Ada seekor kucing jantan. Dalam usia
yang masih muda. Kucing ini seekor kucing peliharaan.Bukan gelandangan.
Disayangi oleh pemeliharanya sekelurganya. Mereka bukan sahaja menjaga makan
dan minumnya, tapi juga kesihatannya.
Justeru mereka tidak mempunyai anak
kecil lagi kucing ini dilayang seumpama anak mereka sendiri. Makan minum cukup
istimewa. Kalau sakit dibawa ke doktor untuk diperiksa dan diubati.
Kucing ini walaupun dijaga dengan
begitu rapi, kalau keluar dari rumah atau rebannya, dia akan menyelinap keluar
pagar bermain-main di luar kawasan rumah, biasanya mencari kawan-kawan, dan
juga gewang. Tapi pemergiannya tidak lama, dia akan segera balik.
Tapi pada suatu hari dia tiba-tiba menghilangkan diri.Sejak keluar dari rumah
pada waktu pagi, dia tidak balik-balik ke rumah sehingga malam hari. Puas
tuannya menunggu-nunggu dengan seribu persoalan, kucing itu tidak mucul-muncul
juga.
Pagi
besoknya mereka keluarnya mencari-cari si kucing di sekitar kawasan perumahan
mereka. Tapi kucing itu tidak juga diketemui. Entah ke mana lesapnya. Mereka
balik ke rumah dengan hampa, namun berharap kucing itu akan balik juga nanti.
Waktu tengah
hari, kebetulan hari cuti, seorang jiran memberitahu kepada mereka, dia pernaht
terlihat kucing itu telah dilanggar kereta waktu sedang tidur di tengah jalan.
Dia tercedera.
Ini berita
yang mengejutkan. Maka kedua-dua suami isteri itupun, dengan bantuan anak
mereka, melancarkan gerakan pencaraian yang lebih intensif. Jaringan
kawasan pencarian diperluaskan. Namun begitu, pencarian tetap gagal.
Mereka balik
ke rumah dengan hampa. Pada tomahan mereka, kucing mereka telah
terkorban. Entah di mana kuburnya. Tidak diketahui. Namun mereka tetap
meredakannya. Kalau sudah ajal tidak ada siapa pun yang boleh menghalangnya.
Seperti umur manusia juga.
Kucing lain
boleh dicari nanti. Masih ada kucing gelandangan yang tidak berumah akan sampai
nanti di pintu pagar. Pilih yang mana satu. Atau pergi ke kedai-kedai jualan
haiwan, pilih dan beli kucing lain yang disukai. Tidak pelik. Bukan sahaja
kucing, anak-anak manusia pun boleh dibeli kalau berduit dan tahu caranya.
Tapi pada
suatu ketika, beberapa hari kemudiannya, tiba-tiba kucing yang hilang itu
muncul kembali di halaman rumah tuannya. Keadaannya amat parah sekali. Seluruh
badannya berlumuran dengan darah. Dia tercedera parah. Amat tidak berdaya.
Kucing itu
segera dibawa berjumpa doktor. Dia tidak boleh dibiarkan mati begitu sahaja
tanpa rawatan yang sewajarnya. Setelah dijalankan pemeriksaan yang terliti,
sebelah tulang rahangnya didapati telah patah.
Tulang
rahang yang patah itu perlu dirawat. Ia memerlukan pembedahan. Sekeping besi
telah dimasukkan ke rahangnya untuk membetulkan tulang rahang itu.
Dia ditahan
dalam wad selama beberapa hari dalam usaha pemulihannya. Kemudian baru
dibenarkan pulang. Seperti rawatan terhadap manusia juga yang tercedera
mana-mana tulang, doktor akan memasukan kepingan besi untuk membantu penyembuhannya.
Kalau dulu,
zaman saya kanak-kanak dulu, kalau ada haiwan-haiwan yang tercedera kepatahan
tulang, seringnya ayam, tidak dibawa ke doktor. Doktor haiwan pun mungkin tidak
ada pada waktu itu. Bukan seperti sekarang. Berlambak. Biasanya yang patah
ialah tulang kaki, paha atau sayapnya.
Untuk
merawatnya mudah sahaja. Biasanya yang buat kerja ini adalah kanak-kanak
seperti kami masa itu. Kami tumbuk garam dan kunyit sampai hancur. Dengan
menggunakan secarik kain buruk, kami balut garam kunyit di tempat yang patah
itu, dan lepaskan sahaja biar dia berjalan. Biasanya tidak lama kemudian ayam
itu akan sembuh seperti biasa. Saya telah lupa berapa lama, ia mengambil masa
untuk sembuh.
Perbelanjaannya
tidak sampai dua sen untuk harga dua sudu garam. Kunyit tidak berbeli, ditanam
sendiri di tepi rumah.
Tapi saya
tidak pasti pula, bagaimana kalau yang patah itu tulang rahang, apa yang patut
kami buat, kerana ianya tidak pernah berlaku di zaman kami itu. Tidak ada ayam
atau kucing yang patah tulang rahang di kampung yang tidak ada kenderaan
bermotor pada waktu itu.
Nasib baik
kucing itu hidup di zaman sekarang, tidak seperti zaman saya kanak-kanak
dahulu.
Tapi hari
ini pembedahan untuk kucing yang patah tulang, bukanlah murah. Ratusan ringgit,
kalau tidak ribuan, tergantunglah kepada sejauh mana komplikitednya kerja-kerja
pembedahan yang dijalankan oleh doktor itu. Dan tergantung juga kepada
ubat-ubatan yang akan menysul nanti.
Barangkali
itulah antara sebabnya, ada ibu bapa yang mempunyai anak yang bercita-cita
untuk menjadi doktor, menasihati mereka supaya menjadi doktor haiwan.
Permintaannya bertambah banyak dari masa ke masa, dan perolehan kembalinya
tidak pula kecil, kalau tidak sebesar khidmat terhadapa makhluk yang bernama
manusia. Risikonya pun tidak begitu besar seperti berdepan dengan manusia.
Sudah
beberapa hari berada di dalam wad, kucing itu dibenarkan pulang. Mengikut
nasihat doktor, kucing itu perlu dijaga dengan rapi. Makanannya perlu disuap
kerana dia tidak boleh makan sendiri. Kucing itu tidak boleh dibiarkan keluar
rumah, boleh membuatnya menjadi tertekan, yang akan meganggu otaknya. Mungkin
boleh membuat, dia menjadi kucing gila.
Demikianlah
setiap hari kucing itu dilayan dengan penuh kasih sayang. Seperti melayan
manusia yang menghidap sakit kronik. Makannya terpakasa disuap. Air terpaksa
diminumkan. Nasib baik, anunya tidak perlu dibasuh, kalaudia kencing dan berak.
Mereka yang
mengetahui kisah kucing itu mungkin akan melahirkan rasa simpati dan kasihan
terhadap nasib malang si kucing terpaksa menanggung kepedihan yang begitu di dalam
hidupnya. Tidak mungkinkah mereka merasa kasihan dan simpati yang terpaksa
terpaksa ditanggung oleh tuannya yang menghabiskan sebahagin daripada masa
hidup mereka untuk memberi layanan yang begitu rupa pada seekor kucing. Dan
tidak mungkinkah mereka merasa simpafi di mana si pemelihara kucing terpkasa
menggunakan sebahagian daripada bajetnya untuk dikongsikan bersama dengan
kucing?
Beberapa
minggu lagi, kucing itu terpaksa dibawa pula menemui doktor, untuk dibedah
lagi, membuang besinya, bila tulang rahangnya telah sembuh kembali waktu itu.
Dan tentunya
khidmatnya bukan percuma. Sememangnya tidak ada benda yang percuma dalam dunia
ini, Kecuali cahaya mata hari yang memancar di langit siang, cahaya bulan yang
mengembang di sebalik awan waktu malam, cahaya bintang-gumintang yang
bergayutan di angkasa biru di malam hari, dan udara sekeliling yang bergerak
bebas yang kita sedut untuk bernafas.
Seperti yang
saya katakan, kucing itu amat bertuah hidup di zaman mutakhir ini. Demikian
juga dengan haiwan-haiwan yang lain, Di zaman manusia amat prihatin terhadap
nasib haiwan. Malah kadang-kadang, terutama di Barat
manusia nampaknya berindak, lebih kehaiwanan daripada kemanusiaan.
Haiwan yang Allah jadikan untuk makanan manusia itu pun mereka sediakan
peraturan yang sulit untuk menyembelihnya.
Sesetengah
pemelihara burung ketitir atau merbuk dan burung candik di negara kita mungkin
dapat merasakan apa yang diandaikan ini. Mereka sanggup berkorban apa sahaja
untuk binatang kesayangan mereka. Betul atau tidak!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mudah Mudah Mudah dan jimat wang !!!!
Stock tak banyak dah jom beli sebelum habis lagi!!!
Ajar simanja membuang dalam toilet tinggal pam je nanti mudah !!! Semudah A B C!!! Whatsapp kami segera. wasap.my/60192205606
Ajar simanja membuang dalam toilet tinggal pam je nanti mudah !!! Semudah A B C!!! Whatsapp kami segera. wasap.my/60192205606
Tak perlu dah nak beli pasir...
Tak perlu nak kutip kutip
Jimat duit
Jimat masa
Mudahkan kerja
Tak perlu nak kutip kutip
Jimat duit
Jimat masa
Mudahkan kerja
0 comments:
Post a Comment