Dugaan yang terpaksa dilaluinya
memang besar. Kira-kira dua minggu sebelum menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), Khairulimran Adam, 17, ditakdirkan tidak dapat
melihat secara tiba-tiba.
Namun pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid tetap bersemangat dan menggagahkan diri melangkah masuk ke dewan peperiksaan bagi menduduki peperiksaan kertas Bahasa Melayu Kertas 1, pagi tadi.
Khairulimran yang ditemani jurubaca dan jurutulis yang disediakan Lembaga Peperiksaan Malaysia kelihatan tenang menjawab soalan berkenaan.
Walaupun masih dalam tempoh rawatan dan pemulihan, ia tidak menghalang anak bongsu daripada dua adik beradik tersebut untuk menduduki peperiksaan walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan menangguh keputusan tersebut oleh pihak sekolah.
"Dua tahun lalu saya boleh melihat dengan jelas, namun ketika mengambil PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3), mata saya mengalami masalah. Saya mendapatkan rawatan selain menjalani pembedahan di Hospital Selayang dan kembali boleh melihat.
"Pada 23 Oktober lalu, selepas selesai solat Subuh berjemaah di sekolah, saya sedar penglihatan saya berbentuk hitam dan semakin lama semakin kabur. Jadi, saya terus menghubungi ibu di rumah.
"Keesokan hari, keluarga membawa saya membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum dirujuk ke Hospital Selayang sekali lagi dan doktor di sana mengesahkan peluang untuk saya melihat semula agak tipis," katanya lagi.
Pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang 7A 2B dalam peperikasaan percubaan berkata, dia terpaksa menjalani pembedahan kali kedua yang memakan masa selama 4 jam pada 27 Oktober lalu bagi mengisi cecair khas untuk merapatkan semula korena matanya.
Dia juga terpaksa menggugurkan salah satu subjek daripada sembilan kertas yang didaftarkannya dalam SPM iaitu kertas Pendidikan Seni Visual memandangkan peperiksaan tersebut memerlukan calon melukis sendiri.
"Saya suka membaca termasuk bahan bacaan agama, jadi saya yakin apa yang Allah berikan ini dugaan untuk diberikan satu ganjaran lebih besar daripada itu. Itulah yang membuatkan saya kuat semangat dan tekad untuk mengambil peperiksaan," katanya.
Manakala abangnya, Khairulamirin Adam, 23, berkata seluruh keluarga merasa terkejut dan sedih dengan dugaan yang terpaksa dilalui oleh Khairulimran.
"Kami semua sedih dan sebak pada saat Khairulimran merayu untuk melihat wajah ibu dan ayah kami buat kali terakhir sebelum menjalani pembedahan.
"Apa pun, semangat dia tetap kuat untuk menduduki SPM dan saya turut membantu dia dengan membacakan semua buku untuknya ketika mengulang kaji pelajaran," katanya.
Sementara itu, Datuk Ayub Rahmat selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri memberitahu bahawa pengurusan HSA telah pun dihubungi oleh pihaknya bagi memberi cadangan agar Khairulimran dapat menduduki peperiksaan SPM sebagai calon khas.
"Mereka bersetuju untuk menempatkan Khairulimran pada bila-bila masa, namun terpulang kepada calon ini dan keluarga.
"Cadangan itu membolehkan dia selesa menjawab peperiksaan kerana saya difahamkan Khairulimran terpaksa menjalani prosedur rawatan di mana beliau terpaksa meniarap selama 15 jam sehari bagi memulihkan semula kornea pada matanya," katanya klagi.
Sumber : BH Online

0 comments:
Post a Comment