MUHAMMAD
ALI CHE AMAN (kiri) bersama pembantu hidupan liar, Noorhesham Noordin
menunjukkan tenggiling yang berjaya dirampas di Jabatan Perhilitan Negeri,
Wisma Persekutuan, Anak Bukit, Kedah, semalam. BERNAMA
3
ALOR SETAR 8 Nov. –
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 85
ekor tenggiling bernilai kira-kira RM350,000 selepas menahan seorang lelaki
berusia 37 tahun di sebuah rumah di Kampung Darat, Changlun semalam.
Pengarah Perhilitan
Kedah, Muhammad Ali Che Aman berkata, pihaknya menerima maklumat melalui
risikan mengenai sebuah rumah di kampung itu yang dijadikan transit
penyeludupan haiwan terancam itu dan berjaya mengesan tiga lelaki dalam serbuan
yang dilakukan pada pukul 7.45 pagi itu.
“Ketika serbuan
dilakukan, dua daripada tiga lelaki dipercayai warganegara Thailand berjaya
melarikan diri namun kita berjaya menahan seorang lagi lelaki dipercayai warga
tempatan di kawasan rumah itu.
“Pemeriksaan lanjut
kita di rumah berkenaan berjaya menemui 85 ekor tenggiling dan apabila
diperiksa pada suspek didapati dia tidak mempunyai sebarang dokumen pemilikan
secara sah daripada Perhilitan untuk menyimpan spesies terancam tersebut,”
katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, siasatan
awal mendapati rumah berkenaan dijadikan transit untuk menyeludup tenggiling
berkenaan ke negara Thailand, Vietnam dan China.
0 comments:
Post a Comment