GAMBAR DI ATAS SEKADAR
HIASAN
Seiring dengan
teknologi perubatan kini yang semakin berkembang mengikut arus permodenan,
industri perubatan telah menemui banyak solusi untuk mengembalikan penglihatan
bagi induvidu yang rabun. Ini termasuklah rawatan surgeri laser seperti LASIK
dan PRK yang ternyata berkesan dan hanya mengambil masa yang singkat bahkan
tidak menyakitkan.
Walau bagaimanapun,
tidak semuanya mampu menjalani rawatan surgeri laser ini kerana kosnya adalah
tinggi memakan lebih RM3000 hingga RM7000.
Oleh itu, sebagai orang
yang beragama, kita perlu yakin bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Kalau
tidak, takkanlah orang dulu-dulu boleh sembuh meskipun tiada teknologi moden
kan?
Seperti yang
dibincangkan dalam rancangan popular The Dr. Oz Show, ini Wanista kongsikan
tiga cara untuk memulih di samping meningkatkan penglihatan dengan cara semula
jadi. Orang yang tidak rabun pun boleh menggunakan cara-cara ini untuk
mengekalkan kesihatan mata mereka!
#1 Makan Untuk Penglihatan Yang Jelas
Pelihara mata anda
melalui pemakanan! Mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan
baik.
Vitamin A,C, E dan
mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata.
Makan banyak sayur
berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning, labu, ubi keledek dan lobak
merah kerana ia mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak keterjejasan
yang disebabkan matahari. Tahukah anda bahawa kajian mendapati mengambil
sayuran warna kuning dan hijau dapat mengelak sebarang penyakit yang boleh
sebabkan mata buta.
Bawang putih, bawang
besar dan bawang merah pula mengandungi kandungan sulfur yang akan memelihara
pembentukan katarak pada mata.
Beri biru, anggur
secara tidak langsung mampu pulihkan penglihatan.
DHA iaitu sejenis asid
lemak yang ditemui dalam ikan air sejuk seperti salmon, sardin, makerel dan kod
pula bisa menyokong sel untuk menyumbang kesihatan pada mata.
#2 Lakukan Senaman Mata
Senaman mata ringkas
ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan penglihatan optimal. Lakukan senaman
mata sejurus bangun tidur, sebelum tidur atau pada bila-bila masa ketika mata
anda letih.
Tetapi pastikan jari
anda bersih kerana mata mudah terkena jangkitan kuman. Lakukan setiap hari anda
pasti dapat lihat kesannya dalam masa satu bulan!
Gosokkan tapak tangan
anda untuk menghasilkan haba panas. Tekap tapak tangan pada kedua belah mata
sambil mata ditutup selama 5 saat. Ulang sebanyak 3 kali.
Pusingkan bebola mata
anda. Mulakan dengan mata pandang ke atas dan dengan perlahan putarkan ia
sebanyak 10 kali mengikut arah jam.
Pegang pen pada aras
bahu di hadapan anda. Fokuskan pandangan mata pada pen tersebut dan
perlahan-lahan dekatkan pen sehingga ke bahagian batang hidung anda dan
jarakkannya kembali ke posisi asal. Dekat dan jauhkan pen sebanyak 10 kali.
Urut penjuru dahi.
Gunakan tulang sambungan ibu jari anda, tekan lembut penjuru dahi dan urut
dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali lagi untuk
arah sebaliknya. Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan di
kedua belah penjuru sisi hidung.
Bersandar, pejam mata,
relaks dan rehat selama 3 minit.
#3 Peruntukan Waktu Rehat Mata
Dapatkan tidur yang
cukup. Tidur akan membiarkan mata berehat sepenuhnya, membaiki dan memulih
secara semula jadi kondisinya. Tidur yang tidak cukup hanya akan melemahkan
penglihatan. Jadi, sila tidur 8 jam setiap malam.
Lebih-lebih lagi buat
individu yang kerjanya perlu menghadap komputer setiap hari, sila cari
sekurang-kurangnya 1 jam untuk alihkan pandangan mata anda ke tempat lain.
Rehatkan penglihatan anda. Jika mata anda terlalu penat, berasa perit dan tidak
selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata. Ia akan memberi
sensasi kesejukan buat mata seterusnya melegakan kepenatannya.
Selamat mencuba!
SUMBER dari Dr. Mao
Shing Ni seperti ditonton dalam siri The Dr. Oz Show
Via CiteHeboh / bibirbergetar
0 comments:
Post a Comment