Di sebalik sifat tough dan dingin lelaki, dalam hati mereka sebenarnya
ada taman. Taman bunga, rama-rama. Taman buaya pun ada.
Lelaki selalu kalah dengan orang yang dicintainya. Sekali orang
yang dicintai kenyitkan mata, terus lemah-longlai kaki mereka.
Terkena panah arjuna katanya.
Seorang isteri memang perlu selalu memikat suaminya.
Lelaki menunjukkan sayangnya dengan mengambil berat, risaukan
anda. Tetapi mereka amat sukar meluahkan kata-kata.
Bimbang cintanya kian pudar? Cuba 21 cara ini untuk memikat
suami dan keluarkan taman di hatinya.
1, “Abang, kenapa tak pergi klinik lagi? Kan demam”.
Bukan anda sahaja yang perlu dimanjakan. Tetapi suami anda juga.
Orang lelaki selalunya lemah badan apabila sakit dan demam. Bawanya ke klinik,
jaga ubatnya, lap dahinya yang panas. Dia tidak meminta, tetapi
mengharapkannya. Inilah masanya anda hendak jadi misi pujaan hati suami.
2. Lembut
Cuba berbual lemah-lembut dengan suami anda. Tambahkan dengan
senyuman anda yang manis. Jika ingin dia membantu anda, jangan lupa puji
usahanya. Panggil dia dengan panggilan mesra seperti abang, sayang, my
superhero. Pasti laju dia datang bila dipanggil nanti.
3. Comel
Semua suami pasti suka melihat isterinya cantik. Tetapi, kerja
rumah yang banyak buatkan anda tidak sempat bergaya juga. Cara mudah menjadi
comel adalah dengan memotong rambut ikut gaya kesukaannya. Jika suka pakai
seluar track, apa kata cuba gaya sporty. Tukar-tukar gaya di rumah agar nampak
segar sentiasa.
4. Makan bola, tidur bola, minum pun bola
Orang lelaki sangat sinonim dengan kopi dan bola. Beri dia masa
untuk keluar minum dengan kawan-kawannya. Biarkan dia conquer remote control tv
pada hari perlawanan. Dan, jangan lupa belajar buat kopi yang sedap juga.
Barulah dia teringatkan anda waktu minum di luar nanti. Yang suami pula jangan
lebihkan kawan atau bola pula sampai tak mahu layan anak bini.
5. Percaya
Pertanyaan Awak kat mana, awak kat mana memang comel didengar.
Tetapi kalau berulang-ulang kali agak memeningkan juga. Kadangkala suami anda
tidak dapat menjawab panggilan anda dengan mesra. Dia mungkin bersama boss jadi
kenalah macho juga. Hantar sms kata rindu dan dia pasti akan telefon bila sudah
lapang nanti.
6. Ibumu, ibuku jua
Pernah dengar tak nak pikat anak, pikat ibunya dahulu? Tunjukkan
bahawa anda menjaga anak dan cucu-cucunya dengan baik. Sayanginya seperti ibu
anda sendiri. Tawan hati ahli keluarga lain dengan ringan tulang sewaktu
kenduri. Korek cerita lama sewaktu dia membesar dan ketawa bersama mereka.
7. Masak
Orang kata pikat suami dengan perutnya kan? Memang betul. Cuba
belajar masakan kegemarannya. Tanyakan resipi atau belajar terus dari ibunya.
Sudah pasti cubaan kali pertama hingga ke lapan tidaklah begitu menjadi.
Percayalah anda ada banyak masa untuk mencuba. Bila si dia kata Ok lulus
maknanya anda telah berjaya!
8. Sambut
Buka pintu dan beri senyuman manis sewaktu suami pulang ke rumah.
Jika tidak sempat kerana menjaga bayi atau sedang memasak, tegurnya dengan
mesra sebaik anda bertemu. Anda boleh siap sejukkan secawan jus oren untuknya
juga. Dia memahami anda sedang sibuk tapi sangat menghargai sambutan kecil
begini.
9. Hadiah
Sekali-sekala, cuba belanja makan sewaktu anda keluar. Atau isi
penuh minyak keretanya. Hadiahkan sesuatu yang anda mampu dan dia menyukainya.
Beritahu dia itu adalah hadiah kerana dia selalu membantu dan menyayangi anda
tanpa syarat. Dia pasti akan rasa sangat dihargai.
10. Teman
Menjadi penumpang dalam perjalanan jauh memang buat kita
mengantuk kan. Cuba bertahan dan temaninya berbual. Waktu inilah cerita-cerita
tergendala dapat dibincangkan. Urut lembut bahunya. Siapkan bekalan kopi dan
stok lagu-lagu kegemarannya. Anda boleh karaoke juga jika dia sudi mendengar.
11. Dengar
Orang lelaki biasanya kurang bercakap daripada wanita. Jika dia
selesa bercerita dengan anda, itu tandanya dia percayakan anda. Dengar dengan
teliti ceritanya. Angguk walaupun anda tidak faham cerita gajet atau konflik
pasukan bolanya. Jangan punahkan impiannya hendak membeli superbike. Sokong
minatnya.
12. Anak-anak
Membesarkan anak-anak adakalanya sangat meletihkan. Seorang ibu
biasanya lebih teliti dan menggalas lebih banyak tanggungjawab. Menjaga anak
kecil, ajar buat homework dan mengaji. Lakukan semuanya dengan ikhlas dan tidak
merungut. Suami anda pasti menghargai penat-lelah anda menjaga permata hatinya.
13. Terus-terang
Ada harinya, anda akan menjadi moody tanpa sebab. Anda hanya
ingin makan coklat, aiskrim dan berehat sepanjang hari. Beritahu dia dengan
jelas anda ok cuma perlu bersendirian sahaja. Jangan paksa diri membuat semua
kerja dalam keadaan terpaksa. Dia pasti lega mengetahuinya malah boleh tolong
jagakan anak-anak juga.
14. Kemas
Walaupun sibuk, cuba kemas rumah anda secara berkala. Baju yang
berlipat, lantai yang bersih membuatkan hati menjadi tenang. Sediakan bekas
untuk kemas mainan anak dengan segera. Deko rumah anda dengan bertanyakan
pendapatnya dahulu. Anda mungkin suka pink tapi bukan dia. Pilih bersama-sama
agar keduanya selesa.
15. Hati perempuan memang mudah merajuk
Walaupun anda merajuk, jangan lupa salam dan cium tangannya
sebelum berpisah. Dengan bersalam, ia melunturkan ego dan rasa marah. Ia
membuatkan dia mengasihani anda juga. Tidak salah beralah dan meminta maaf
untuk meredakan suasana. Merajuk sekali-sekala memang comel, tapi jangan susah
dipujuk pula.
16. Berdikari
Anda mungkin seorang yang sangat manja dengannya. Tetapi ketika
dia tiada, anda memandu sendiri, pergi bekerja dan menguruskan anak-anak
sendirian. Wanita yang bijak membawa diri dan matang sangat istimewa di mata
lelaki. Dia jatuh cinta kepada anda kerana anda tetap menjaga diri dan keluarga
sewaktu dia tiada.
17. “Abang, ada lori hantar sofa baru dekat rumah sebelah tau!”
Jangan Suka Membanding!
Melihat kehidupan orang lain kadang-kadang buat kita cemburu
juga. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Sepertimana pintu
rumah masing-masing berbeza, begitu juga rasa bahagia anda. Ucap terima kasih
untuk semua yang suami anda sediakan. Bersyukur dia setia temani dan menjaga
anda selama ini. Lelaki paling pantang bila pasangannya puji lelaki lain,
walaupun lelaki itu artis.
18. Shopping
Orang lelaki agak jarang membeli-belah kerana pakaian dan alatannya
tahan lasak. Bila tiba masanya, temani dia memilih barangnya. Tunggu di fitting
room, beri pendapat. Sewaktu berjalan, genggam erat tangannya. Jika anak-anak
berlari, kejar bersama-sama sambil berpimpin tangan. Itu pun dikira romantik
juga.
19. Facebook
Memiliki akaun media sosial seperti menjadi satu kewajipan pada
hari ini. Cuba bataskan perkongsian anda di sana. Kongsi gambar sekadar untuk
tatapan keluarga dan kenalan yang lama tidak bersua. Elakkan status hal
personal yang emosi. Menjaga batasan di sana bererti anda menjaga nama baik
suami juga.
20. Romantis
Sikap romantis biasanya memanjangkan usia perhubungan. Dia
mungkin suka anda temaninya makan sambil merenung dia, atau tonton tv berdua.
Sekali-sekala, cuba buat sesuatu yang manjakan dia seperti potongkan kuku atau
urut kakinya yang letih. Romantis bermakna ia mungkin perkara kecil, tetapi dia
terharu dengannya.
21. Solehah
Menjadi isteri bermakna anda akan mengejutkannya untuk solat
Subuh. Mendidik anak-anaknya, antara tiket dia ke syurga. Setia menjadi
makmumnya. Anda boleh berusaha mengurat dia, tapi jangan lupa berdoa juga. Anda
doakan kesejahteraannya, dan semoga kedamaian juga yang anda perolehi dari
ikatan ini.
Sebenarnya agak mudah juga untuk memikat hati seorang suami.
Lelaki biasanya sukakan wanita yang manis, lembut dan memberi perhatian. Anda
cuma perlu menjadi sedikit kreatif dan rajin mencuba.
Kadang-kadang, mengetahui dia akan kembali ke pangkuan anda
setiap hari, membuatkan anda terlupakannya. Dia mungkin ada di sana, tetapi merasa
terasing dan jauh. Anda rasa dia kuat, tetapi ingat superhero pun perlukan
girlfriend juga.
Kembalikan saat anda bercinta dahulu. Jadi diri anda yang
dahulu, yang sangat dirinduinya.
Jangan lupa pikat hatinya setiap hari!
Sumber : tazkirah.net