“Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita
sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita..Betapa CELAKAnya
manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan
melahirkan tuannya..”
Berapa ramai yang
sediakan satu bahagian gaji untuk diberi kepada ibu bapa setiap bulan? Adakah
kita kedekut kepada ibu bapa? Pernahkah kita berkira untuk membuat bakti kepada
mereka? Persoalan di atas hanya diri sendiri yang boleh jawab.
Barangkali, inilah
satu-satunya perkara yang menjadikan gaji kita tak berkat dan tidak pernah
cukup. Perasan tak?
Seorang pengguna FB
Zakuan Faiz telah menulis satu coretan mengenai perkara ini yang pasti mampu
membuka mata kita semua. Baca coretannya di bawah:
SYURGA PALSU UNTUK
ORANG BODOH
Aku tidak dapati, doa
yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu.
Aku dapati begitu ramai
orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu
mereka secara khusus.
Ramai yang tak
menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana mereka adalah pintu-pintu
syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat
untuk kita serahkan baby untuk dijaga.
Mereka jaga kita dengan
penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga
anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah
maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya.
Alasan mereka, hidup
susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga.
Sebenarnya barakah yang
sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah,
melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami
mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab
nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah.
Lelaki menjadi lemah,
tidak lagi seperti “Rijal” pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri
nafkah, kerana mereka Qana’ah dan Allah limpahkan barakah.
Akhirnya ibu dan bapa
yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita.
Bila kita dah mula
kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu
sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa
melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke
taman, tak larat berjalan.
Yang mereka mahukan
ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman.
Tapi demi Allah mereka
tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan.
Akhirnya syurga mereka
pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun
tertutup.
Waktu itu tiada lagi
guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar “dengan orang lain” juga kurang
mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang
selayaknya.
Akhirnya anak-anak muda
menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang
dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa
tak pernah ajar agama.
Anak-anak membesar
menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata.
Semuanya dah terlambat.
Sejak awal lagi kau salah kira.
Sejak awal lagi kau terlibat riba.
Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia.
Sejak awal lagi kau makan semua benda.
Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.
Sejak awal lagi kau salah kira.
Sejak awal lagi kau terlibat riba.
Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia.
Sejak awal lagi kau makan semua benda.
Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.
Kepada yang masih ada
ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup.
Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah
kejar dunia yang tak berkesudahan…. Tak kan kau nak biar mak bapak kau mati
membawa hati yang kecewa…
Sekurang-kurangnya
balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan,
bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa
mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata,
cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan
syurga itu.
Redha Allah terletak
pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah.
Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan dunia
akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya.
Ramai orang kedekut
dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa ke restoran mahal walau sekali.
Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat
gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal
dia tak rasa apa. Bawak ibubapa, dia kata bazir.
Pengalaman saya
sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan
tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada
ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah gawat.
Tapi tak… Orang munafik
yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak diajar oleh
Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk
gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan.
Jadi korang rasa,
korang sempit kewangan sebab apa?
Sebab korang kedekut.
Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang
memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah
sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi
seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan?
Mestilah tak pernah!
Gila! Nanti nak makan apa!
Ok, kita turun sikit….
Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid?
Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…
RM1 je….
Tengok tu… Kedekut kan?
Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid?
Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…
RM1 je….
Tengok tu… Kedekut kan?
Lepas tu mengadu kat
Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua
mesti salah Najib!
Orang yang berkira-kira
dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai
bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try
it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat,
gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT.
Gembirakanlah ibu bapa
mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan
perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah anak kau
sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka,
layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik.
Yang wanita, jadilah
surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung
dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai
oleh IBU mereka.
Sekarang rumah hanya
jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya jadi
restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari
layan lagu dari program realiti.
Maka yang terhasil dari
rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet
solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak.
Di luar sana, memang
ramai orang “kaya”. Tapi majoritinya kaya palsu.
Rumah besar, kereta
mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas
dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset.
Dan kehidupan itulah
yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba.
Aku sikit pun tak heran
pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers,
fakers, palsu, cetak rompak.
Kehidupan itu yang kau
carik?
Hingga tanggungjawab kau abai?
Mak bapak kau hambakan?
Anak-anak tidak diberi agama?
Allahu…
Hingga tanggungjawab kau abai?
Mak bapak kau hambakan?
Anak-anak tidak diberi agama?
Allahu…
“Jangan kau terjun ke
dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka.”
Nota: Tulisan ini
adalah kata hatiku untuk diriku sendiri. Aku mencela diriku siang dan malam
agar aku tidak leka dengan angan-angan dunia yang penuh tipu daya dan menjaga
ibubapak ku dengan baik. Merekalah syurgaku. Dan aku rasakan ia mungkin
bermanfaat bagi sesetengah orang yang berakal, jadi aku decide untuk share
disini. Moga ada manfaatnya.
Kredit: Sehinggit
Link: http://sehinggit.blogspot.my/2017/05/kau-kedekut-dengan-mak-ayah-hidup-kau.html?m=1
0 comments:
Post a Comment