Ada segelintir ibu bapa yang selalu meletakkan telefon
berhampiran dengan bahagian kepala anak bila si kecil tidur. Namun tanpa
menyedari, tindakan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya yang tidak
kelihatan.
Menurut bekas jurutera syarikat Intel dan Western Digital ini,
radiasi yang terhasil dari gelombang isyarat telefon pintar, berupaya
menjejaskan sel-sel otak anak-anak kecil yang sedang berkembang. Perkara ini
bukanlah sesuatu yang baru dan sudah ramai yang mengkajinya.
Jadi, ibu bapa diminta untuk tidak berbuat demikian di masa akan
datang bagi mengelakkan anak-anak kecil berisiko menghidap penyakit yang tidak
diingini. Semoga informasi dari Puan Nana Farhanah ini bermanfaat.
PERKARA ini kadang-kadang berlaku pada saya dan anak-anak.
Sambil-sambil menidurkan atau menyusukan anak, sambil itu reply mesej (pm) dari
pelanggan. Kadang-kadang sampai tertidur. Sedar-sedar saja, telefon bimbit
berada di kepala anak kecil.
Allah, masa itu terkilan sangat. Terkilan sebab teringat betapa
tidak bagusnya apabila telefon pintar ini diletakkan berdekatan dengan kepala
anak. Tahu tak, kenapa tak eloknya telefon pintar diletakkan berdekatan dengan
bahagian kepala anak-anak kecil?
Radiasi dari signal telefon bimbit ini sangat berbahaya,
lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil kerana ia boleh menjejaskan sel-sel otak
yang sedang berkembang terutamanya bayi berusia enam bulan ke bawah.
Antara risiko lain:
§ Kanser
§ Tumor otak
§ Parkinson
§ Alzheimer
§ Sakit kepala atau migrain
§ Sakit mata atau rabun
Risiko-risiko ini bukan terdedah
kepada anak-anak sahaja, tetapi juga pada golongan dewasa. Jadi, sebelum masuk
tidur, pastikan anda telah melakukan dua perkara ini:
Dah selesaikan semua urusan berkaitan
dengan telefon bimbit matikan WiFi atau data internet. Letak telefon jauh dari
tempat tidur.
Ini baru kesan letak telefon di
bahagian kepala, belum masuk lagi kesan anak-anak bermain telefon. Nanti saya
kongsikan lagi maklumat mengenainya.
0 comments:
Post a Comment