Untuk suami yang curang,
baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini:
Suami : Ustaz, perempuan
simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.
Ustaz
: Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan?
Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula
sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya
sendiri.
Suami : Ustaz, perempuan
simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk
saya dan kadangkala dia garang dengan saya.
Ustaz
: Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak
perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira
bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu.
Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu
menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.
Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.
Ustaz
: Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu
akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu
tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata
anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama
perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang
maruah kamu?
Suami : Tapi ustaz..
Ustaz
: Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan
saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur
seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya
kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu.
Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari
mencintai kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu
hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak
layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu
menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-anakmu.
Sumber: www.rahsiaperkahwinan.com
0 comments:
Post a Comment