Monday, January 29, 2018

Filled Under:

Apa Yang Anda Nampak Tentang Gambar Illustrasi Pelukis Ini? Gambar Ni Menunjukkan Realiti Perbezaan Pemikiran Lelaki Dan Perempuan.. berbeza kan?




Apa yang anda nampak tentang gambar di atas. Jika anda melihat sekali gambar ini, anda hanya akan nampak seorang lelaki yang berusaha untuk menyelamatkan kekasihnya walupun tangan beliau di gari pada pokok. Manakala, perempuan di dalam gambar itu berusaha untuk terapung sedangkan kakinya di gari bersama pemberat yang akan menariknya ke dasar tasik.
Tetapi jika anda lihat pada persepsi yang kedua. Ada yang menyatakan, gambar radikal ini adalah satu hukuman kepada pasangan kekasih tersebut dan mereka di larang untuk bersama, dan lelaki itu terpaksa melihat kekasih hatinya mati tenggelam dan lemas di dalam air.
Jawapan yang diberikan oleh pelukis gambar ini adalah. Lelaki itu adalah dirinya kerana dia seorang lelaki, manakala perempuan itu adalah isterinya.
Kunci untuk kedua-dua gari tersebut adalah anak mereka.Bola pemberat dan rantai besi di kaki perempuan itu adalah ibu mertua lelaki tersebut. Rantai besi di lengan lelaki itu adalah kemarahan diri nya.Air tasik itu adalah semua unsur negatif yang menenggelamkan diri isterinya.
Pokok yang berdiri teguh dan menahan daripada lelaki itu terlepas adalah ego dan kebanggaan lelaki. Pokok-pokok di pulau bersebelahan adalah masyarakat yang hanya melihat tanpa memberikan apa-apa pertolongan.Gambar ini dilukis untuk menggambarkan cerita tentang pasangan suami dan isteri yang melalui fasa pergaduhan teruk di dalam perhubungan.
Lelaki yang keras kepala dan tidak mahu merendahkan egonya, dan sentiasa ingin menang dalam apa jua keadaan, malah akan naik berang dan marah jika egonya di cabarManakala perempuan, yang asyik terikutkan suasana dan masyarakat dan selalu membandingkan tentang apa yang pasangan lain ada dan tidak pada hubungan diri sendiri.
Kunci yang di pegang oleh perempuan itu ibarat anaknya, satu-satunya cara untuk lelaki itu terlepas dari kemarahan dan ego nya. Tetapi tidak mahu dihulurkan oleh perempuan dan memaksa untuk lelaki itu melepaskan dirinya sendiri dan menyelamatkan kekasihnya.Dorongan ibu mertua yang berterusan meracuni anaknya untuk meninggalkan suaminya itu adalah simbolik bola besi dan rantai di kaki perempuan.
Masyarakat yang melihat hanya sekadar melihat dan tidak berbuat apa-apa, tetapi tidak putus memberikan unsur negatif kepada pasangan tersebut.Ini adalah maksud di sebalik gambar itu. Apa pendapat anda, adakah anda bersetuju dengan maksudnya, atau anda ada fahaman yang berbeza. Itu terpulang kepada persepsi masing-masing. Yang penting, elakkan daripada menjadi seperti pokok-pokok dari pulau sebelah. Ok.
Sumber: Teabeng via bibirbergetar






0 comments:

Post a Comment