Mungkin ada telah menjumpai lelaki yang mempunyai banyak ciri-ciri yang
anda idamkan seperti kacak dan berpelajaran tinggi, namun ada beberapa perkara
atau ciri yang anda perlu juga bertimbangkan.
Setiap orang ada baik dan buruk, namun apakah keburukan pada lelaki yang
harus dielakkan?
Dan jika anda seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri ini, bersedialah
untuk mengubah tingkahlaku anda untuk menjadi suami orang jika tidak mahu
dibenci atau tidak disukai keluarga mertua.
Kes 1
Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk
keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik
macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya
soal agama
Kes 2
Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas
akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas
kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai
subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
Kes 3
Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di
Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila
saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya
baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari
balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia
tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
Kes 4
Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.
Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu
saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.
Kes 5
Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum
pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan
penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
Kes 6
Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga.
Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
Kes 7
Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang
nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks
tiap2 malam dan suka liwat saya.
Kes 8
Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti
dia mengancam mahu cari perempuan lain.
Kes 9
Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak
mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan
gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
Kes 10
Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya
lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
Kes 11
Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila
asyik bercinta dengan “maknyah”.
Kes 12
Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam
saya… Rupa-rupanya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana
menuruti kehendak emaknya.
Kes 13
Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja
dilahirkan dahulu.
Kes 14
Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak
99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia
terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
Kes 15
Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia
suruh saya masak macam biasa. Anak-anak keliru melihat gelagat bapa mereka.
Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.
Kes 16
Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk
saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu
masih terus diungkit setiapkali bergaduh..
Kes 17
Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu
dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung..
Kes 18
Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja
bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan
teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak
pandai2lah saya balik rumah dengan anak baru.
Kes 19
Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak
kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
Kes 20
Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami
sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar.
Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara
anak2.
Kes 21
Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde
duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat.
Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.
Kes 22
Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak
di dalam mangkuk buat cabutan. Lepas tu kalau ada nombor yang mengena, 2-3 hari
tak keluar bawak teksi.
Kes 23
Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh,
lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’ .
Kes 24
Sewaktu bercinta memang saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji
nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang
datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
Kes 25
Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain
dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di
merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
Kes 26
3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya
tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ‘serkup’
waktu tengah tarik ganja dengan kawan-kawan.
Kes 27
Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
Kes 28
Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya
tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah.
Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
Kes 29
Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2
cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila
dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara
dia di dalam penjara.
Kes 30
Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan.
Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang
perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri.
Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
Kes 31
Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja
sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak
sara anak2.
Kes 32
Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si
madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
Kes 33
Kami memang miskin. Saya buat macam-macam benda untuk tambah pendapatan.
Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju
kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja
tidur atau melangut di kedai kopi.
Kes 34
Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya
dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami
sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” (love bite)
perempuan lain di badannya.
Kes 35
Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar.
Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen,
dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri
minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital
wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
Kes 36
Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami
terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda…
sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri
terkial-kial menguruskan anak.
Kes 37
Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana
mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya
perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak
pernah buat.
Kes 38
Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana
mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat
pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli
lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal.
Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…
Kes 39
Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu
‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami
hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali.
Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki
perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
“Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup
keNerakamu, kamilah hamba yang mengharap belas darimu. Ya Allah jadikan lah
kami hamba-hambamu yang bertaqwa, ampunkan dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa
kami, dosa semua umat-umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia, Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepadaNYA aku
bertawakkal dan Allah lah yang memiliki arasy yang agung.”
Sumber: Hairul Nizam Ijam via BlogMazeer
Posted in: Kisah Benar
0 comments:
Post a Comment