Monday, November 6, 2017

Filled Under:

SEMOGA ALLAH MERAHMATI MEREKA BERDUA. AJAL BERSAMA, SUAMI MAUT DAHULU LEPAS BERTARUNG NYAWA ISTERI MENYUSUL (12GAMBAR)



Ipoh : Hubungan mereka sehidup semati anak-anak yatim piatu sekelip mata ini lah yang berlaku kepada pasangan suami isteri arwah Ayub Hassan,50, dan arwah isteri nya Yan Faridah Zahir,48, yang mana mereka temui ajal selepas terlibat kemalangan di Jeli- Grik petang semalam.
Ayub maut ditempat kejadian akibat cedera parah impak kemalangan manakala isteri nya Yan Faridah parah dia temui ajal di Hospital selepas beberapa jam bertarung nyawa impak kemalangan.
Laporan awal Sinar Harian seorang maut manakala dua cedera selepas kenderaan dinaiki bertembung di Batu 13, Lebuh Raya Timur Barat Jeli- Grik di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kereta Proton Wira yang dipandu Ayub dari arah Jeli ke Gerik dikatakan bertembung dengan kereta Honda Civik dipandu Mohd Shafiq Izham Jamil, 25.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohamad Shahril Mohamad Sa’aid berkata, akibat pertembungan itu, mangsa Ayub Hassan meninggal dunia ditemat kejadian.













“Manakala Mohd Shafiq dan penumpang Proton Wira, Yan Faridah Zahir, 48, yang merupakan isteri mangsa mengalami cedera parah, kedua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, ” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Shahril berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira- kira jam 3.28 petang sebelum satu jentera dan satu pacuan empat roda dengan kekuatan tujuh anggota digerakkan ke tempat kejadian.
“Kesemua mangsa tersepit berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dan diserahkan kepada phak hospital dan polis untuk tindakan lanjut, ” katanya.
Arwah Ayub berkhidmat di SUK Perak merupakan seorang yang berdedikasi dan disenangi ramai mereka berasal dari Jelapang Tambahan Ipoh jenazah keduanya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Gurap petang petang tadi.
Semoga anak-anak nya tabah mereka yatim piatu sekelip mata ada antara anak arwah yang sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga mereka pasti terasa apabila kehilangan kedua-dua ibu bapa. Al fatihah.





0 comments:

Post a Comment