Anak-anak kecil memang cukup mudah terkena penyakit. Walaupun
pada mata kasar kita melihat anak bermain atau diletak di tempat dirasakan
sudah bersih, itu tidak bermakna anak-anak kecil anda tidak akan dijangkiti
penyakit.
Seorang ibu, Amrina Meena
berkongsi pengalaman yang menimpa anak lelakinya Airil yang terkena penyakit
tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang dipercayai diperolehi dari kerusi bayi yang
digunakan Amrina untuk meletakkan Airil di kedai makan.
“SAYA syak baby chair inilah
punca Airil mendapat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Sebab keesokannya
Airil demam.
“Silap saya sebab malam itu
tak bawa baby wipes. Kerusi itu pun tak nampak kotor, so tak adalah nak
lap-lap. Biasa selagi tak kena memang tak beringat.
“Jadi selepas ini, saya dah
standby segala protection before and after duduk di mana-mana, kena lap dulu
habis bersih. Biarlah orang kata apa pun, yang nak menjaga anak tak sihat itu
nanti, kita juga,” katanya.
Tetapi, bagaimana kerusi
boleh menjadi punca anak dijangkiti penyakit MHFD? Sebenarnya kanak-kanak yang
ada virus HFMD wajib dikuarantin kerana HFMD adalah penyakit senang berjangkit.
Ia merebak melalui sentuhan
langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis
kanak-kanak yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah dijangkiti
pada minggu pertama pesakit itu menghidapinya.
Penyakit ini biasanya akan
mudah dijangkiti kanak-kanak berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun
kerana kanak-kanak mempunyai daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti
penyakit berbanding orang dewasa.
Oleh sebab itu ibubapa
perlulah sentiasa berwaspada bila bawa anak kecil ke tempat awam seperti taman
permainan, kedai makan atau tempat-tempat lain yang berpotensi untuk anak-anak
terkena jangkitan.
Jika anak anda sudah terkena
penyakit ini janganlah mementingkan diri dan membawa anak anda keluar rumah.
Duduklah di rumah sehingga anak itu sihat sepenuhnya, jangan disebabkan sikap
mementing diri ibubapa bawa anak yang mempunyai penyakit HFMD, kanak-kanak lain
pula menjadi mangsa terkena jangkitan itu.
Penyakit HFMD
ini juga boleh meragut nyawa, oleh itu ibubapa ambillah langkah berjaga-jaga
dengan membawa antibacterial untuk mengelakkan anak dari berjangkit. Mencegah
itu lebih baik dari mengubati, ibubapa mana yang sanggup melihat anak kecil
mereka berada dalam keadan kesakitan. –utaranews
0 comments:
Post a Comment