Apakah makna yang tersirat jika
kucing datang kepada kita? Apakah yang cuba disampaikan Tuhan kepada kita? Mari
kita renungkan bersama.
Tanda #1 – Bahagian Kucing
Selalu terjadi apabila kita duduk di
warung sambil makan, pasti ada kucing jalanan yang menagih simpati. Perutnya
yang lapar siapalah yang sudi memberi. Ya, kucing itu mungkin nampak kotor dan
comot. Namun siapakah kita untuk memandang jelik makhluk Allah SWT itu?
Kehadiran kucing itu menyampaikan
pesanan yang jelas dari Tuhan. Percayalah, dalam ketika kita enak menjamu
selera mungkin kita terlupa mensyukuri nikmat Tuhan.
Maka kerana itu Allah SWT menghantar
kucing kepada kita agar kita sentiasa beringat bahawa setiap rezeki yang
dikurniakan itu bukan 100% milik mutlak kita.
Sebahagiannya milik orang lain atau makhluk lain. Kali ini, milik sang kucing
jalanan. Maka berbagilah rezeki itu juga kepadanya. Semoga dengan memberi, kita
menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.
Tanda #2 –
10 Kali Ganda Kebaikan/Ganjaran
Sesungguhnya
sedekah itu ada dalam pelbagai bentuk dan rupa. Inilah antara rahsia-rahsia
kebijaksanaan Allah SWT. Apabila kucing datang kepada kita dan meminta sedikit
rezeki lalu kita menghulurkan kepadanya, maka kita telah berbuat kebaikan
kepadanya.
Bersedialah
untuk menerima 10 kali ganda kebaikan dan ganjaran dari Tuhan sebagai balasan
pada perbuatan baik tersebut. Itu janji-Nya kepada mereka yang bermurah hati
menyantuni makhluk yang lain.
Tersenyumlah
kawan kerana kehadiran kucing kepada kita ketika itu membawa maksud bahawa
Allah SWT telah menyediakan 10 kali ganda rezeki yang jauh lebih baik untuk
kita bagi menggantikan bahagian rezeki yang bakal diberikan kepada kucing.
Tidakkah
kita sangat gembira apabila menerima hadiah yang indah? Maka apabila Tuhan
semesta alam sendiri yang memilih untuk memberikan kita hadiah yang 10 kali
ganda jauh lebih baik, bukankah itu suatu yang mengujakan?
Tanda #3 –
Belajar Ikhlas
Allah SWT
membimbing dan mendidik manusia melalui kehidupan dan alam. Besar
keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh
belajar ilmu ikhlas.
Kenapa
ikhlas? Adakah kucing itu mempunyai wang ringgit bagi membalas kebaikan yang
diberikan? Mampukah kucing itu meninggikan darjat dan memberikan pangkat kepada
orang yang memberinya makan?
Tentu sekali
tidak. Maka tanpa apa-apa balasan yang dapat diharapkan dari kucing, tindakan
yang tetap terus berbuat kebajikan kepadanya akan mendidik jiwa kita untuk
menjadi manusia yang ikhlas.
Ikhlas dalam
berbuat kebaikan sebagai khalifah yang terpilih atas muka bumi Tuhan dan ikhlas
untuk tetap terus istiqamah mengamalkan kemanusiaan. Terimalah pendidikan
percuma dari Tuhan ini dan usahalah untuk berjaya menguasai pembelajarannya.
Tanda #4 –
Belajar Ihsan
Kadangkala
kucing yang mendekati kita itu mungkin jengkel ulah lakunya. Boleh jadi naik
geram kita dibuatnya. Apabila situasi ini yang terjadi maka beringatlah bahawa
Allah swt menghantar kucing itu sebenarnya untuk menguji kita.
Ujian
pertama adalah soal bagaimana kita memandang dunia terutamanya rezeki. Adakah
kita terlalu cintakan dunia sehingga kita menjadi terlalu bakhil dalam
berkongsi rezeki dengan yang lain? Jangan pernah terlupa tentang amanah sebagai
khalifah terpilih yang ditugaskan melaksanakan yang hak.
Ujian kedua
adalah untuk melihat sejauh mana layanan kita kepada sesama makhluk. Sedarlah
apabila kucing datang meminta makanan misalnya, kucing itu tidak minta ikan
yang baru digoreng. Kucing itu tidak minta pinggan yang cantik untuk dihidang
makanannya. Kucing itu tidak diminta mulutnya dilap cermat dengan tisu selepas
makan. Kucing itu tidak mengharap layanan 5 bintang.
Cuma yang
diminta adalah sisa makanan barang sedikit sebanyak yang tidak habis untuknya
makan. Apabila nakal perangainya dan rimas rayuannya, sabarkah kita melayannya?
Ingatkah
kita bahawa Tuhan sentiasa melihat dan mengawasi setiap tindak tanduk mahupun
lintasan hati kita terhadap kejadian dan makhlukNya dalam emosi kita?
Inilah ilmu
ihsan. Ilmu tentang mampu mengingati Tuhan dalam setiap kata-kata, tindakan,
fikiran mahupun emosi. Ilmu tentang melakukan sesuatu dengan ingatan kuat
bahawa Tuhan sentiasa melihat dan sangat hampir. Tiada satu pun dapat
bersembunyi dariNya.
Malu kita
pada Tuhan apabila apa yang dilakukan kita sehari-harian bukan seperti
perintahNya malah kita gagal menjauhi laranganNya dalam beradab dengan sesama
makhluk.
Tanda #5 –
Kurniaan Rezeki yang Berpanjangan
Pernah tak
ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Tanpa segan silu kucing itu
mengisytiharkan dirinya sebagai sebahagian dari keluarga kita. Lalu dia turut
bertindak seperti penghuni tetap di rumah itu. Disuruh pergi namun tetap tegar
kembali.
Bergembiralah
kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari
Tuhan. Dari manakah datangnya rezeki ini?
Apabila
kucing itu tinggal tetap, ini bermakna peluang bersedekah melalui asbab kucing
itu telah dibuka setiap hari untuk kita. Sedekah yang berterusan mengundang
rahmat Allah swt yang menjadikan rezeki melimpah ruah seperti hadith berikut:
Nabi
saw bersabda kepada Zubair bin al Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci
rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada
setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka
siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan
baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”Hadis
Riwayat al-Daruquthni dari Anas ra
Allah SWT
nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita
menolak rezeki yang melimpah ruah telah diperuntukkan Allah swt untuk kita.
Kucing itu
hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini lewat keikhlasan kita
dan doa dari kucing itu untuk tuan rumahnya.
Jadi selepas
ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Tuhan kerana agenda
rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan
mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam
hidup kita.
Ya, rezeki
bukan hanya wang ringgit dan harta benda tapi turut dalam bentuk yang lain
seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi
di dunia dan akhirat. Jika pintu rezeki di’meow’ di hadapan kita, terimalah
dengan redha kehadirannya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mudah Mudah Mudah dan jimat wang !!!!
Stock tak banyak dah jom beli sebelum habis lagi!!!
Ajar simanja membuang dalam toilet tinggal pam je nanti mudah !!! Semudah A B C!!! Whatsapp kami segera. wasap.my/60192205606
Tak perlu dah nak beli pasir...
Tak perlu nak kutip kutip
Jimat duit
Jimat masa
Mudahkan kerja
RM25 ( tak masuk postage )
Sm rm8 / ss rm12
0 comments:
Post a Comment