Pernah bacakan
kenyataan wanita Utara jadi pilihan lelaki dalam mencari jodoh. Sebabnya orang
Utara ni lawa-lawa. Utara tu termasuklah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Artikel ini bukanlah nak buat perbandingan cantiknya wanita Utara
dengan negeri-negeri lain. Tapi ada 5 perkara yang anda perlu tahu tentang
wanita Kedah.
Jadi sebelum ambil keputusan nak jadikan isteri, anda kena faham 5
alasan ini. Kalau berani tempuh, luluslah impian anda itu.
Perempuan
Kedah Kuat Makan
Bukanlah kuat makan bermaksud pelahap. Wanita Kedah ini tak boleh
kalau tak ada nasi. Memang 'tele'lah dengan gelaran negeri Jelapang Padi tu.
Suka Bergurau
Dan Berkawan
Jangan pula nak jeles-jeles bila wanita Kedah ni dah jumpa geng
dia. Sat lagi hampa kena 'tiau' dengan dia. Kalau ada kawan susah pun, mereka
dengan rela hati membantu. Tak kiralah dari negeri mana pun kawan dia tu.
Amat
Pentingkan Kebersihan Dan Kekemasan
Terutama yang kecik-kecik duduk dengan nenek, bila besar kerajinan
dan ketelitian nenek tu melekat kat diri dia. Pantang ni kalau tengok rumah
bersepah-sepah tak kemas. Adalah yang mahu dikerjakan tu nanti.
Pantang
Bangun Matahari Dah Tinggi
Dekat-dekat nak Subuh tu mak-mak dah mula bising suh bangkit. Yang
jenis liat-liat tu siap sedialah tadah telinga dengar leteran mak. Pantang tok
nenek kalau anak dara bangkit tengahari.
Kuat
Berpantang Lepas Bersalin
Bab-bab nak dapat balik badan macam anak dara memang kena serah
kat wanita Kedah. Sebab itulah wanita Kedah ni strict sikit bab-bab berpantang.
Pantang pula bukan jenis yang moden-moden ni… Tradisional! Bertungku,
bertangas, pantang makan laksa setahun, dan segala macam pantanglah. Memang tak
boleh dibuat main-main.
0 comments:
Post a Comment