Thursday, November 30, 2017

ISTERI WAJIB BACA! HINDARI DOSA TERHADAP SUAMI




Sebagai seorang isteri, kita haruslah menjauhi dosa dosa terhadap seorang suami. Antara dosa- dosa yang sering kita lakukan ialah:
Mengabaikan kebaikan suami
“Diperlihatkan Neraka kepadaku dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, mereka kufur.” Para Shahabat bertanya: “Apakah disebabkan kufurnya mereka kepada Allah? Rasul menjawab: “(Tidak), mereka kufur kepada suaminya dan mereka kufur kepada kebaikan. Seandainya seorang suami dari kalian berbuat kebaikan kepada isterinya selama setahun, kemudian isterinya melihat sesuatu yang jelek pada diri suaminya, maka dia mengatakan, ‘Aku tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu sekalipun.’”
Tidak menghormati keluarga suami
Seorang suami harus berlaku lembut pada istrinya, namun demikian istri pun wajib bersikap lembut pada keluarga suami, terutama kedua orangtua suami. Jangan sampai istri memonopoli suaminya sehingga bahkan ibu dan bapaknya sendiri tak bisa mendapatkan hak mereka terhadap anak laki-lakinya.
Dalam sebuah hadits shahih, diriwayatkan bahwa Aisyah Ra bertanya kepada Rasulullah Saw, ”Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita?”
Rasulullah menjawab, “Suaminya” (apabila sudah menikah). Aisyah Ra bertanya lagi, ”Siapakah yang berhak terhadap seorang laki-laki?” Rasulullah menjawab, “Ibunya” (HR. Muslim)
Seorang sahabat, Jabir Ra menceritakan: Suatu hari datang seorang laki-laki kepada Rasulullah Saw, ia berkata, “Ya Rasulallah, saya memiliki harta dan anak, dan bagaimana jika bapak saya menginginkan (meminta) harta saya itu?
Rasulullah menjawab, “Kamu dan harta kamu adalah milik ayahmu”. (HR. Ibnu Majah dan At- Thabrani).
Keluar rumah tanpa izin suami
Termasuk berpergian jauh tanpa ditemani oleh mahramnya.
“Seorang wanita tidak boleh bepergian kecuali bersama mahram.”
Hadits di atas menyangkut semua bentuk safar. Wallahu a’lam. (Syarh Muslim: 9/103, dengan sedikit perubahan)
Menolak ajakan suami berhubungan
Rasulullah saw bersabda: “Apabila laki-laki mengajak istrinya ke tempat tidurnya kemudian ia menolak untuk datang lalu laki-laki itu tidur semalam dalam keadaan marah kepadanya, maka ia dilaknat oleh malaikat hingga subuh.” (HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim).
Berias bukan untuk suami
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu …” (QS. Al-Ahzaab: 33)
Mengungkit kebaikan dirinya terhadap suami
Tak sedikit istri yang mengungkit-ungkit kebaikan atau bahkan derajat dirinya di hadapan suaminya sehingga menyakiti dan merendahkan suaminya, hal ini merupakan perkara yang amat besar dosanya.
Abu Dzar radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Ada tiga kelompok manusia dimana Allah tidak akan berbicara dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan untuk mereka adzab yang pedih.”
Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakannya sebanyak tiga kali.” Lalu Abu Dzar bertanya, “Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual. ” [HR. Muslim]
Membangkang terhadap suami (nusyuz)
Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Nusyuz adalah meninggalkan perintah suami, menentangnya dan membencinya” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 4: 24).
“Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar” (QS. An Nisa’: 34).
Menggugat cerai tanpa alasan syari
“Wanita mana saja yang meminta kepada suaminya untuk dicerai tanpa kondisi mendesak maka haram baginya bau surga” (HR Abu Dawud no 2226, At-Turmudzi 1187).
Sumber: Ummi-online




PESANAN USTAZ AZHAR IDRUS KEPADA LELAKI YANG CURANG




Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini:
Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.
Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.
Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya.
Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.
Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.
Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu?
Suami : Tapi ustaz..
Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-anakmu.





Anda mahu didoakan 70 Ribu Malaikat Ketika Meninggal Dunia? Amalkan Surah Ini Setiap Malam…





Siapa yang tidak gembira jika ketika meninggal di doakan lebih kurang 70 ribu malaikat. Pasti orang yang seperti ini sangat beruntung sekali. Sebagai umat Muslim yang taat kita pasti bertanya-tanya amalan seperti apa hingga Malaikat Allah SWT melakukan demikian kepada kita manusia.
Pada kali ini kita akan mengetahui amalan tersebut ialah hanya dengan membaca surrah Al Qur’an yang sangat pendek dan ini termasuk ke dalam Juz ‘Amma. Baca lebih lanjut lagi.
Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. Pada suatu pagi Rasulullah SAW bersama dengan sahabatnya Anas bin Malik r.a. melihat suatu keanehan. Bagaimana tidak, matahari terlihat begitu redup dan kurang bercahaya seperti biasanya.
Tak lama kemudian Rasulullah SAW dihampiri oleh Malaikat Jibril.
Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril : “Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung?”
“Ya Rasulullah, Matahari ini nampak redup kerana terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalanginya.” jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW bertanya lagi : “Wahai Jibril, berapa jumlah Malaikat yang menghalangi matahari saat ini?”
“Ya Rasulullah, 70 ribu Malaikat.” jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW bertanya lagi : “Apa gerangan yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari?”
Kemudian Malaikat Jibril menjawab : “Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah mengutus 70 ribu Malaikat agar membacakan shalawat kepada salah satu umatmu.”
“Siapakah dia, wahai Jibril?” tanya Rasulullah SAW.
“Dialah Muawiyah…!!!”jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW bertanya lagi : “Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia meninggal mendapatkan kemuliaan yang sangat luar biasa ini?”
Malaikat Jibril menjawab : “Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surat Al-Ikhlas.”
Malaikat Jibril melanjutkan penuturannya : “Dari itulah Allah SWT mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan shalawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut.”
Allahuakbar, SubhanAllah sahabat, Allah Maha Besar bacalah sekali lagi hadis diatas sahabat begitu besar nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada seorang hamba-Nya jika menyempatkan diri untuk mengamalkan serta membaca Surrah Al Qur’an yaitu Al Ikhlas setiap hari. Dan Insya Allah akan didoakan oleh Malaikat Allah serta juga Insya Allah akan dimasukkan kedalam golongan-golongan orang-orang yang mendapat kemenangan pada hari akhirat nanti iaitu menjadi salah satu penghuni Syurga-Nya, Amiin.
Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :”Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur’an dalam semalam?” Mereka menjawab, “Bagaimana mungkin kami boleh membaca sepertiga Al-Qur’an?” Lalu Nabi SAW bersabda, “Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al-Qur’an.” (H.R. Muslim )
Demikianlah sahabat tentang amalan yang baik untuk dilakukan dalam kehidupan sehari-hari. Amalkanlah sahabat dimanapun para sahabat berada. Semoga bermanfaat bagi semua. Jazakumullah




Monday, November 27, 2017

7 Sebab Kenapa Anak Sulung Perempuan Menjadi Isteri Idaman, Kalau Ada Bakal Isteri Anak Sulung, Jangan Lepaskan!




Apa yang menariknya jika jadi anak sulung perempuan? menjadi anak sulung perempuan bukannya mudah. Walaupun bermacam cabaran dan dugaan sebagai anak sulung dengan masalah jantina nya sebagai perempuan, namun tetap mempunyai banyak kelebihan. Jangan peduli apa-apa orang nak kata kepada dirimu kerana kamu adalah seorang kakak yang baik untuk adik-adikmu. Sebagai bukti, kamu mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh anak bongsu, kerana anak sulung perempuan itu selalunya menjadi isteri idaman setiap lelaki.
Kamu seorang yang jujur.
Hal ini kerana kamu selalu berlaku jujur terhadap kedua ibubapa kamu, jadi jujur adalah sifat neutral yang kamu miliki. Inilah sebabnya kamu menjadi sebab kenapa dan sesuai menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana. Siapakah yang tak mahu seorang isteri yang jujur kan?
Kamu bersifat Optimis dan Berdikari.
Walaupun dilahirkan sebagai anak perempuan sulung, kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan berdikari. Kamu bukan sahaja dapat membela nasib kamu sendiri bahkan dapat membela nasib adik-adik kamu serta keluarga kamu sendiri. Sebab itulah kamu menjadi idaman lelaki.
Kamu Seorang Perempuan yang selalu melindungi adik-adik.
Perempuan itu diperlukan bukan sahaja untuk kecantikkan secara fisik sahaja, namun faktanya lebih gemar bersama lelaki yang kuat dan berdikari. Oleh kerana kamu anak sulung, kamu memiliki tanggungjawab untuk menjaga adik-beradik selain mampu menjaga diri sendiri sekaligus dalam mengurus hal ehwal adik – beradik.
Anak Perempuan Sulung Biasanya Pandai Memasak.
Sudah pasti kamu biasa memasak dan membuat kuih mueh untuk adik beradik atau orang tua kamu. Sifat ibu yang menjaga keluarga cenderung untuk dimiliki oleh kamu. Bukan sahaja kelebihan memasak,selari dengan sifat lembutnya juga membuatkannya menjadi isteri idaman pada amnya.
Kamu Pendengar Yang Baik.
Oleh sebab kamu sudah terbiasa mendengar celoteh-celoteh dari adik mu, maka jelas sekali bahawa kamu pendengar yang baik. Kamu juga mendengar keluhan kisah adikmu dan tidak jarang memberikan adik kamu untuk jalan keluar. Bukan sahaja pendengar yang baik, kamu juga dianggap isteri idaman kerana kemampuan kamu untuk mengendalikan segala situasi masalah.
Anak Sulung Perempuan Merupakan Calon Ibu Yang Baik.
Macammana tidak menjadi isteri idaman? Kamu kan sebagai anak sulung perempuan yang sudah terbiasa menjaga adikmu. Kamu selalu membantu ibumu membuat kerja0kerja rumah disaat ibumu menguruskan adik-adikmu yang lain. Apabila terbiasa dengan menjaga orang lain maka jelas kamu mempunyai peribadi yang bertanggungjawab.
Anak Sulung Perempuan Terkenal Dengan Kerajinannya.
Kamu selalu membantu ibubapa membersihkan rumah disaat ibubapa kamu keluar atau pergi berkebun debelakang rumah. Kamu melakukannya dengan ikhlas dan bersemangat kerana anak sulung perempuan juga adalah tumpuan keluarga. Ini membuktikan kamu seorang anak yang rajin yang tidak harus diperselekehkan.
Kepada anak perempuan yang sulung, kamu sangat beruntung dapat menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana! ini hanya sekadar coretan untuk anak sulung ye, anak tengah, anak bongsu pun ada kelebihan masing-masing.




8 saat, lesap tiga guni duit



DUA penjenayah tanpa senjata mengambil masa kurang lapan saat melarikan tiga guni wang dianggarkan berjumlah RM150,000 dari sebuah van keselamatan dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Taman Sri Serdang, Serdang, Selangor, 10.30 pagi tadi.
Sumber polis berkata, ketika kejadian empat pengawal keselamatan sedang bertugas untuk mengambil duit dari bank berkenaan.
Katanya, dua pengawal berada dalam bank bagi urusan pemindahan duit manakala dua lagi pengawal berada dalam van.
“Menerusi siasatan awal, terdapat dua pengawal berada dalam van iaitu satu di bahagian pemandu, manakala seorang lagi di belakang yang menjadi tempat simpanan guni duit itu.
“Rakaman CCTV di tempat kejadian menunjukkan dua penjenayah yang memakai topi keledar menghampiri van dan terus membuka pintu tepi van.
“Sebaik membuka pintu, penjenayah terus melarikan tiga guni beg duit kurang daripada lapan saat menggunakan sebuah motosikal Yamaha 125Z,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, polis sedang menyiasat kemungkinan terdapat unsur subahat dalam kalangan pengawal berikutan penjenayah membuka pintu van dengan mudah selain tiada senjata digunakan seolah-olah ia dirancang terlebih dulu.
Katanya, buat masa ini polis menahan keempat-empat pengawal bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.
“Lazimnya, van keselamatan hanya boleh dibuka menggunakan kunci keselamatan utama ataupun dibuka oleh orang yang berada di dalam van.
“Jadi, kita tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur subahat antara empat pengawal terbabit,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias mengesahkan kejadian dan memaklumkan pihaknya melakukan Op Tutup bagi mengesan dua penjenayah terbabit.




Awas! Inilah Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak. Nombor 7 Tu Paling Tak Sangka





Mungkin kita pernah dengar ada kawan-kawan yang tiba-tiba terkena masalah saraf dan tidak kurang juga yang meninggal dunia kerana darah beku pada otak. Yang mengejutkan mangsa yang kita kenali memang sihat tubuh badan dan tidak pernah mengadu sakit apa-apa.
Kerosakan otak boleh berlaku secara drastik disebabkan trauma semasa kemalangan sama ada perlanggaran pada bahagian otak yang kuat ataupun disebabkan oleh penyakit lain seperti tekanan darah tinggi.
Namun, sebenarnya aktiviti seharian kita juga boleh menyebabkan kerosakan otak jika dilakukan kerap dan dalam tempoh yang lama. Cuba perhatikan 10 tabiat ini adakah yang merupakan rutin dalam hidup kita?

1.Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2.Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3.Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4.Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5.Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6.Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7.Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8.Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9.Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10.Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa




12 Pantang Larang Orang Melayu Tentang Makanan



Orang Melayu sememangnya terkenal dengan adab dan pantang larang. Dalam setiap perbuatan pasti ada adab dan pantang larang seperti adab ketika bercakap, adab dengan ibu bapa dan bermacam lagi. Namun, untuk kali ini kita lihat dulu apakah adab dan pantang larang ketika makan.
Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1.     Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2.     Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3.     Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4.     Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5.     Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6.     Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7.     Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8.     Makan tidak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9.     Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10.         Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
11.         Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12.         Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13.         Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14.         Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.


             Ini pula beberapa adab dan tatatertib melibatkan makanan:

                     1.Tidak menolak makanan atau minuman yang di sediakan oleh tuan rumah ketika berkunjung ke rumahnya. Walaupun masih kenyang, jamahlah sedikit bagi mengelak tuan rumah berkecil hati.
                 2.Setelah makanan dihidang, pastikan orang yang lebih tua duduk terlebih dahulu dan diikuti oleh orang muda. Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.
                  3.Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan terlebih dahulu kerana tidak sopan membiarkan mereka makan sisa orang muda. Sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan terlebih dahulu. Namun, amalan ini tidak sesuai untuk tanam kemesraaan dan semangat kekeluargaan dikalangan anak-anak.
                    4.Ketika makan seeloknya ambil makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai atau minta bantuan orang lain yang berdekatan jika kita hendak makanan itu.
                    5.Ketika menghulur atau menyambut makanan sebaiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah gunakan tangan kiri. Seeloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.
                  6.Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.
                     7.Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.
.                        8.Jangan bercakap-cakap ketika makan, lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan. Jika perlu bercakap, pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera orang lain.
                  9.Jangan makan berbunyi atau kunyah makanan dengan kuat, ia akan menggangu keselesaan orang lain.
                 10.Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkahak atau berludah.
.                 11.Kemas meja makan setelah semua orang selesai makan. Tidak sopan mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan, jika dilakukan seolah-olah menyindirnya supaya berhenti makan.
         12.Jangan berkunjung ke rumah orang pada waktu makan atau ketika maghrib. Ia akan mengganggu tuan rumah yang mungkin masak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu solat paling singkat dan kedatangan tetamu akan menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Seeloknya datang selepas waktu Solat Isyak.
        larang ini wujud bukan sahaja sebagai pengajaran, malah bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang tidak sopan. Pantang larang yang baik ini diharap dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang. Biar beradab, jangan biadab!
   Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa




Wednesday, November 22, 2017

39 jenis lelaki ini yang tidak patut dijadikan SUAMI berdasarkan KISAH BENAR !!




Mungkin ada telah menjumpai lelaki yang mempunyai banyak ciri-ciri yang anda idamkan seperti kacak dan berpelajaran tinggi, namun ada beberapa perkara atau ciri yang anda perlu juga bertimbangkan.
Setiap orang ada baik dan buruk, namun apakah keburukan pada lelaki yang harus dielakkan?
Dan jika anda seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri ini, bersedialah untuk mengubah tingkahlaku anda untuk menjadi suami orang jika tidak mahu dibenci atau tidak disukai keluarga mertua.
Kes 1
Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama
Kes 2
Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
Kes 3
Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
Kes 4
Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.
Kes 5
Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
Kes 6
Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
Kes 7
Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
Kes 8
Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
Kes 9
Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
Kes 10
Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
Kes 11
Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.
Kes 12
Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya… Rupa-rupanya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
Kes 13
Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
Kes 14
Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
Kes 15
Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak-anak keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.
Kes 16
Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..
Kes 17
Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung..
Kes 18
Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak baru.
Kes 19
Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
Kes 20
Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
Kes 21
Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.
Kes 22
Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. Lepas tu kalau ada nombor yang mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
Kes 23
Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’ .
Kes 24
Sewaktu bercinta memang saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
Kes 25
Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
Kes 26
3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ‘serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan-kawan.
Kes 27
Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
Kes 28
Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
Kes 29
Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.
Kes 30
Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
Kes 31
Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.
Kes 32
Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
Kes 33
Kami memang miskin. Saya buat macam-macam benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
Kes 34
Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” (love bite) perempuan lain di badannya.
Kes 35
Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
Kes 36
Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda… sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
Kes 37
Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
Kes 38
Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…
Kes 39
Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
“Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu, kamilah hamba yang mengharap belas darimu. Ya Allah jadikan lah kami hamba-hambamu yang bertaqwa, ampunkan dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki arasy yang agung.”
Sumber: Hairul Nizam Ijam via BlogMazeer

Posted in: Kisah Benar