JERANTUT, PAHANG -
Sayu hati melihat keadaan seorang wanita warga emas tinggal seorang diri di
rumah yang usang tanpa bekalan elektrik dan air.
Gambar-gambar yang
dimuat naik oleh Ariff Hirwant pada 1 November lalu viral di Twitter dengan
begitu pantas dan kini telah diretweet lebih dari 15,000 kali.
"Seorang nenek
yang tinggal seorang di tengah hutan tanpa bekalan elektrik dan air di Kampung
Che Awas, Jerantut, Pahang. Anak dia seorang dah kahwin. Semenjak sudah
berkahwin, langsung tak ada datang untuk tengok mak dia ini. Yang seorang lagi
menetap di kawasan berhampiran tetapi barang bantuan nenek ini semua anak dia
yang ambil.
"Cucunya hisap
dadah tu barang nenek ini semua habis kena curi (seperti yang diceritakan nenek
itu kepada Ariff). Di rumah nenek ini, anak dia seorang, cucu dia seorang.
Masalahnya bila dah jadi viral, tiba-tiba yang call saya semua mengaku cucu
kepada nenek ini.
"Saya tengah mengumpul dana untuk membaiki
atap zink rumahnya sebab musim hujan ini, nenek ini bertadahkan payung saja
dalam rumah, sebab atap bocor.
"Alhamdulillah,
setakat ini tenaga kerja tak perlu dirisaukan kerana kami ramai. Dari segi
barang keperluan pun so far dah ramai juga yang bank in. Murah rezeki nenek
ini.
"Orang kampung
pun tak tahu di mana rumah nenek ini. Aku main masuk saja tapi kena offroad la,
then jalan kaki baru jumpa. Ini jalan ke rumah nenek itu.
Soalan dari Fatin
Nuraiin: "Macam mana boleh tahu yang ada orang duduk di tengah-tengah
hutan dan laluan nak masuk ke situ? Ada orang lapor eh? Hm, kesian gila makcik
ni. Dia makan apa?"
"Info dari
orang kampung. Makan nasi la (haha). Nenek ini selalu keluar bandar jalan kaki.
Dia lari dari Indonesia, sejak dari zaman 1960 lagi dia dah duduk di situ. Dia
tak nak duduk tempat lain, dia nak duduk tanah dia katanya.
"InshAllah
segala sumbangan dari warga Twitter saya akan pastikan nenek ini cukup sumber
dari segi makanan minuman dan rumahnya.
Soalan Milio:
"Tak ada orang kampung tolong ke?"
"Orang kampung
pun tak tahu di mana rumah dia. Orang kampung cuma tunjuk jalan yang dia selalu
lalu. Then kitorang gamble saja sebab nampak laluan jalan kaki itu sampailah
terjumpa rumah dia.
"Dia mandi
menggunakan air tadahan. Elektrik memang tak ada. Dia guna pelita, takpun
lilin. Umur dia dalam lingkungan 70/80 begitu," katanya.
Bagaimanapun dalam
perkembangan terkini, warga emas berkenaan dikenali sebagai Tuinah Da'an dan
berusia 88 tahun.
Susulan viral
gambar-gambar tersebut, ramai yang tampil untuk membantu Ariff dalam menjayakan
misi membantu warga emas berkenaan. Barang-barang keperluan dapur juga diberi
dan difahamkan Ariff masih memerlukan sumbangan ikhlas dari orang ramai bagi
menggantikan atap zink rumah itu dianggarkan sebanyak RM4,500 (jumlah terkumpul
pada waktu ini RM3,000).
Untuk maklumat lanjut,
sila hubungi Ariff Hirwant di akaun Twitternya. Semoga ramai yang tampil
menghulurkan bantuan dan semoga urusan Ariff dan pasukannya dipermudahkan.
0 comments:
Post a Comment