Kecantikan wajah bukan
saja dilihat dari segi kulit wajah yang sekata dan bersih, tetapi juga bentuk
muka yang kena dengan saiz badan juga turut dititikberatkan. Ramai wanita tidak
mengiru usia tidak dapat lari dari masalah dagu berlapis.
Dagu berlapis atau double
chin adalah keadaan di mana lemak berkumpul di bahagian dagu. Ia boleh terjadi
pada semua golongan tanpa mengenal usia. Ada pelbagai punca yang menyebabkan
keadaan ini. Antaranya ialah:
1. Kegemukan.
2. Peningkatan usia
3. Tabiat buruk termasuk kedudukan posture yang tidak betul dan cara pengendalian gadget yang salah.
2. Peningkatan usia
3. Tabiat buruk termasuk kedudukan posture yang tidak betul dan cara pengendalian gadget yang salah.
Tidak semua orang yg gemuk
mempunyai dagu berlapis. Tetapi biasanya mereka yang berjaya menurunkan berat
badan akan mengalami masalah ini apabila telah kurus. Kulit di bahagian dagu akan
mengelebih memberi efek berlapis di bawah dagu.
Sebaliknya,peningkatan usia
merendahkan kadar metabolisme membuatkan kita mudah menjadi gemuk. Lebihan
lemak akan berkumpul di bawah dagu dan di rahang akibat kulit yang kurang
elastik dan kesan graviti.
Tetapi yang lebih penting dan
boleh di elakkan adalah tabiat buruk kita sendiri. Tabiat buruk termasuklah
mengabaikan kedudukan posture badan seperti membongkok, sering omemandang ke
arah bawah dan sebagainya.
Satu masalah di zaman moden
ini ialah penggunaan gadget. Ia seringkali menimbulkan masalah dagu berlapis.
Penggunaan smartphone, tablet dan laptop yang terlalu lama dengan kedudukan
yang salah sudah cukup syarat kenapa dagu menjadi berlapis.
Jika dulu fenomena ini biasa
terjadi pada golongan berusia kini kita dengan mudah akan dapati golongan muda
di antara umur 18-39 tahun mengalaminya.
Tabiat lain yang di kenal
pasti adalah cara tidur seseorang. Tidur terlentang dengan menggunakan satu
bantal di kepala adalah salah satu lagi punca kepada masalah ini.
Setelah dikenalpasti punca2
dari tabiat kita sendirilah yang menyebabkan kita kelihatan kurang menarik dan
hilang keyakinan diri. Jadi, haruslah kita berusaha mengubahnya dan sentiasa
beringat akan kesan yang menanti akibat dari tabiat kita tadi.
Di bawah adalah cara yang
berkesan untuk menghilangkan masalah dagu berlapis:
1. Elakkan tidur pada waktu
siang
Amalan tidur siang membuatkan
wajah menjadi sembap dan lesu. Wajah yang ‘membengkak’ ini membuatkan anda
kelihatan berisi. Dagu juga menjadi berlapis jika anda sering tidur siang.
2. Urutan wajah
Lakukan urutan wajah setiap
hari. Untuk mengatasi lebihan isi di bawah dagu, dongakkan kepala. Kemudian
secara perlahan-lahan, lakukan urutan di bawah dagu. Urutan dilakukan dari
leher menghala ke dagu. Teknik urutan yang betul melancarkan perjalanan darah
dan wajah menjadi bujur, sekali gus mengatasi dagu berlapis.
3. Jaga pemakanan
Amalkan pemakanan yang
seimbang, elakkan makanan berlemak. Ini membuatkan berat badan anda naik.
Bentuk wajah juga akan terkesan jika anda mengalami penambahan berat badan.
Rata-rata wanita yang bertubuh gempal mempunyai dagu berlapis.
4. Masker putih telur
Dagu berlapis berlaku kerana
lebihan lemak dan kulit yang kendur. Jadi bagi menganjalkan kembali kulit di
bahagian ini, oles wajah dengan masker putih telur yang dicampurkan dengan
perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu dua kali, kulit di bahagian dagu akan
menjadi tegang dan halus.
5. Senaman wajah
Buka mulut anda
seluas-luasnya kemudian tutup, lakukan gerakan ini beberapa kali. Selain itu,
anda juga boleh mengunyah gula-gula getah, membuatkan wajah ‘bersenam’.
Pergerakan ini membantu memecahkan lemak pada wajah termasuk di bawah dagu.
6. Ketawa
Ketika kita ketawa dan
berbicara, otot wajah ‘bekerja’ kuat. Pergerakan ini juga membuatkan wajah
tampak awet muda dan mengurangkan lemak di bawah dagu. Jadi, rajin-rajinlah
ketawa dan berbicara jika mahu dagu anda runcing.
Sumber: Petua Ibu
0 comments:
Post a Comment