Ramai yang lebih suka mandi air panas dari air sejuk. Ada juga
merasakan mandi air panas mempunyai banyak manfaat berbanding menggunakan air
sejuk. Disebabkan itu ramai yang sanggup memasang pemanas air di rumah sebab
tidak mahu mandi menggunakan air sejuk.
Sebenarnya tanggapan itu
salah sama sekali kerana mandi air sejuk mempunyai lebih banyak manfaat yang
ramai orang masih tidak tahu. Lagi sejuk air itu lagi bagus terutamanya kalau
mandi di waktu pagi. Malah mandi air sejuk boleh menjadi terapi dalam mengubati
banyak penyakit.
1. Dapat membakar lemak
Siapa yang sangka mandi
dengan air sejuk boleh membakar lemak. Tubuh badan kita mempunyai dua jenis
lemak. Pertama, white fat ialah lemak yang hanya boleh dihapuskan dengan
bersenam. Kedua, brown fat lemak yang terkumpul dalam badan yang diperlukan
untuk menghangatkan badan ketika sejuk.
Bila mandi dengan air sejuk
brown fat akan aktif untuk panaskan badan dan akan membakar kalori dengan
meningkatkan kadar metabolisme badan.
2. Air sejuk terapi terbaik untuk
mengatasi masalah depressi
Orang yang mandi guna ais
hydroterapi dapat merawat masalah tekanan. Air sejuk yang disiram pada tubuh
badan akan membuatkan kita merasa lebih tenang.
3. Rambut lebih sihat dan
bersinar
Air sejuk dapat mencantikkan
rambut. Air sejuk dapat mengecilkan liang pori-pori. Tetapi, lebih baik jika
mandi air sejuk disiram di tapak kaki dahulu. Kemudia baru paha, perut, dada
dan kepala.
Air panas sebenarnya lebih
memudarkan tubuh badan dan mempercepatkan lagi pembiakan bakteria. Sebab itu
orang dulu-dulu mandi air sejuk pagi-pagi antibody kuat jarang jatuh sakit.
Bila zaman sudah semakin
moden, ramai ibubapa yang beli alat pemanas air sebab anak mengadu nak mandi
pagi-pagi air sejuk. Sayang anak sampai terlalu manjakan anak. Mandi air sejuk
pagi-pagi buat badan bertambah sihat sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment