Monday, January 29, 2018

Filled Under:

Pelajar Ini Dapat Markah “0” Lukis Gambar Kucing, Tetapi Gambar Itu Menjadi Viral. Ini Sebabnya !




Kanak-kanak sentiasa mempunyai idea yang bernas bagi melukiskan apa-apa lukisan. Menggunakan imaginasinya, lukisan itu sentiasa memberikan hasil yang kreatif.
Namun demikian, seorang pelajar tidak mendapat sebarang markah selepas melukiskan gambar seekor kucing.

Pada guru tersebut, lukisan itu tidak langsung menggambarkan seekor kucing.
Kemudian, anak murid itu memuat naik gambar lukisannya ke dalam media sosial.
Hal ini dilakukan bagi membandingkan gambar yang dilukiskan dengan gambar yang sebenar.
Sebenarnya, kanak-kanak ini melukiskan sebuah lukisan kucing yang sedang dalam keadaan malas.
Oleh itu, lukisan kucingnya sangat berbeza dengan lukisan pelajar lain.
Lukisan itu menggambarkan keadaan kucing yang malas, tidak bermaya, dan wajah yang muram manakala kebanyakan pelajar lain melukiskan wajah kecomelan si kucing.
Rupa-rupanya, apabila kucing menjadi malas, bentuk fizikalnya juga boleh berubah.

Lukisan kanak-kanak ini juga menunjukkan kepintarannya kerana mampu melukiskan sesuatu daripada sudut berbeza dan mudah mencontohi perkara yang dilihatnya.
Sebagai satu hiburan, mari melihat gambar-gambar kucing yang pemalas!

erabaru




0 comments:

Post a Comment