Lazimnya jika kita menonton sesebuah drama mahupun sesebuah
filem aksi, pelakon lagak ngeri yang bakal mengambil alih babak berlawan
mahupun sesuatu yang diluar kemampuan pelakon asal. Namun tahukah anda, 5
pelakon ini sememangnya berkebolehan dalam seni mempertahankan diri dan
kebanyakan babak berlawan adalah dilakonkan mereka sendiri. Hangat.com bawakan
hotlist 5 pelakon tersebut!
1. Eman Manan
Sebelum
munculnya nama – nama hebat seperti Norman Hakim, Zul Ariffin dan
ramai lagi, Eman Manan terlebih dahulu mencuri
tempat sebagai hero filem malaya sekitar 80 dan 90an. Disebalik perwatakannya
yang Macho, Eman sebenarnya mempunyai kemahiran seni
mempertahankan diri iaitu silat.
Pernah memberi kenyataan bahawa seperti tiada pelapis pelakon
yang berkebolehan, suatu masa dahulu boleh dikatakan filem aksi pasti akan
terlihat Eman memainkan peranannya.
2. Hairul Azreen
Bermula dari pelakon lagak ngeri, siapa sangka Hairul
Azreen berjaya menempa nama sebaris dengan pelakon lelaki popular
di Malaysia. Malah untuk pengetahuan anda, Hairul merupakan bekas atlet
taekwando negeri Selangor sebelum bergelar selebriti.
3. Datuk Adi Putra
Melihatkan seni mempertahankan dirinya dalam setiap filem aksi
seperti filem Tailong pasti membuatkan ramai kagum. Malah setiap langkahnya
begitu kemas melihatkan nama Datuk Adi Putra sebagai pelakon aksi yang
cukup dikenali ramai
4. Aaron Aziz
Siapa
sahaja tak kenal dengan Aaron Aziz yang sememangnya menjadi
hero pujaan gadis – gadis di Malaysia.
Kami di Hangat.com tidak pasti bahawa apakah
seni mempertahankan diri yang dipelajari oleh Aaron akan tetapi setiap aksi
yang dibawakannya pasti meninggalkan kesan pada para penonton.
5. Pablo Amirul
Beliau memulakan kerjaya lakonan
sebagai pelakon tambahan dan model sampingan hinggalah kearah kerjaya sebagai
pelagak ngeri pada 3 bulan pertama pembabitannya di dalam bidang lakonan.
Sehinggalah bakatnya disedari oleh Ahmad
Idham apabila diberi peluang berlakon sebagai pelakon pembantu
di dalam filem pertama beliau iaitu Anak Jantan.
sumber: hangat.com
0 comments:
Post a Comment