Friday, January 26, 2018

Filled Under:

Peniaga dalam talian cedera ditembak perompak




PASIR MAS - Seorang peniaga barangan kemas dan kosmetik secara dalam talian cedera di betis kanan selepas ditembak sekumpulan perompak di pejabatnya di Banggol Kulim di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, mangsa Mohd Irfan Abdullah, 26, ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah di tingkat atas manakala pintu bawah premis berkenaan dikunci oleh perompak terbabit.

"Suspek turut membawa lari barang kemas milik mangsa bernilai RM150,000 serta wang tunai RM8,000," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Abdullah berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui peluru  dan mangsa dipercayai ditembak selepas diugut oleh penjenayah itu.
Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), kejadian itu didalangi tiga lelaki bertopeng yang menaiki kereta Perodua Kancil berwarna putih.
Mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk rawatan. - Bernama






0 comments:

Post a Comment