Anak remaja sekarang
malah yang dah jadi mak-mak pun ada yang obses dan putih. Sampai tak sedar,
pemakanan yang diambil membahayakan diri. Walhal ada lagi masalah lain yang
ramai alami tapi malu nak cerita.
Ini perkongsian daripada
Pengasas jamu Suzy Honey Herbs, Suzima Hazish apabila dirinya ditanyakan oleh
seorang remaja belasan tahun yang masih bersekolah.
“Macam mana nak putih ya?”
Haa.. ni akak nak berleter sikit. Semua orang obses nak putih! Kenapa ya?
Kerana trend dunia moden hari ni. Sehingga sanggup membahayakan diri.”
Tak tahu apa kandungan atau
kemudaratan yang bakal terjadi.
“Bukan berfikiran negatif,
tapi perlu diambil kira kerana kita tak tahu kesan dan akibat bakal tread.
Ianya melibatkan sel dalaman badan.
Yang
Penting Sihat, Cergas Dengan Selamat
Sebenarnya perkara yang perlu
di titik beratkan ialah bagaimana mahu sihat, cergas dengan selamat. Ilmu ini
penting untuk di sebarkan. Bila sihat barulah cantik itu datang sendiri. Pakej
yang baguskan!
“Saya yakin ramai tahu
khasiat amalan bersireh ini. Apapun sekali lagi saya suka ingatkan para wanita
yang mungkin sibuk dengan tugasan harian akan kebaikan bersireh ini.”
“Saya syorkan kita sebagai
ibu ajarkan pada anak-anak agar lebih menggunakan bahan-bahan semulajadi/pokok
herba yang makin dilupakan. Tidak salah jika kita kekalkan tradisi amalan nenek
moyang yang terbukti memberi manfaat.”
Resepi
Rebusan Air Sirih
5 atau 7 helai daun sirih
Di rebus dengan 1 liter
§
Boleh di minum oleh anak remaja seminggu 2 atau 3 kali dan ajarkan menggunakan
rebusan ini sebagai pencuci miss V secara semulajadi bagi mengelakkan dan juga
merawat keputihan.
Wanita
yang dalam pantang lepas bersalin sesuai guna bersama tambahkan manjakani.
Untuk memulihkan dalaman.
Antara
amalan yang simple dan mudah.
Kebaikan Air Rebusan Daun Sirih, Boleh Dicampur Manjakani
1.Melancarkan
perjalanan darah
2.
Memecahkan lemak
3.
Mengubati penyakit asma dan batuk
4.
Melancarkan haid
5.
Mengatasi masalah keputihan * digunakan dengan minum dan membasuh miss V
6.
Mujarab menghilangkan bau badan / bau mulut
*
Tiada lagi ketiak berbau..sila cuba ya !
Perlu
diingatkan para wanita..semua boleh amalkan ini. Rajin2kan diri lah.
Apa
salahnya kalau rebus ini dan bawa ke ofis juga boleh kongsi dengan geng-geng
satu pejabat. Selain duk bawa makanan-makanan manis selalu sangat!
Kita
mengubah kita memupuk budaya sihat dengan semulajadi.
Sumber/Foto
: Suzy Honey
Via Mingguan Wanita
0 comments:
Post a Comment