Tuesday, November 14, 2017

Filled Under:

Baby Shima Mahu Netizen Maafkan Mas Idayu




Baru-baru ini kecoh apabila video Mas Idayu memarahi salah seorang peserta dari Malaysia di dalam rancangan D’Academy Asia Musim ke-3 menjadi tular di media sosial dan membuatkan nama Mas Idayu menjadi bahan kecaman netizen.
Tindakan keterlaluan Mas Idayu selaku juri tetap dalam rancangan itu ketika memberikan komen yang anggak terlalu beremosi dan aggresif mengenai persembahan Baby Shima pada malam itu dianggap keterlaluan dan mengaibkan.
Namun, peserta D’Academ Asia, Baby Shima pula berfikiran sebaliknya, menurutnya dia tidak kisah dimarahi seperti itu dan menerima komen serta kritikan yang diberikan oleh Mas Idayu kepadanya pada malam itu kerana dia memang patut dimarahi.
Malah, dia juga berharap agar netizen tidak menyalahkan Mas Idayu dan memaafkan perbuatan Mas Idayu itu. Mas Idayu lakukan semua itu kerana sayang dan inginkan yang terbaik untuk dia sahaja.
Tetapi, ternyata penjelasan Baby Shima itu tidak meredakan kemarahan netizen yang masih menganggap perbuatan Mas Idayu memarahi peserta secara terbuka seperti itu adalah tidak sopan.
Jika benar pun dia berasa kecewa dengan persembahan hambar Baby Shima pada malam itu, sebagai penyanyi senior dan juga juri professional, adalah lebih bersesuaian jika Mas Idayu luahkan segala kemarahannya pada Baby Shima dibelakang pentas.
Dan, bukan lakukan secara terbuka seperti itu. Bukan apa, pada Baby Shima mungkin itu tiada apa-apa tetapi apa pula kata peserta atau penonton dari negara lain yang turut mengikuti rancangan itu. Ia bukan hanya melibatkan Indonesia dengan Malaysia sahaja tetapi juga Singapura, Brunei, Thailand dan Timor Leste.
Apapun, harap selepas mendengar penjelasan dari Baby Shima, isu hangat ini tidak diperbesarkan lagi. Dah tuan empunya badan yang teruk dimarahi pun tidak kesah, netizen yang tidak kena marah jangan terlebih emosi juga, nanti cepat tua.






0 comments:

Post a Comment