Misai yang dimiliki oleh kucing
pernah diberi jolokan deria ke-enam kucing. Misai ini adalah sangat sensitif
sehinggakan jika ia digerakkan hanya 1/2000 daripada lebar rambut manusia, ia
akan menghantar isyarat kepada otak kucing. Dari segi anatomi, misai kucing ini
dipanggil tactile vibrissae.
Misai yang bertindak sebagai sensor
sentuhan ini digunakan untuk mengendap buruan, mengukur dan memberi amaran
kepada kucing terhadap halangan yang tidak dapat dilihat oleh kucing.
Misai yang rosak akan menyebabkan
salah tafsir dan meraba-raba teutamanya dalam keadaan gelap. Misai mengesan
angin dan perubahan terhadap gerakan angin. Maklumat ini digunakan untuk
mengenalpasti lokasi binatang buruannya. Dalam suasana gelap, kucing bergantung
kepada misainya untuk navigasi dan koordinasi.
Jika kucing kehilangan misainya, dia
terpaksa bergantung kepada matanya sahaja untuk berjalan dan memburu
0 comments:
Post a Comment