Kehidupan kita
sehari-hari jauh lebih banyak berada di ruang hawa dingin, hal ini menyebabkan
kulit kita lama kelamaan akan kekurangan air. Udara kotor di luar juga
menyebabkan kulit kering, mengelupas dan berkedut. Namun sebenarnya hanya dengan
cuci muka dengan air ini saja, anda dapat menyelesaikan masalah kulit ini. Kami
berikan tipnya hari ini!
1.Garam
dapur
Dengan menambah sedikit garam
dapur ke dalam air, berguna untuk membunuh kuman dan membersihkan lebihan lemak
di kulit sehingga dapat mencegah penuaan awal. Anda boleh menggunakannya untuk
mencuci muka. Mungkin pada mulanya akan terasa seperti tidak tercuci bersih,
tetapi sebenarnya itu adalah minyak yang keluar dari liang-liang wajah. Hanya
dalam masa satu minggu anda akan merasakan perbezaan warna kulit anda!
2.Madu
Madu mengandungi sejumlah
besar asid amino, hormon, vitamin dan gula yang diserap tubuh. Kandungan ini
berguna untuk melembapkan kulit dan membunuh kuman. Bagi anda yang berkulit
kering, cukup tambah 2-3 titis madu ke dalam air pencuci muka, kemudian tepuk
perlahan di wajah dan urut selama beberapa minit. Ini dapat mengembalikan kulit
indah anda! Air madu juga ternyata dapat mencegah penuaan dan menghilangkan
kedutan wajah!
3.Cuka
Mencuci wajah dengan air yang
ditambah sedikit cuka ternyata juga boleh membuat wajah lebih lembut dan
bersinar serta mengurangkan kedutan. Cuka boleh mengubah tahap pH kulit,
melembutkan kulit muka, meningkatkan kelembapan serta menambah nutrisi kulit.
Apabila anda mencuci wajah
malam hari, campurkan 1 sudu teh cuka bersama 3 sudu makan air dan gunakan
kapas untuk meratakannya di seluruh wajah.Tepuklah dengan perlahan kemudian
cuci dengan air.
4. Teh hijau
Percubaan di Jepun
membuktikan teh dapat mencegah penuaan 18 kali lebih hebat dari pada vitamin E
serta berkesan untuk menghilangkan kedutan.
Setelah anda mencuci bersih
wajah, sapukan sedikit teh hijau pada wajah dan tepuk perlahan dengan jari.
Atau anda boleh tuang teh ke atas kapas dan sapu di atas muka 2 – 3 minit
kemudian cuci bersih dengan air.
Selamat mencuba dan Semoga
bermanfaat ya!Jika anda rasa maklumat diatas turut berguna kepada mereka yang
memerlukannya, sila bantu kami menyebarkannya dengan klik pada simbol g+1
dibawah atau sebarkan dilaman-laman sosial milik anda. Sekian, terima kasih.
Sumber : Petuaibu
0 comments:
Post a Comment