Monday, January 29, 2018

5 Tanda Kucing Datang Kepada Kita… Dipersilakan Share Untuk Yang Lain..


Setiap kejadian alam mempunyai dua makna, yang tersurat dan tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh memahami kedua-dua maknanya. Ini termasuklah dalam perkara mengenai kucing.
Apakah makna yang tersirat jika kucing datang kepada kita? Apakah yang cuba disampaikan Tuhan kepada kita? Mari kita renungkan bersama.

Tanda #1 – Bahagian Kucing

Selalu terjadi apabila kita duduk di warung sambil makan, pasti ada kucing jalanan yang menagih simpati. Perutnya yang lapar siapalah yang sudi memberi. Ya, kucing itu mungkin nampak kotor dan comot. Namun siapakah kita untuk memandang jelik makhluk Allah SWT itu?
Kehadiran kucing itu menyampaikan pesanan yang jelas dari Tuhan. Percayalah, dalam ketika kita enak menjamu selera mungkin kita terlupa mensyukuri nikmat Tuhan.
Maka kerana itu Allah SWT menghantar kucing kepada kita agar kita sentiasa beringat bahawa setiap rezeki yang dikurniakan itu bukan 100% milik mutlak kita.
Sebahagiannya milik orang lain atau makhluk lain. Kali ini, milik sang kucing jalanan. Maka berbagilah rezeki itu juga kepadanya. Semoga dengan memberi, kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.

Tanda #2 – 10 Kali Ganda Kebaikan/Ganjaran

Sesungguhnya sedekah itu ada dalam pelbagai bentuk dan rupa. Inilah antara rahsia-rahsia kebijaksanaan Allah SWT. Apabila kucing datang kepada kita dan meminta sedikit rezeki lalu kita menghulurkan kepadanya, maka kita telah berbuat kebaikan kepadanya.
Bersedialah untuk menerima 10 kali ganda kebaikan dan ganjaran dari Tuhan sebagai balasan pada perbuatan baik tersebut. Itu janji-Nya kepada mereka yang bermurah hati menyantuni makhluk yang lain.
Tersenyumlah kawan kerana kehadiran kucing kepada kita ketika itu membawa maksud bahawa Allah SWT telah menyediakan 10 kali ganda rezeki yang jauh lebih baik untuk kita bagi menggantikan bahagian rezeki yang bakal diberikan kepada kucing.
Tidakkah kita sangat gembira apabila menerima hadiah yang indah? Maka apabila Tuhan semesta alam sendiri yang memilih untuk memberikan kita hadiah yang 10 kali ganda jauh lebih baik, bukankah itu suatu yang mengujakan?

Tanda #3 – Belajar Ikhlas

Allah SWT membimbing dan mendidik manusia melalui kehidupan dan alam. Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas.
Kenapa ikhlas? Adakah kucing itu mempunyai wang ringgit bagi membalas kebaikan yang diberikan? Mampukah kucing itu meninggikan darjat dan memberikan pangkat kepada orang yang memberinya makan?
Tentu sekali tidak. Maka tanpa apa-apa balasan yang dapat diharapkan dari kucing, tindakan yang tetap terus berbuat kebajikan kepadanya akan mendidik jiwa kita untuk menjadi manusia yang ikhlas.
Ikhlas dalam berbuat kebaikan sebagai khalifah yang terpilih atas muka bumi Tuhan dan ikhlas untuk tetap terus istiqamah mengamalkan kemanusiaan. Terimalah pendidikan percuma dari Tuhan ini dan usahalah untuk berjaya menguasai pembelajarannya.

Tanda #4 – Belajar Ihsan

Kadangkala kucing yang mendekati kita itu mungkin jengkel ulah lakunya. Boleh jadi naik geram kita dibuatnya. Apabila situasi ini yang terjadi maka beringatlah bahawa Allah swt menghantar kucing itu sebenarnya untuk menguji kita.
Ujian pertama adalah soal bagaimana kita memandang dunia terutamanya rezeki. Adakah kita terlalu cintakan dunia sehingga kita menjadi terlalu bakhil dalam berkongsi rezeki dengan yang lain? Jangan pernah terlupa tentang amanah sebagai khalifah terpilih yang ditugaskan melaksanakan yang hak.
Ujian kedua adalah untuk melihat sejauh mana layanan kita kepada sesama makhluk. Sedarlah apabila kucing datang meminta makanan misalnya, kucing itu tidak minta ikan yang baru digoreng. Kucing itu tidak minta pinggan yang cantik untuk dihidang makanannya. Kucing itu tidak diminta mulutnya dilap cermat dengan tisu selepas makan. Kucing itu tidak mengharap layanan 5 bintang.
Cuma yang diminta adalah sisa makanan barang sedikit sebanyak yang tidak habis untuknya makan. Apabila nakal perangainya dan rimas rayuannya, sabarkah kita melayannya?
Ingatkah kita bahawa Tuhan sentiasa melihat dan mengawasi setiap tindak tanduk mahupun lintasan hati kita terhadap kejadian dan makhlukNya dalam emosi kita?
Inilah ilmu ihsan. Ilmu tentang mampu mengingati Tuhan dalam setiap kata-kata, tindakan, fikiran mahupun emosi. Ilmu tentang melakukan sesuatu dengan ingatan kuat bahawa Tuhan sentiasa melihat dan sangat hampir. Tiada satu pun dapat bersembunyi dariNya.
Malu kita pada Tuhan apabila apa yang dilakukan kita sehari-harian bukan seperti perintahNya malah kita gagal menjauhi laranganNya dalam beradab dengan sesama makhluk.

Tanda #5 – Kurniaan Rezeki yang Berpanjangan

Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Tanpa segan silu kucing itu mengisytiharkan dirinya sebagai sebahagian dari keluarga kita. Lalu dia turut bertindak seperti penghuni tetap di rumah itu. Disuruh pergi namun tetap tegar kembali.
Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan. Dari manakah datangnya rezeki ini?
Apabila kucing itu tinggal tetap, ini bermakna peluang bersedekah melalui asbab kucing itu telah dibuka setiap hari untuk kita. Sedekah yang berterusan mengundang rahmat Allah swt yang menjadikan rezeki melimpah ruah seperti hadith berikut:
Nabi saw bersabda kepada Zubair bin al Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”Hadis Riwayat al-Daruquthni dari Anas ra
Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah ruah telah diperuntukkan Allah swt untuk kita.
Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini lewat keikhlasan kita dan doa dari kucing itu untuk tuan rumahnya.
Jadi selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Tuhan kerana agenda rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita.
Ya, rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tapi turut dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat. Jika pintu rezeki di’meow’ di hadapan kita, terimalah dengan redha kehadirannya.

KONGSIKAN ARTIKEL INI

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai yang akan mendapat manafaat.



https://youtu.be/e4m3vnNCo7M



Anak tengah ‘sedap’ tengok video bukan-bukan di YouTube, ibu bapanya pula tak peduli




Gadget dan anak kecil. Wajib baca!
Petang tadi, sedang leka meneguk kopi panas di sebuah restoran kopitiam di Bangi Darusunnah. Nyaris cawan yang dipegang abang hampir jatuh pecah berderai.
Manakan tidak, terpandang seorang budak lelaki berusia lebih kurang 5 tahun di meja hadapan sedang fokus menonton seorang perempuan dewasa mat saleh separuh bogel menari terkinja-kinja melalui aplikasi youtube pada telefon pintar yang dipegangnya.
Walhal, mak dan bapaknya wujud di kiri dan kanan budak kecil itu. Bapaknya sedang galak bercakap di telefon manakala maknya sedang fokus scroll Facebook gamaknya dari atas ke bawah iPad yang besar gedabak. Keduanya tidak langsung perasan yang anak mereka sedang dalam bahaya!
Lantas, abang terus ke meja mereka dan memberi salam. Si bapak tidak perasan, leka bercakap dengan telefon, maknya perasan dan dengan laju maknya melambai tangan tanpa menoleh ke wajah abang terus berkata, ‘oh takpe dik, terima kasih, saya taknak beli”. *typicall malaysians zaman ini pada mereka yang berkopiah atau bersongkok. Huh.
Ha?! Terus abang ambil henset dari tangan budak kecik tak berdosa tersebut. Dan, serta merta mak bapaknya tersentak.
“Tuan, puan, saya bukan nak menyibuk,tapi anak tuan puan ni tengah sedap tengok benda yang bukan-bukan. Kesian anak tuan puan ni.”
Terkejut kedua-keduanya. Terus mulut mak dan bapak budak tersebut terkumat kamit memohon maaf pada abang. Allah, allah, allah. Terus abang berbual sedikit dengan kedua suami isteri ini dengan sebaiknya. Hampir 10 minit kami berbual. Alhamdulillah.
KEPADA IBU BAPA KHUSUSNYA, SEDARLAH!
Anak kecil tuan dan puan masih belum boleh bezakan mana yang baik mana yang buruk. Semuanya atas bahu ibu dan bapa untuk corakkan anak.
Bayangkan, saya sudah hampir 7 tahun dalam bidang motivasi berkaitan masalah ketagihan seksual yang melibatkan remaja. Kajian menunjukkan seawal usia 9 tahun, anak-anak sudah ketagih kepada pornografi dan onani.
Punca utama bermula dari usia kecil sudah diberikan gadget seawal umur setahun lagi. Sebab apa? dek takut anak jumud ketinggalan zaman? sebab mudah bagi anak diam tak kacau kerja kita? sebab nak bagi pendedahan awal pada anak tentang teknologi?
Semua ini tidak salah. Tapi, berilah pengawasan seketat yang mungkin. Akhir zaman ini, anak-anak amat penting untuk dijaga sebaiknya, mereka asbab kita untuk ke syurga atau ke neraka.
Aris Farhan
4 Disember 2017
Bandar Baru Bangi
kredit: thereporter




Awas! 5 Pelakon Ini Mempunyai Seni Mempertahankan Diri. No 3 & 4 Tu Memang Gengster Habis



Lazimnya jika kita menonton sesebuah drama mahupun sesebuah filem aksi, pelakon lagak ngeri yang bakal mengambil alih babak berlawan mahupun sesuatu yang diluar kemampuan pelakon asal. Namun tahukah anda, 5 pelakon ini sememangnya berkebolehan dalam seni mempertahankan diri dan kebanyakan babak berlawan adalah dilakonkan mereka sendiri. Hangat.com bawakan hotlist 5 pelakon tersebut!

1. Eman Manan


Sebelum munculnya nama – nama hebat seperti Norman Hakim, Zul Ariffin dan ramai lagi, Eman Manan terlebih dahulu mencuri tempat sebagai hero filem malaya sekitar 80 dan 90an. Disebalik perwatakannya yang Macho, Eman sebenarnya mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri iaitu silat.

Pernah memberi kenyataan bahawa seperti tiada pelapis pelakon yang berkebolehan, suatu masa dahulu boleh dikatakan filem aksi pasti akan terlihat Eman memainkan peranannya.

2. Hairul Azreen


Bermula dari pelakon lagak ngeri, siapa sangka Hairul Azreen berjaya menempa nama sebaris dengan pelakon lelaki popular di Malaysia. Malah untuk pengetahuan anda, Hairul merupakan bekas atlet taekwando negeri Selangor sebelum bergelar selebriti.

3. Datuk Adi Putra


Melihatkan seni mempertahankan dirinya dalam setiap filem aksi seperti filem Tailong pasti membuatkan ramai kagum. Malah setiap langkahnya begitu kemas melihatkan nama Datuk Adi Putra sebagai pelakon aksi yang cukup dikenali ramai

4. Aaron Aziz

Siapa sahaja tak kenal dengan Aaron Aziz yang sememangnya menjadi hero pujaan gadis – gadis di Malaysia.
Kami di Hangat.com tidak pasti bahawa apakah seni mempertahankan diri yang dipelajari oleh Aaron akan tetapi setiap aksi yang dibawakannya pasti meninggalkan kesan pada para penonton.

5. Pablo Amirul


Beliau memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon tambahan dan model sampingan hinggalah kearah kerjaya sebagai pelagak ngeri pada 3 bulan pertama pembabitannya di dalam bidang lakonan.
Sehinggalah bakatnya disedari oleh Ahmad Idham apabila diberi peluang berlakon sebagai pelakon pembantu di dalam filem pertama beliau iaitu Anak Jantan.

sumber: hangat.com




6 Bahaya Sembur Air Paip Pada Kemaluan Yang Patut Wanita Tahu!


6 Bahaya Sembur Air Paip Pada Kemaluan Yang Patut Wanita Tahu|6 Bahaya Sembur Air Paip Pada Kemaluan Yang Patut Wanita Tahu|Menyembur kemaluan dengan air paip sudah mejadi amalan ramai wanita di malaysia,mungkin karena mereka tidak tahu atau tidak menyadari bahaya melakukan amalan ini.
Sebenarnya tanpa anda sedari telah membuka ruang udara dalam kemaluan anda,hal  ini boleh mengakibatkan berlakunya ruang udara dan menyebabkan berlakunya beberapa penyakit yaitu:
1.Bagi wanita yang hamil melakukan amalan ini menyebabkan kelahiran pramatang.ini karena pancutan air meransang pengecutan otot rahim.
2.Menyebabkan jangkitan dalam faraj.ini dikarenakan amalan ini mengganggu keseimbangan flora semula jadi dalam faraj,perubahan yang ketara akibat pembersihaN faraj secara Menyembur kan air akan memudahkan kuman kuman akan menyerang vagina.
Jangkitan ini dinamakan Bacterial Vaginosis dan bila amalan ini berpanjangan jangkitan kuman seterusnya akan lebih parah yaitu Endonetriosis.
3.Menyebabkan Pelvic Inflammatory Disease(PID) Yaitu jangkitan kuman pada rahim(uterus) saluran Fallopian dan kelenjar kilang Ovari,dalam kajian dilaporkan”wanita yang mengamalkan amalan ini mempunyai risiko 75% lebih tinggi dari wanita yang tidak mengamalkannya untuk mendapat PID
4.Wanita yang mengamalkan amalan ini juga boleh mengalami ketidak suburan.
5.Wanita yang mengamalkan amalan ini sebanyak 2 kali dalam seminggu boleh meningkatkan risiki kanser pangkal rahim.
6.boleh mengakibatkan berlakunya ruang udara dan menyebabkan berlakunya ‘Vaginal flatulence’ atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut merupakan sebuah keadaan dimana alat kemaluan yang sulit milik perempuan mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut.
Kentut ini selalunya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj atau pun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.
American Collage Of Obsterticians And Gynecologists Mencatatkan Amalan seperti ini harus digantikan dengan membasuh kemaluan dari bagian luar sahaja,tampa menyemburkan air kedalam kemaluan,gunalah sabun yang mempunyai kandungan Ph7.0
Sumber : eberita





23 Teka-Teki Tak Luput Ditelan Zaman Dengan Jawapan Yg Logik. No 23 Tu Memang Lejen




1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali.
Jawapan: Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.
2. Sebab apa siput babi jalan lambat?
Jawapan: Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.
3. Sukan apa selepas main kita tabik?
Jawapan : Golf
4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?
Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.
5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?
Jawapan : Kuching, Sarawak.
6. Kuda apa yang tiada kaki?
Jawapan : Kuda kepang
7. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.
Jawapan : Stokin
8. Binatang apa yang kurang ajar?
Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.
Teruskan Selongkar…
9. Ikan apa yang paling rajin?
Jawapan : Ikan bandaraya sebab suka cuci cermin akuarium.
10. Pokok apa yang suka berkahwin?
Jawapan : Pokok pinang
11. Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak?
Jawapan : Buah Melaka
12. Binatang apa yang selalu penat?
Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah.
13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?
Jawapan : Teksi
14. Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?
Jawapan : Bunga tayar
15. Kenapa orang gali kubur tak pakai spender
Jawapan : Apa kes nak pakai spender, Pakai cangkul
16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula?
Jawapan : Patah balik
17. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?
Jawapan : Donut, Kuih keria
18. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan : Penguin
19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?
Jawapan : Ayam jadi banyak
20. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?
Jawapan : Kereta kabel
21. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?
Jawapan : Udang iaitu U dan G
22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki?
Jawapan : Baju
23. Permainan apa yang paling berat sekali
Jawapan : catur (sebab kena bawa raja,permaisuri,kuda dan sebaginya




Nelayan Temui Cicak Purba 170 Juta Tahun. Bunyinya Sangat Menyeramkan !!!




BEIJING: Seorang nelayan di barat daya China telah berjaya menangkap seekor haiwan purba yang menyerupai cicak Salamander di mana haiwan ini merupakan amfibia tertua di dunia. Cicak ini dikategorikan sedemikian kerana dikatakan tidak mengalami sebarang perubahan fizikal sejak kira-kira 170 juta tahun lalu.
Memetik laporan Mirror Onlina, nelayan tersebut yang dikenali dengan nama Wang Tong telah menemui cicka gergasi berkenaan yang berukuran 122 sentimeter panjang itu apabila dia secara tidak sengaja telah terpijak badan haiwan pelik tersebut ketika sedang berjalan di dalam gua batu kapur di daerah Chingqing.



“Ia merupakan haiwan paling tua di dunia dan haiwan berusia 200 tahun itu ditemui di dalam gua selepas saya terpijak sesuatu yang lembut dan berlendir.
“Haiwan ini merupakan spesies paling tua di dunia. Ketika ia dilahirkan Raja George IV sedang menaiki takhta dan Britain sedang terlibat dalam perang Waterloo,” katanya.
Selepas menangkap hawian purba berkenaan dia telah menghubungi pakar hidupan liar China liar yang mengambil haiwan amfibia itu untuk dipindahkan ke habitat semula jadinya selepas mendapati ia sakit.
Apa yang menarik, haiwan purba yang diber nama Wa Wa Yu yang membawa maksud ikan bayi itu mengeluarkan bunyi seperti tangisan seorang bayi yang baru lahir.
Haiwan tersebut kini telah disenarikan dalam spesis haiwan paling terancam dalam Senarai Merah oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Hidupan Liar (ICUN) dan dilindungi di China.
Ia dikatakan mampun untuk membesar sehingga 1.8 meter panjang dan berat melebihi 50 kilogram.
Walaupun diletakkan sebagai spesies terancam, cicak salamander masih menjadi buruan golongan kaya di China ekoran kepercayaan bahawa daging haiwan itu boleh mengatasi ketuaan.
KREDIT SIAKAPKELI.




Wanita ini Menemui Satu Makhluk Aneh di Halaman Rumahnya, Saat Dia Melihat Dengan Lebih Dekat, Dia “Jatuh Cinta” Kepadanya Sebab…..




Jika anda tinggal di kawasan luar bandar, atau hanya berdekatan dengan alam semula jadi, kehadiran hidupan liar bukanlah satu pemandangan yang pelik.


Kerana senang untuk melihat mereka, dan mereka sentiasa dialu-alukan untuk berhenti.
Tetapi di sini adalah salah satu pelawat pertama yang tidak mahu pergi, dan makhluk kecil yang cantik itu nampak cantik dibalut di belakang rumah yang baru ditemui.
Tammy Yarber mendapati pemandangan luar biasa di halamannya, di barat daya Amerika Syarikat, dan dia memuat naik pita itu ke YouTube.
Pada mulanya dia tidak tahu apa itu, tetapi melihat makhluk kecil menjunam dirinya dalam lopak.
Senang melihat mereka, dan mereka selalu disambut untuk mampir.
Tapi, inilah salah satu pengunjung pertama kali yang tidak ingin pergi, dan mahluk kecil yang lucu ini tampaknya cukup terbungkus di halaman belakang yang baru ditemukan.
Tammy Yarber menemukan pemandangan yang menakjubkan di halaman rumahnya, di barat daya Amerika Serikat, dan dia memuatnaik rakaman itu ke YouTube.
Awalnya dia tidak tahu apa itu, tapi melihat makhluk kecil itu mencebur dirinya di genangan air.



Setelah memeriksa lebih dekat, dia menemukan itu adalah bayi armadillo.
“Menemukan mahluk ini sendirian di halaman belakang, mencari air. Menakjubkan!” tulis Yarber.
Biasanya, ibu armadillo akan tinggal dengan bayi mereka, tapi sayangnya ibu mahluk ini tidak terlihat di mana-mana. Maka dianggap dia yatim piatu, seperti sendirian.
“Saya beberapa kali mencari ibu dan saudara laki-lakinya, tapi saya tidak dapat menemukannya di mana pun. Saya menemukan beberapa lubang kecil yang kosong,” tulis Yarber.
Bayi Armadillo ini, yang diberi nama”Dilly,” ke sasar ke halaman belakang Yarber untuk minum air, dia datang sendiri.
Dilly tidak konyol, karena sudah cukup independen untuk menjelajah sendiri dari liangnya.
Namun, tetap memerlukan bantuan, dan rakan manusia ini dengan senang untuk membantunya mencari beberapa serangga, semut, dan air bersih untuk dimakan dan diminum.
Kakinya sedikit goyah, makhluk kecil bersisik itu menyukai teman manusia barunya.
“Kamu sangat lucu!” Katanya pada Dilly, dalam sebuah video yang diunggah ke Rumble.
“Anda bisa tinggal di halaman saya selama yang Anda inginkan.”

Armadillo kecil itu sangat kecil sehingga hanya perlu satu jari untuk menepuknya. Dilly sepertinya menyukai semua perhatiannya.
“Apakah Anda cukup menemukan semut untuk dimakan?” Wanita itu bertanya.
“Ada beberapa semut di sekitar sini, ya, Dilly?”
Dia mencarinya sekarang saat dia mendengar suaranya, membaca sebuah artikel di Rumble.
Artikel tersebut menambahkan, “Meskipun naluri pertama Anda mungkin untuk menyelamatkan hewan liar yang Anda temukan di halaman belakang rumah Anda, atau di tempat lain, hal itu mungkin merupakan pilihan paling cerdas untuk menghubungi pawang profesional dan rehabilitator untuk mengambil hewan itu. Apalagi kalau itu individu muda seperti ini.”
Sementara Dilly membuat penampilan pertamanya sekitar dua tahun yang lalu, kami melihat beberapa komentar dari Yarber yang menunjukkan bahwa dia tidak berhasil.
“Armadillos ada di daftar Do not Rescue di GA, karena itulah saya sulit menemukan dia dan membantunya. Saya yakin, saya berusaha keras agar mahluk ini tetap hidup, “tulisnya.



“Saya tidak bisa menyelamatkannya, tapi saya merasa nyaman karena dia tidak mati kedinginan dan sendirian.”
Sementara berita tentang kematian Dilly tidak ditanggapi dengan baik oleh beberapa orang.
Netizen yang  lainnya menyokong keputusan Yarber untuk merawat makhluk kecil itu selama waktu yang sehingga Dilly sembuh
YouTuber lainnya membela keputusan Yarber untuk merawat makhluk kecil itu selama waktu yang tersisa.
Kredit: erabaru.net




Teknik Kenali Musang King Yang Ramai Masih Tak Tahu, Elak Jadi Mangsa Tipu




KUALA LUMPUR: Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit, mempunyai isi berwarna kuning pekat, durinya bersegi, sementara pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit.
Penolong Pengarah Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian Serdang Mohd Auzaie Komarudin berkata ini merupakan antara ciri-ciri utama durian D197 yang didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 1993.
Beliau berkata masyarakat Cina tempatan gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao Shan Wang, yang bermaksud raja kucing gunung iaitu merujuk kepada bentuk isi durian yang mirip posisi seekor kucing sedang tidur.
“Panggilan itu terus digunakan secara meluas sehingga perkataan ‘Mao Shan’ ditukar kepada sebutan Musang dan ‘Wang’ ditukar kepada King sehingga dikenali sebagai Musang King hingga kini,” katanya mengenai durian itu yang banyak didapati di sekitar Raub, Pahang.
Beliau berkata untuk itu, pembeli perlu sentiasa berhati-hati dalam membeli durian Musang King supaya tidak ditipu penjual.
“Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan bintang pada bawah buahnya,” katanya kepada ketika ditemui di Ladang Bandar Jabatan Pertanian, Serdang.
Mohd Auzaie berkata isi durian Musang King lebih tebal ditambah rasa lemak yang sedikit pahit dan bijinya pula kecil berbanding baka lain.
“Musang King cukup diminati penggemar durian sehingga dijual agak mahal bermula RM50 sekilogram di pasaran atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada jenis durian yang lain.
“Malah terdapat sesetengah peniaga cuba mengaut keuntungan mudah dengan mendakwa menjual Musang King, walhal ia merupakan baka lain,” katanya.
Beliau berkata pembeli perlu memeriksa ciri-ciri durian itu terlebih dahulu sebelum membelinya bagi mengelakkan ditipu.
Bagi mengenali baka anak pokok Musang King pula, beliau berkata pokok duriannya memiliki daun yang lebih nipis, berbentuk tirus dan sedikit beralun.
“Anak pokok ini sesuai untuk ditanam di tanahterbuka apabila sudah mempunyai sekurang-kurangnya lapan helai daun dan kebiasaannya hasil tanaman boleh mula dinikmati seawal lima tahun setelah ditanam,” katanya. – BERNAMA





Professor Ungku Aziz Kongsi 16 Tips Untuk Menjadi Manusia Yang Bijak !




Siapa tidak kenal Professor Diraja Ungku Aziz? Seorang intelektual Melayu yang tidak perlu untuk diperkenalkan lagi. Tidak perlu juga menyenaraikan sumbangannya terhadap negara yang terlalu banyak. Anda boleh membaca buku-buku di pasaran yang menceritakan tentang sumbangannya terhadap dunia pendidikan, ekonomi, persuratan Melayu dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, orang yang dikenali sebagai Pak Ungku ini sangat terkenal dengan disiplin dan rutin hariannya. Pak Ungku bukanlah jenis orang yang bercakap di atas angin, beliau buat apa yang beliau cakap, bukan cakap dulu tapi tak buat-buat. Oleh itu, saya berasa teruja untuk berkongsi kepada anda semua tentang tips yang saya kutip daripada Pak Ungku sendiri ketika ceramahnya di Universiti Malaya.
1. Tidur 6 atau 7 jam sehari
Pak Ungku mencadangkan agar kita tidur selama 6 hingga 7 jam sehari. Kalau orang muda-muda yang sihat 5 jam pun mencukupi. Dan disiplin diri kita untuk melupakan segala apa yang berlaku sebelum masuk tidur. Sumbat segala permasalahan hidup ke bawah karpet.
2. Tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari
Waktu tengah hari semua orang harus tidur sekurang-kurangnya selama 30 minit. Tak payah pilih waktu yang sesuai untuk tidur pada tengah hari ini, asalkan kita boleh curi masa untuk tidur sebentar pada waktu tengah hari itu sudah memadai. Masa yang sesuai antara pukul 12 hingga 3 petang. Kemudian Pak Ungku menyuruh kita tidur selepas makan tengah hari dengan keadaan berbaring, sepertimana kita tidur pada waktu malam. Tapi jangan tidur lama sangat hingga 2 atau 3 jam, itu tidak sihat untuk badan.
Tidur pada waktu tengah hari ini penting untuk ‘repair’ kembali sistem badan kita lalu membuatkan kita lebih cergas pada waktu petang. Rutin tidur sebentar pada waktu tengah hari ini memerlukan disiplin dan menuntut kebiasaan kita. Ini kerana bila kita tidur, selalunya isu-isu lain akan mengganggu kita. Kata Pak Ungku, jangan mempedulikan apa sahaja yang berlaku ketika tidur. Masa tidur adalah masa tidur, jangan ingat benda-benda lain atau mempedulikan apa yang berlaku di sekitar kita.
3. Makan bawang mentah
Antara aspek pemakanan yang menjadi rutin Pak Ungku ialah memakan bawang mentah.
4. Jangan makan terlalu banyak ‘fast food’
Pak Ungku melarang kita makan fast food seperti Burgers kerana bahan-bahan yang ada di dalamnya mempunyai racun yang banyak. Nak makan sekali sekala boleh.
5. Jangan minum air Cola-Cola
Kata Pak Ungku buang tabiat minum air Cola-Cola kerana padanya terdapat terlalu banyak gula yang memberi racun kepada badan

6. Amalkan pemakanan ‘fit for life’
Falsafah pemakanan Pak Ungku ialah makanlah bahan yang hidup, jangan makan bahan yang telah mati. Umpamanya sayur dan ulam, semuanya mesti dimakan hidup-hidup. Kalau kita masak, goreng serta rebus sayur dan ulam itu bermakna bahan itu telah mati. Maka, lebih baik makan sayur dan ulam yang masih segar, bukan yang telah dimasak. Kecuali daging.
7. Jangan borak kosong
Borak kosong itu merugikan dan membazir masa. Kalau orang Islam berdosa jika kita membuang masa begitu.
8. Masa giat dan masa rehat
Masa harus dibahagikan kepada dua, iaitu bahagian giat(aktif) dan rehat(pasif). Masa aktif digunakan untuk kita melakukan pelbagai aktiviti. Masa pasif digunakan untuk kita fikirkan apa yang telah kita buat, dan kita fikirkan apa yang kita akan buat. Jadi kita mesti sedar bila masa kita gunakan minda kita untuk melaksanakan pelbagai kegiatan dan bila masa kita gunakan untuk bersantai-santai. Ini terpulang kepada kreativiti masing-masing.
9. Jangan pedulikan tekanan orang
Bila ada orang marah kita tak tentu pasal. Jangan ambil kemarahan tersebut untuk difikirkan sehingga menyebabkan stress. Anggap saja orang yang marah itu gila.
10. Selalu perhatikan baki wang
Kena tengok selalu baki wang yang ada di poket kita. Untuk mengelakkan masalah kewangan pada masa yang akan datang. Sebab orang yang tak ada duit selalu stress.
11. Amalkan senaman tiga kali seminggu
Buat jadual tiga kali seminggu untuk buat senaman. Tak kira jogging atau bermain permainan seperti badminton dan sebagainya.
12. Senaman Minda
Minda kita harus bersenam juga. Senaman minda boleh dilakukan seperti bermain permainan Sodoku dan Chess atau Dam Haji pun boleh. Ini baik untuk kesihatan minda
13. Jangan main computer games
Buang tabiat suka bermain computer games. Ianya boleh menyebabkan seseorang ketagih dan menghabiskan masa terlalu lama di hadapan komputer. Gunakan komputer sebagai hamba kepada kita. Bukan kita yang menjadi hamba kepada komputer.
14. Amalkan budaya membaca
Pak Ungku seorang yang banyak membaca. Beliau membaca 5 surat khabar sehari. Dengan banyak membaca, ia akan mengasah minda dan pemikiran kita. Kita juga boleh membaca buku-buku yang membantu perkembangan minda dan pemikiran kita.
15. Kita mesti berfikir, berfikir dan berfikir
Bila kita melakukan sesuatu, kita harus berfikir terlebih dahulu. Supaya apa yang kita fikir sesuai dengan keputusan yang kita mahu capai. Ini mengelakkan kita daripada berangan-angan.
16. Banyakkan diskusi
Berbincanglah perkara yang bagus dengan rakan-rakan anda. Ini menggalakkan minda kita berfikir secara kreatif dan kritis. Supaya kita mendapat idea-idea baru yang ,mungkin tidak pernah difikirkan oleh orang lain sebelum ini.
Sumber: The Patriots

PROFESOR Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid bukanlah satu nama asing yang perlu diperkenalkan kerana hampir semua rakyat mengetahui jasa tokoh akademik ini kepada negara.
Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Ungku juga sangat sinonim dengan usahanya membantu orang Melayu terutama dalam membasmi kemiskinan.
Antaranya melontarkan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) pada 1963 dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) pada 1971.
Beliau juga ialah ahli ekonomi Melayu pertama dan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) tempatan yang pertama dan paling lama berkhidmat. Pak Ungku turut berjasa menubuhkan Pusat Asasi Sains dan Fakulti Islam di UM di samping Program Persediaan Khas Jepun yang berjaya melahirkan puluhan ribu siswazah bumiputera dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.