Berang ditinggalkan
bas ekspress ketika berhenti di terminal bas di Alor Setar, Kedah, seorang
penumpang menikam pemandu bas berkenaan dengan pisau di Stesen Bas Ekspress
Bukit Lagi, Kangar, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam
10.30 pagi, mangsa, Mohd Fakhri Yahya, 33, cedera di bahagian belakang bahu
kiri dan menerima tiga jahitan akibat ditikam penumpang yang dibawanya dari
Larkin, Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah
Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam
11 pagi dari kerani syarikat bas tersebut yang memaklumkan seorang pemandunya
cedera ditikam penumpang.
Difahamkan, mangsa
memandu bas ekspress dari Stesen Bas Larkin, Johor Bahru ke Perlis yang
bertolak dari malam semalam.
"Ketika bas
berhenti untuk menurunkan penumpang di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar,
suspek turun untuk ke tandas tanpa memaklumkan kepada mangsa.
Sejurus keluar dari
tandas, suspek mendapati bas berkenaan sudah meninggalkannya dan menuju ke
Stesen Bas Ekspress Kangar.
"Suspek dalam
keadaan marah pergi ke kaunter bas di Terminal Bas Shahab Perdana untuk
memaklumkan perkara itu. Kemudian menyewa sebuah teksi menuju ke stesen bas
tersebut.
"Setibanya di
stesen itu, suspek terus meluru ke dalam bas itu dan terus menikam belakang
bahu mangsa sebelum melarikan diri. Mangsa yang cedera berjalan ke kaunter
tiket bas berhampiran untuk mendapatkan bantuan," katanya.
Mangsa kemudian
dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dengan ambulans untuk dirawat dan
sudah dibenarkan pulang.
Polis turut
merampas senjata yang dipercayai digunakan oleh suspek dan sebuah beg besar
berisi pakaian milik suspek yang ditinggalkan dalam bas berkenaan.
Kes disiasat
mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan
kecederaan. Polis kini sedang giat mengesan suspek.
0 comments:
Post a Comment