Orang Melayu sememangnya
terkenal dengan adab dan pantang larang. Dalam setiap perbuatan pasti ada adab
dan pantang larang seperti adab ketika bercakap, adab dengan ibu bapa dan
bermacam lagi. Namun, untuk kali ini kita lihat dulu apakah adab dan pantang
larang ketika makan.
Berikut adalah beberapa pantang larang yang
berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa
bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir
sumbing.
8. Makan tidak basuh pinggan nanti lambat dapat
menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10.
Makan pinggan bertindih nanti
beristeri dua.
11.
Makan sambil berjalan akan dapat
penyakit perut.
12.
Makan buah berangan songsang, nanti
lambat dapat jodoh.
13.
Makan nasi di senduk nanti payah
dapat rezeki.
14.
Tidur selepas makan nanti perut jadi
buncit.
Ini pula beberapa adab dan
tatatertib melibatkan makanan:
1.Tidak menolak makanan atau minuman yang di sediakan oleh tuan
rumah ketika berkunjung ke rumahnya. Walaupun masih kenyang, jamahlah sedikit
bagi mengelak tuan rumah berkecil hati.
2.Setelah makanan dihidang, pastikan orang yang lebih tua duduk
terlebih dahulu dan diikuti oleh orang muda. Anak gadis pula dikehendaki
menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.
3.Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan terlebih dahulu
kerana tidak sopan membiarkan mereka makan sisa orang muda. Sesetengah orang
membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih
tua atau orang tua makan terlebih dahulu. Namun, amalan ini tidak sesuai untuk
tanam kemesraaan dan semangat kekeluargaan dikalangan anak-anak.
4.Ketika makan seeloknya ambil makanan yang berhampiran dengan
kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai atau minta bantuan orang
lain yang berdekatan jika kita hendak makanan itu.
5.Ketika menghulur atau menyambut makanan sebaiknya gunakan
tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah gunakan tangan kiri.
Seeloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang
sebelah lagi.
6.Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya
sudu atau senduk tidak kotor.
7.Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi
ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran
antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.
.
8.Jangan bercakap-cakap ketika makan, lebih-lebih lagi jika
mulut penuh dengan makanan. Jika perlu bercakap, pastikan tidak menimbulkan
perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera orang lain.
9.Jangan makan berbunyi atau kunyah makanan dengan kuat, ia akan
menggangu keselesaan orang lain.
10.Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus,
berkahak atau berludah.
. 11.Kemas meja makan setelah semua orang selesai makan. Tidak
sopan mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan, jika dilakukan
seolah-olah menyindirnya supaya berhenti makan.
12.Jangan berkunjung ke rumah orang pada waktu makan atau ketika
maghrib. Ia akan mengganggu tuan rumah yang mungkin masak makanan cukup untuk
keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu solat paling singkat dan
kedatangan tetamu akan menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan
tetamu keseorangan. Seeloknya datang selepas waktu Solat Isyak.
larang ini wujud bukan sahaja sebagai pengajaran, malah
bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang
tidak sopan. Pantang larang yang baik ini diharap dapat dikekalkan hingga ke
generasi yang akan datang. Biar beradab, jangan biadab!
Sudah
Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa
0 comments:
Post a Comment