Selalu kita mendengar ada sesetengah lelaki bergelar suami
selalu mengadu isteri mereka sudah tidak cantik seperti dulu. Siap membanding
bezakan isteri sendiri dengan isteri orang lain yang juga sudah mempunyai ramai
anak, tetapi masih mampu menjaga penampilan diri.
Itu biasa.
Yang tak biasa, bila isteri mengadu tentang suami yang sudah tidak seperti
dulu, boroi, mulut berbau, kepala mulai botak tengah etc.
Jarang dengar
isteri berkata-kata demikian, tetapi jika suami confessor ini terbaca luahan
isterinya ini? Pasti menangis dan berat rasa hati nak menerima hakikat luahan
isterinya yang sudah lama terpendam itu.
ADMIN dan
semua pembaca Kisah Rumah Tangga (KRT). Saya nak luahkan perasaan dan stress
saya tentang suami saya ini.
Masa
mula-mula berkahwin, suami saya ini punyalah handsome ‘gile’. Bibir merah,
badan sado, sedap mata memandang sehingga saya bangga bila keluar dengan dia
walaupun saya adakalanya cemburu juga bila ada perempuan lain yang
memandang-mandang dia.
Tetapi
selepas lapan tahun berkahwin (lapan tahun ye, bukan 15 tahun) dan dikurniakan
empat orang anak, suami saya dah jadi macam orang hutan saja. Dengan perutnya
sudah boroi, kepalanya sudah mula botak, sudahlah dahi dia luas seperti padang
golf, mulut pula berbau busuk, nak cium pun geli wei!
Bila saya
tengok suami jiran walaupun anak mereka dah lima dan kahwin pun dah 20 tahun,
tetapi masih kelihatan handsome. Bila dia keluar dengan anak dia, dah macam
adik beradik pula saya tengok.
Bukannya
seperti suami saya yang serabai gile tak reti nak bergaya langsung. Nak keluar
dengan dia pun saya malu. Nak bawa pergi kenal-kenal dengan kawan sekolah pun
saya tak sanggup.
Nak ‘bersama’
dengan suami, saya terpaksa bayangkan muka suami seperti suami jiran saya, baru
saya boleh teransang pada suami sendiri. Kalau saya tak bayangkan begitu, saya
cuma nampak babi saja di atas perut saya.
Boleh semua
makcik-makcik bawang dan pakcik-pakcik halia beri pandangan? Saya sudah puas
menasihatkan suami saya ini, tetapi diabuat tak peduli saja.
Apa perasaan
anda wahai lelaki kalau ada isteri yang mengadu di page KRT seperti masalah
saya ini? Sentap tak? Pengajarannya, susah nak jumpa seorang isteri yang
menghina atau mengadu tentang bentuk fizikal suaminya. Jadi para suami ingat,
jangan nak menghina isteri.
Sekian dari
saya.
Sumber:
BlogMazeer
0 comments:
Post a Comment