Mengadu tak sedap hati sebelum maut di
litar|Sebelum masuk ke litar, arwah ada mengadu rasa tidak sedap hati dan takut
untuk menunggang,” kata rakan kepada Allahyarham Wan Fauzi Wan Yusuf, 49, yang
meninggal dunia ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi di Litar
Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, hari ini.
Dia
yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata, arwah yang turut dikenali
dengan panggilan ‘sifu’ atau Palo Kuba dalam kalangan rakan tiba di SIC seawal
5.55 pagi.
“Kami
antara kumpulan yang terawal tiba di sana. Ketika sedang berborak sebelum masuk
ke litar, arwah mengadu takut untuk menunggang, sebelum saya meyakinkan dia
supaya berhati-hati dan tunggang dengan selamat.
“Sebelum
pulang pada jam 12.30 tengah hari, saya sempat berborak dengan arwah. Namun
sekitar jam 4 petang saya mendapat berita arwah meninggal dunia akibat
kemalangan di litar SIC,” katanya ketika dihubungi.
Dia
berkata, anak arwah memaklumkan bapanya dipercayai pengsan sebelum terjatuh
ketika berada di selekoh terakhir lalu melanggar penghadang di sebelah kiri
litar.
“Sepanjang
berada di litar dan menunggang motosikal, saya perhatikan arwah tidak
menanggalkan sutnya dan cuaca pada hari ini juga panas terik.
“Itu
mungkin salah satu faktor arwah dipercayai pengsan sebelum terjatuh,” katanya.
“Jenazahnya
dibawa ke Hospital Putrajaya dan kami semua akan ke kampung halamannya di
Jerantut, Pahang, bagi memberi penghormatan terakhir serta menghadiri majlis
tahlil,” katanya.
Menurutnya,
mereka menyertai acara di litar Sepang untuk menguji ‘jentera’ masing-masing
selain meningkatkan kemahiran menunggang.
“Arwah
dikenali sebagai seorang yang berani dan sangat mesra dengan rakan-rakan malah
saya sendiri sering berkonvoi bersama arwah,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah mengesahkan
kejadian itu dan pihaknya masih menyiasatnya.
“Punca
kematian masih belum diketahui kerana perlu menunggu hasil laporan bedah siasat
di Hospital Putrajaya,” katanya.
0 comments:
Post a Comment