan shampoo yang biasa untuk memandikan kucing lain dirumah.

#5. Perilaku mengigit

Sifat mengigit pada kucing yang sedang agresif bisa anda hindari dengan melihat tingkah laku kucing terlebih dahulu. Sebelum anda ingin menyentuh kucing, pastikan dia tidak dalam keadaan sibuk atau memperhatikan selain diri anda. Pastikan juga kucing tidak sedang mengalami beberapa hal yang sudah disebutkan diatas.
Sebaiknya dekati kucing agresif yang dalam keadaan mengantuk, bukan saat sedang dalam keadaan waspada, marah, ataupun penasaran.
Semoga artikel mengetahui penyebab dan cara menangani kucing galak atau agresif diatas bisa bermanfaat bagi anda.





7 Petua Awet Muda Seniwati Dato’ Dr. Sarimah Ahmad




Bila sebut pelakon Sarimah Ahmad pastinya semua orang kenal. Masa saya kecil-kecil dulu suka jugak tengok lakonan beliau dalam filem P. Ramlee. Sekarang beliau dah pun berumur 73 tahun. Namun masih cantik dan sihat macam dulu.
Jika dilihat wajah dan fizikal beliau, langsung tak nampak usianya. Macam baru 40-an. Ok ini buatkan saya sangat jealous. Jadi ‘wajib’ tahu apa rahsia awet muda beliau supaya saya boleh amalkan.
Antara tips dan rahsia awet muda yang beliau kongsikan ialah:
1. Bangun Tidur Dan Mandi Sebelum Subuh
Seawal usia 4 tahun lagi beliau telah dididik oleh ibu bapa untuk mandi pada pukul 5 pagi dengan air perigi yang sangat sejuk. Air yang sejuk sangat baik untuk kesihatan, ditambah lagi dengan mandi sebelum Subuh.
Kini seawal jam 3.30 pagi atau selewat-lewatnya 5.00 pagi beliau akan bangun dan terus mandi. Kemudian beliau melakukan solat Tahajjud, solat Taubat dan membaca Al-Quran sebelum solat Subuh.
2. Melakukan Senaman
Beliau sangat berdisiplin dalam melakukan senaman. Setelah bangun dari tidur beliau melakukan senaman regangan selama 30 minit. Dan melakukan kerja-kerja rumah untuk mengeluarkan peluh.
3. Amalkan Makanan Sunnah
Walaupun telah mempunyai 32 orang cucu dan 5 orang cicit beliau masih kelihatan anggun. Sebelum solat Subuh, beliau minum air zamzam, mengambil satu camca extra virgin olive oil yang dicampur dengan habbatus sauda, satu camca madu lebah asli (King of Madu) dan minum air suam.
4. Makan Masakan Tanpa Minyak
Beliau lebih gemarkan makanan yang dimasak tanpa minyak seperti ikan bakar yang dimakan dengan sayur masak air sahaja.
5. Makan Buah-buahan dan Ulam-ulaman
Beliau mengambil buah-buahan seperti betik, nanas dan pisang kerana mengandungi banyak serat dan juga jimat dari segi kos. Amalan makan ulam-ulaman juga telah menjadi kebiasaan hasil ajaran ibu beliau.
6. Elak Tidur dalam Bilik Berhawa Dingin
Amalan beliau sejak dari dulu ialah tidak tidur dalam bilik berhawa dingin kerana ia tidak baik untuk kesihatan.
7. Setiap Perbuatan Mesti Ikhlas
Akhir sekali, tips yang beliau berikan ialah setiap pekerjaan mesti dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah
Tips yang beliau berikan tidaklah sesukar mana untuk diamalkan. Jom sama-sama amalkan untuk sentiasa awet muda walau berapa pun usia kita sekarang.
Sumber: tvceramah.com




Jangan Sekali-Kali Letakkan Telefon Berdekatan Dengan Kepala Anak Jika Tak Nak Menyesal Di Kemudian Hari




Ada segelintir ibu bapa yang selalu meletakkan telefon berhampiran dengan bahagian kepala anak bila si kecil tidur. Namun tanpa menyedari, tindakan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya yang tidak kelihatan.
Menurut bekas jurutera syarikat Intel dan Western Digital ini, radiasi yang terhasil dari gelombang isyarat telefon pintar, berupaya menjejaskan sel-sel otak anak-anak kecil yang sedang berkembang. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dan sudah ramai yang mengkajinya.
Jadi, ibu bapa diminta untuk tidak berbuat demikian di masa akan datang bagi mengelakkan anak-anak kecil berisiko menghidap penyakit yang tidak diingini. Semoga informasi dari Puan Nana Farhanah ini bermanfaat.
PERKARA ini kadang-kadang berlaku pada saya dan anak-anak. Sambil-sambil menidurkan atau menyusukan anak, sambil itu reply mesej (pm) dari pelanggan. Kadang-kadang sampai tertidur. Sedar-sedar saja, telefon bimbit berada di kepala anak kecil.
Allah, masa itu terkilan sangat. Terkilan sebab teringat betapa tidak bagusnya apabila telefon pintar ini diletakkan berdekatan dengan kepala anak. Tahu tak, kenapa tak eloknya telefon pintar diletakkan berdekatan dengan bahagian kepala anak-anak kecil?
Radiasi dari signal telefon bimbit ini sangat berbahaya, lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil kerana ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang terutamanya bayi berusia enam bulan ke bawah.
Antara risiko lain:
§  Kanser
§  Tumor otak
§  Parkinson
§  Alzheimer
§  Sakit kepala atau migrain
§  Sakit mata atau rabun
Risiko-risiko ini bukan terdedah kepada anak-anak sahaja, tetapi juga pada golongan dewasa. Jadi, sebelum masuk tidur, pastikan anda telah melakukan dua perkara ini:
Dah selesaikan semua urusan berkaitan dengan telefon bimbit matikan WiFi atau data internet. Letak telefon jauh dari tempat tidur.
Ini baru kesan letak telefon di bahagian kepala, belum masuk lagi kesan anak-anak bermain telefon. Nanti saya kongsikan lagi maklumat mengenainya.




Badan ‘Naik’ Bukan Sebab Bahagia, Tapi Sebenarnya Stres. Ini 6 Buktinya



“Amboi, sejak akhir-akhir ni, makin berisi Mak Long tengok. Makin bahagia kamu sekarang ya?”
Ramai orang yang ingat kalau badan kita makin berisi, itu maknanya kita tengah bahagia. Namun sains membuktikan sebaliknya.
Kajian menunjukkan berat badan mudah naik disebabkan gagal menangani stres. Nak tahu kenapa? Ini 6 buktinya.

1. STRES MENINGKATKAN SELERA MAKAN. RASA NAK ‘BAHAM’ SEMUA!
Bila otak terlalu risau, tubuh akan terdorong untuk merembeskan hormon grehlin. Hormon inilah yang menyebabkan minda terangsang untuk makan makanan kegemaran yang tidak sihat.
Sebab itulah kita akan rasa nak makan makanan yang menenangkan seperti coklat atau minuman kegemaran – kononnya untuk stress-relief atau reward diri. Situasi ini selalu terjadi kerana tindakbalas yang berlaku dalam badan kita sendiri.

Terdapat juga kajian sebuah jurnal di Science Direct telah membuktikan bahawa comfort food seperti coklat boleh menjadi ‘jalan keluar’ yang pantas bagi mengurangkan rasa stres.
2. PROSES PEMBAKARAN LEMAK TERHALANG
Walau sekuat mana pun kita bersenam dan berdiet, tetapi berat badan masih tidak turun-turun. Badan pula ‘naik’ bagai dipam-pam. Nak kata makan banyak sangat, tidak juga. Rutin senaman pun masih diteruskan seperti biasa. Tapi kenapa susah betul nak turunkan berat badan? Cuba periksa semula kadar stres anda.
Tahukah anda, stres juga menyebabkan badan sukar memproses lemak untuk bertukar menjadi tenaga. Suatu penelitian mendapati bahawa apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh akan menghasilkan protein yang menghalang enzim yang berfungsi untuk membakar lemak.
Oleh itu, selain bersenam, jangan lupa tumpukan minda pada santapan rohani dan belajarlah menguruskan emosi. Dengan cara ini, barulah lemak dapat dibakar dengan lebih efektif.

3. STRES PEMUSNAH DIET
Memang betul diet bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi jika sudah terbiasa dengan pemakanan yang tidak sihat. Dalam keadaan stres, tekak lebih terasa mahu makan makanan sedap-sedap. Mungkin ramai menyangka bahawa ini hanya alasan bagi yang mudah mengalah, namun terdapat bukti yang dapat diterangkan secara saintifik dalam soal ini.
Menurut hasil kajian oleh jurnal Neuron, terdapat satu bahagian dalam otak yang berfungsi untuk merekod matlamat jangka panjang dan meyakinkan diri supaya kekal ke arah matlamat tersebut sehingga tercapai. Bahagian kecil ini juga menyimpan maklumat supaya minda berpihak kepada pilihan baik, selari dengan misi yang ingin dicapai. Apabila kerap stres, bahagian otak tersebut tidak dapat berfungsi dengan berkesan.
Kesannya, kita akan mudah beralih kepada diet lama yang memudaratkan kesihatan.
4. STRES MERANGSANG HORMON YANG MENGGEMUKKAN
Stres di tempat kerja membuatkan ramai tidak mendapat tidur yang berkualiti akibat minda yang berkecamuk. Kekurangan tidur mengurangkan rembesan hormon leptin, iaitu hormon yang merangsang minda supaya berhenti makan ketika kenyang. Kekurangan tidur juga boleh meningkatkan paras hormon yang membuatkan kita cenderung terhadap makanan.
Rasa stres dalam aktiviti harian turut meningkatkan produksi hormon kortisol. Paras kortisol yang tinggi ini mampu menjadikan tubuh kita aktif memproduksikan glukos, lalu meningkatkan paras gula dalam darah. Apabila proses ini sering berlaku, ia akan menyebabkan berat badan anda meningkat, seperti yang dijelaskan melalui Today’s Dietitian.
5. METABOLISME BADAN SEMAKIN PERLAHAN
Hari yang sibuk sama ada di rumah atau di tempat kerja kadang-kala membuatkan kita lupa untuk makan. Bila dah pukul 4 petang, baru makan tengah hari kerana terlalu asyik membuat kerja. Tabiat sedemikian dapat mengurangkan tahap metabolisme dalam badan.
Metabolisme yang seimbang penting untuk fungsi badan yang sihat secara menyeluruh. Pakar juga menyarankan untuk mengikut waktu pemakanan yang tetap untuk mengekalkan berat badan yang seimbang.
6. IA ‘MENYERAP’ TENAGA SEMASA BERSENAM
Sebenarnya tujuan untuk bersenam ialah untuk meningkatkan stamina dan tenaga dalam badan. Namun begitu, tanpa kita sedari kadangkala kita menjejaskan diri sendiri dengan melakukan dua perkara dalam satu masa. Kalau bersenam sambil risaukan kerja di pejabat, tubuh anda akan menjadi lebih cepat penat.
Satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa individu yang bersenam sambil otaknya ligat memikirkan bermacam-macam benda akan menyebabkan ketahanan ototnya berkurang sebanyak 25%. Maka anda mungkin tidak dapat berlari sejauh yang anda sasarkan. Tubuh pula juga terasa begitu lesu selepas sesi senaman.
SEKARANG ANDA DAH TAHU PUNCANYA?
Stres ada fungsinya tersendiri, di mana ia membantu mengembangkan potensi diri dengan bergerak maju jauh daripada comfort zone. Namun, ia perlu dikawal agar tidak mendatangkan ,ebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Gaya hidup sihat yang ingin dicapai bukan sahaja perlukan komitmen daripada aspek fizikal semata-mata, tetapi status mental seseorang juga perlu stabil dan kekal tenang. Minda dan jasmani yang sihat membuatkan hormon lebih stabil dan metabolisme seimbang.
Praktikkan pengisian rohani dan berbicaralah dengan seseorang tentang masalah yang dihadapi supaya beban di minda dapat dikurangkan.
Sumber: siraplimau.com