Sedang duduk di
bengkel servis kereta yang diguna oleh bidadari saya. Kena ganti absorber.
Macam-macam kena ganti. Yerlah dah sampai waktunya. Teruk dah rasanya. Ya
Allah, kasihan bidadari dan anak-anak selalu guna kereta ni. Tak bagitahu
apa-apa pun. Senyap jer.
Begitulah sifat wanita.
Selagi boleh tak nak susahkan suami. Semua mereka buat sendiri. Ya Allah… Sebab
tu jika isteri kita dah minta sesuatu. Dah sampai dia cakap, maknanya tak boleh
tangguh dah. Mereka sebahagian dari diri kita. Mereka tanggungjawab kita. Kita
kalau nak sesuatu terus dapatkan. Charger phone takde je terus cari. Isteri
kita? Kadang-kadang mereka nak sesuatu yang tak mahal pun, tapi berbulan baru
dapat.
Fahami mereka dan sayangilah
mereka kerana Allah. Jangan kedekut. Jangan pentingkan diri sendiri. Seorang
wanita pergi mana-mana bawa anak berderet-deret dalam nak beli barang atau
ambil anak sekolah. Mereka senyap je. Ikhlas je kerana Allah. Saya ni pun tak
mampu nak buat macam tu.
Termenung juga sebenarnya.
Pasti ada rahmat dan kebaikan Allah nak bagi ni. Takdir Allah. Terdiam fikir
dan saya ambil kertas tulis apa lagi yang patut saya ikram dan mudahkan isteri
saya. Ya Allah ampunkan saya. Sedang tulis apa saya nak buat untuknya kerana
Allah.
Hadiah kita kepada isteri
dapat pahala sedekah. Bahkan sedekah yang besar pahalanya dan utama. Bila kita
sedekah Allah tambah rezeki dan beri kesihatan dan beri kematian yang baik.
Takdir Allah, tiba-tiba
sekejap tadi seorang Haji datang servis kereta. Tak kenal pun. Saya beri salam
dan berbual dengannya. Cerita betapa penting setiap orang buat dakwah. Hidupkan
Islam. Di mana pun kita duduk Allah hantar kita untuk kenalkan manusia pada
Allah. Seluruh penyelesaian masalah sikap manusia ialah Islam. Sunnnah Nabi SAW.
Dia tengok je saya. Dan kata;
“Ustaz Ebit Lew kan? Saya rasa macam kenal sangat tapi tak tahu di mana. Saya dah lama nak cari ustaz. Saya nak buat empat siri program team building atau motivasi untuk syarikat saya. Biasa tiga hari dua malam macam tu. Staf saya tengah cari konsultan. Saya fikir dah selalu buat yang aktiviti dan biasa-biasa. Ini memang program tahunan.
“Ustaz Ebit Lew kan? Saya rasa macam kenal sangat tapi tak tahu di mana. Saya dah lama nak cari ustaz. Saya nak buat empat siri program team building atau motivasi untuk syarikat saya. Biasa tiga hari dua malam macam tu. Staf saya tengah cari konsultan. Saya fikir dah selalu buat yang aktiviti dan biasa-biasa. Ini memang program tahunan.
Saya teringin yang menerapkan
jiwa agama. Saya rasa bersalah dan kasihan tengok staf kadang-kadang solat pun
tidak. Curi tulang. Masuk kerja lambat. Dan macam-macam lagi ustaz. Ramai juga
ada masalah keluarga. Ya Allah teringin biar mereka ada sedikit risau akhirat.
Saya yakin bila kita jaga agama, Allah jaga kita. Ustaz memang buat program
macam tu kan?”
“Yer tuan haji. Syukur pada
Allah. Kerja training dan motivasi ini semenjak dulu.
Yang penting saya doa semoga Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Dan
keampunan buat diri saya dan keluarga dan manusia seluruh alam.”
“Boleh ustaz bagi nombor
telefon. Nanti staf saya telefon”
“Baik tuan haji”
“Ustaz free tak tarikh
sekian-sekian”
“InsyaAllah haji. Allah bantu
dan mudahkan”
Saya terus mesej bidadari
saya dan kata terima kasih sayang. Terus kata terima kasih Allah. Ya Allah tak
sampai 5 minit sebak kenangkan kebaikan isteri kerana Allah. Allah terus beri
rezeki tak sangka-sangka.
sumber; https://tazkirah.net/berbuat-baik-kepada-isteri-rezeki-datang-dari-jalan-yang-tidak-disangka-sangka/
Sumber: Islamik Info
0 comments:
Post a Comment