Perkahwinan yang telah
lama terjalin tidak menutup kemungkinan pasangan akan rasa kebosanan. Oleh itu,
setiap hari cinta harus tetap dihidupkan. Tidak kira berapa lama hubungan itu.
Bagi menjaga kualiti
hubungan, perlakuan suami terhadap isteri perlulah istimewa. Berikut ini
perkara yang wajib dilakukan suami terhadap isteri setiap hari,
diolah dari Allwomenstalk.
Mencium selama 15 saat
Bukan rahsia lagi, kucupan
adalah bentuk rasa cinta kepada seseorang. Berikan ciuman kepada isteri setiap
hari agar keduanya selalu rasa lebih dekat.
Beribadah bersama-sama
Luangkan waktu untuk solat
bersama isteri. Berdoa bersama boleh meningkatkan kedamaian rohani bersama
pasangan. Ini dapat mengukuhkan jiwa bersama.
Bermain bersama anak-anak
Berkumpul bersama keluarga
sambil bermain dengan anak-anak dapat meringankan beban hidup. Cara ini membuat
isteri kagum betapa besarnya cinta suami pada keluarga.
Mendedahkan cinta
Ketika suami bekerja, anda
berasingan berjam-jam dengan isteri. Pastikan memeriksa keadaan isteri agar baik-baik
saja. Ketika di pejabat hantarkan pesanan mesej atau menelefon untuk menyatakan
rasa cinta kepadanya.
Sumber : islamikinfo via
aliffchannel
0 comments:
Post a Comment