Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar
Idrus ini:
Suami : Ustaz,
perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.
Ustaz : Perempuan simpanan kamu
pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan
tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya
kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.
Suami : Ustaz,
perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa
untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya.
Ustaz : Perempuan simpanan kamu
tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu,
hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding
dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi
untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah
tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.
Suami : Isteri
saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa
memujuk saya.
Ustaz : Isteri kamu sudah puas
memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak
mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri
kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu
masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan
simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu?
Suami : Tapi
ustaz..
Ustaz : Beginilah, jika isteri
kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia
terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu
fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang
hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu, dia juga
boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi
itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang
tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri
sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu
kerana dia adalah ibu kepada anak-anakmu.
0 comments:
Post a Comment