Kenal tak daun apa ni? Daun sup atau
daun ketumbar? Haaa ni daun sup. Daun sup mempunyai daun yang lebih jarang dan
bentuk daunnya lebih besar berbanding dengan daun ketumbar. Biasanya daun sup
ni kita guna sebagai bahan akhir setiap masakan untuk perangsang selera. Selain
itu, daun sup juga mempunyai kadar protein yang tinggi dan lebih menarik minyak
yang diekstrak daripada daun sup boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan
ramuan minyak wangi. Tahu tak daun sup ni banyak khasiatnya. Antaranya ialah:
1. Sistem Imunisasi
- 100 gram daun sup mempunyai nilai tenaga sehingga 18 kalori. Vitamin c
yang terkandung di dalamnya dapat menguatkan sisttem imun dan membuatkan tubuh
lebih tahan terhadap penyakit baru. Dengan syarat, daun sup ini dimakan mentah
sebagai ulam-ulaman.
2. Penawar buah
pinggang - Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik yang berguna untuk
permasalahan buah pinggang dan masalah jantung.
3. Merawat kencing
manis - Daun sup menpunyai sifat mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah
merupakan ramuan ideal untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan.
4. Sistem perkumuhan - Biji benih
daun sup diamalkan, dapat membantu menyingkirkan air berlebihan dalam badan.
Malah digunakan sebagai perangsang untuk membuang air besar.
5. Menurunkan kadar
kolestrol - Amalkan makan daun sup dalam diet harian kerana daun sup ini mampu
merendahkan tekanan darah dan kolestrol serta melindungi hati daripada
bahan-bahan yang merosakkan.
6. Mencuci buah
pinggang - Amalkan minum air rebusan daun sup segelas sehari. Lebihan garam dan
racun akan keluar melalui proses pembuangan air kecil.
7. Penawar ubat batuk
- Rebus daun sup bersama batang dan akar bersama tiga gelas air.
Tapis dan minum dua kali sehari bersama madu lebah.
8. Mengubati mata
kering - Tumbuk daun sup, daun bayam dan daun kelor sehingga halus kemudian
campurkan sedikit garam dan satu cawan air. Gaul dan tapis. Minun tiga kali
sehari.
0 comments:
Post a Comment